Bab 5

5.8K 615 133
                                    

'Amaran!'

8.45 pagi, 27 Disember 2016

"Cikgu Siti hilang!"

Jantungku bagaikan berhenti berdegup. Guru-guru mulai panik! Suara pengetua tenggelam dalam kekecohan.

Satu jeritan nyaring bergema. Menghentikan semua kekecohan. Aku terkaku di tempatku. Itu suara Cikgu Siti! Pengetua bangun daripada kerusi dan menghampiri pintu.

"Dr Christine, boleh beritahu bagaimana wabak ni berjangkit?" Tanya beliau.

"Setakat kajian saya kelmarin, ia tersebar melalui sentuhan." Jawab Dr Christine.

Kelihatan Pengetua mengangguk kemudian berfikir seketika.

"Nor, ambil kotak sarung tangan dalam almari ketiga." Arahan Pengetua terus dituruti tanpa banyak soal.

Cikgu Nor mengeluarkan 10 buah kotak sarung tangan. Semuanya masih berbungkus dalam plastik.

"Ada 5 lagi kotak sarung tangan ada di Makmal Kimia 2." Deks bersuara.

Pengetua mengangguk sekali lagi, "okey. Sekarang Chan pergi bawa pelajar-pelajar ni edarkan sarung tangan ini. Asri, Charios, Rey, Midzan pergi cari Siti dan jangan pegang dia. Saya, Jodd dan Deks pergi ambil sarung tangan lebih. Yang lain tunggu di sini. Pastikan telefon kamu on." Guru-guru yang disebut mula bergerak.

*
Suasana sunyi dan menyeramkan. Destinasi kami ialah blok B di mana terletaknya kelas-kelas tingkatan 4 dan 5.

Rem telah memaklumkan yang kelas 4 Oppo dan 4 Huawei berada di bengkel memasak. Cikgu Chan mengambil keputusan untuk ke kelas kami terlebih dahulu. Kami mengambil jalan melalui koridor tingkat 1 menuju ke kelas 4 Samsung.

Sedang aku memerhatikan sekeliling sambil mengatur langkah beriringan dengan Rem, dia tiba-tiba terhenti dan turut menarik aku berhenti bersamanya.

"Apa tarik-tarik ni?" Aku mendengus.

Dia bagai terkaku dengan mata yang memandang ke arah penghujung koridor. Aku berpaling memandang ke arah yang sama. Saat itu aku terkedu.

Rica berdiri dengan mata kemerahan yang tajam memandang ke arah kami. Air liur meleleh ke dagu dan lehernya. Lengan dan betisnya dipenuhi calar-calar merah dan torehan. Darah mengotori uniform pinaforenya.

"T-Teacher," panggilku dengan getar suara yang jelas. Cikgu Chan dan Edd berpaling hampir serentak.

Ketika itu juga Rica menderam kuat. Langkah diatur, perlahan kemudian semakin laju.

"Run!" Cikgu Chan menjerit.

Aku dan Rem tidak membuang masa. Kami berputar dan membuka langkah seribu mengejar Cikgu Chan dan Edd yang turut berlari beberapa kami ke hadapan. Larian Edd dan Rem jauh lebih laju berbanding aku dan Cikgu Chan. Kaki kami membuka langkah besar memanjat tangga menuju ke kelas 4 Samsung. Edd dan Rem sampai terlebih dahulu.

"Teacher! Ana! Cepat! Cepat!" Kedua lelaki itu menjerit.

Layla, Lynn dan Wanah muncul di hadapan pintu. Ekspresi mereka yang kehairan bertukar terkejut dan ketakutan.

"Close the curtains!" Arah Cikgu Chan. Ketiga-tiga gadis itu pantas bergerak.

Aku hampir sampai namun kira-kira beberapa meter daripada kelas, kepalaku bagai dihentak dengan sesuatu yang keras. Rambutku ditarik kuat dan aku jatuh terhempap ke lantai.

Aku tercekik, menarik nafas sedalam-dalam yang aku mampu. Rica cuba menindihku. Aku mengumpulkan segala kudrat yang aku ada kemudian menendang gadis itu sekuat hatiku. Rem dan Lynn tiba membantuku berdiri. Kami berlari bersama ke kelas.

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now