Bab 1

10.4K 954 73
                                    

‘Selamat Datang Ke Kudat’

9.15 pagi, 17 Disember 2016

Aku membuang pandangan ke luar tingkap bilikku. Suasana di luar riuh dengan bual bicara jiran-jiran dan rakan-rakan yang berkunjung untuk mengucapkan selamat tinggal. Ya, aku akan pergi, kami sekeluarga akan berpindah ke tempat lain. Sebabnya? Ayah dan Ibu hendakkan suasana tempat yang baru. Kak Anie, Abang Aiman, Affy dan Ainal juga gembira malah tidak sabar.

Aku? Aku bukannya benci, cuma tidak suka hal pindah-randah ni. Aku sukar menyesuaikan diri, dan malah aku mempunyai masalah aku tersendiri.

Ibu kata aku normal, ayah kata aku harus kuat, adik beradik aku kata tidak ada orang akan kisah tapi sebenarnya mereka tetap sangka aku 'sakit'. Tetapi hakikatnya orang di sekeliling cakap aku gila.

Ketukan di pintu, membuatkan lamunanku berkecai. Ibu melangkah masuk.

"Dah siap?" Tanya Ibu sambil mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menjawab dengan anggukan.

"Barang semua dah sedia? Dah sure tak ada tertinggal?" Tanya beliau lagi.

Aku mengangguk lagi, kekal membisu.

"Okeylah kalau macam tu, jom. Semua dah tunggu kat bawah."

Ibu mengangkat sebuah kotak berisi novel-novel inggeris kepunyaanku di sudut bilik. Aku mengeluh perlahan sebelum menarik bagasi hitam milikku lalu mengikuti langkah Ibu ke ruang tamu.

Ahli keluarga sibuk bersalaman dengan para jiran dan rakan namun aku terus masuk ke perut kereta. Pandangan mereka membuatkan aku berasa tidak selesa.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa 3 jam lebih.

Kami tiba tepat pukul 12.30 tengah hari. Aunty Linah menyambut ketibaan kami di rumah baru kami. Aku mengambil keputusan untuk melihat suasana sekeliling.

"Hai!" Aku dikejutkan dengan sahutan seseorang. Kira-kira beberapa meter, berhampiran tasik kecil, beberapa orang remaja melambai ke arahku.

Aku membalas, jangkal.

"Baru pindah?" Tanya salah seorang gadis daripada mereka. Dia agak pendek berbanding yang lain.

Aku mengangguk.

"Selamat datang,"




______________________________________

Hi! Selamat datang ke dunia baru cerita saya. Sorry kalau banyak kesilapan terutamanya tatabahasa. Juga kalau terkesan typo atau wrong spelling, sila beritahu.

Sila komen dan mengkritik, just no bad words. Vote jika suka. 💞💞

-Ly

»ERROR« [ZombieMalay]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang