Bab 11

3.8K 484 20
                                    

'Kuarantin'

11.55 pagi, 27 Disember 2016

Kereta Vios milik kakak Vyee meluncur laju di atas jalan raya. Kami diam sepanjang perjalanan. Aku hanya merenung jauh ke luar tingkap kereta.

Sepanjang perjalanan, aku perasan tiada satu kereta pun yang bergerak atas jalan raya, hanya satu-satunya kereta Vios putih ini. Aku resah memikirkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja kami tiba di sempadan daerah. Lebih tepat lagi, apakah yang akan mereka lakukan terhadap kami?

"Termenung jauh nampak," lelaki sebelahku menegur. "Fikir apa?"

"Nasib kita," jawabku singkat.

Pandanganku beralih padanya. Agaknya dia sebaya denganku, mungkin tua setahun atau dua. Rambutnya coklat gelap, dan matanya coklat terang. Natural ke?

"Apapun, kita mesti keluar dari daerah ni. Oh, saya Peter." Dia mengerling sekilas padaku kemudian kembali fokus pada pemanduannya. Aku tidak menjawab, kerana aku rasa tidak perlu. Stranger kan? Lelaki pulak tu.

"Saya Emilia Esme Kay." Esme bersuara. Dia menyelit di tengah-tengah antara tempat duduk kami. Dia menyiku aku lembut apabila aku kekal mendiamkan diri.

Aku mendengus perlahan. "Ana Ermel, panggil Ana je."

Aku menghadiahkan jelingan kepada Esme yang membalas dengan sengihan.

"Abang ni, masih belajar ke? Kat mana? Satu sekolah dengan Kak Ana ke?" Esme menembaknya tiga soalan sekaligus.

"Masih. Abang ni exchange student daripada London." Dengan jawapan itu, Esme hampir menjerit. Hah! Seorang lagi pelancong! Bertuah betul aku ni.

"Betul ke? Saya pun dari London!"

Dan... Mereka mula berbual tentang kehidupan mereka di London. Aku menjadi bosan mendengar.

Yelah kan, dia orang pakai slang British. Kekadang aku sendiri tak faham. Accent Esme lebih pekat daripada Peter, hanya itu perbezaan dalam cara mereka berbicara.

Aku tidak sedar sejak bila aku terlelap, sehingga Esme menggoncang bahuku lembut, menarikku daripada terus tenggelam dalam lautan mimpi.

"Dah sampai." Bisiknya.

Aku memerhatikan sekeliling. Banyak kereta, berbaris dalam beberapa barisan, dan banyak juga dihentikan di bahu jalan. Kami satu-satu kereta yang baru sampai dan terpaksa berada di barisan terakhir.

Yang paling menarik perhatianku adalah kehadiran satu tembok besi tinggi. Seingatku, tembok ini belum ada ketika aku pergi ke Kota Marudu minggu lalu.

"Jom, kita pergi tengok apa yang berlaku kat depan tu." Peter mengajakku, seraya keluar daripada kereta.

Aku mengangguk. Tanganku membuka tali pinggang, kemudian aku berpaling memandang Esme.

"Esme tunggu kat sini. Kami pergi sekejap je."

"Okey."

Sebelum meninggalkannya aku sempat berpesan, "kalau ada apa-apa, tekan hon ni 3 kali. Hon yang ketiga tu tekan lama sikit. Ni kod kita." Dia mengangguk tanda faham. Peter menyuruhnya mengunci pintu kereta sebaik sahaja kami pergi.

Aku agak terkejut apabila melihat orang ramai berkumpul di hadapan tembok tinggi itu. Beberapa askar serta polis lengkap bersenjata dan memakai topeng gas dan manakala beberapa lagi lengkap berpakaian sut biohazard. Mereka berdiri berhampiran gerbang tembok besi itu, lebih tepat lagi berkawal.

"Ana, awak tunggu kat sini. Saya pergi jumpa pegawai tu jap."

Peter menunjuk ke arah seorang pegawai polis yang mempunyai tag lengan merah pada lengan kirinya. Aku mengangguk. Dalam beberapa saat sahaja aku sudah tidak melihat Peter.

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now