Bab 3

6.4K 677 41
                                    

‘Diserang’

6 pagi, 27 Disember 2016

Aku membuka novel inggeris kegemaranku, World War Z, sementara menunggu ketibaan sahabat-sahabatku yang lain.

Kelas sungguh sunyi, hanya kedengaran bunyi kipas syiling berputar. Kabus nipis menyelubungi persekitaran, membuatkan rasa seram menyelubungi diriku. Aku berdehem menghilangkan rasa tidak selesa. Bunyi tapak kaki umpama menyelamatkan aku. Aku tersenyum senang seraya menutup novelku dan melangkah ke pintu kelas.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, aku diterjah seorang pelajar lelaki. Aku terkejut bukan kepalang. Muka pelajar tersebut dipenuhi luka torehan. Darah mengotori uniform putih dan seluruh tubuhnya. Dia menolakku ke lantai dan menderam. Tangannya menyerang, mencakar lenganku. Mulutnya bergerak seperti ingin menggigitku. Aku sedaya upaya menahan tubuhnya daripada menindihku. Rasa sakit menjalar di setiap inci tubuhku.

Dengan segala kudrat, aku menolak tubuhnya dan membuka langkah seribu. Kedengaran pelajar lelaki itu menjeritkan sesuatu yang tidak dapat aku fahami.

Aku membelok ke blok A dan menuruni tangga ke tingkat bawah. Aku perasan keadaan sekelilingku tetap sunyi. Aku mengerling ke arah jam tanganku, jam 6.30 pagi, namun masih belum ada pelajar yang tiba ke sekolah.

Aku berhenti dan bersembunyi di bawah tangga. Aku lelah, tidak pernah seumur hidupku aku berlari begitu pantas. Aku bukanlah atlet pelari seperti Lynn, Vyee, Shannen dan Veera, bukan juga pemain hebat seperti Wanah. Hendak habiskan larian seratus meter pun tercungap-cungap. Aku bernasib baik kerana berpakaian baju sukan, kalau uniform sekolah sudah lama aku tergolek-golek di tangga.

Perhatianku terarah pada kedua lenganku. Calar garis merah kelihatan ketara menghiasi kulit cerahku.

Aku menarik nafas panjang. Terasa tekakku pedih. Aku teringat akan Cikgu Chan. Guru muda itu pasti boleh membantuku. Aku keluar daripada tempat persembunyianku. Langkah aku atur berhati-hati, bimbang pelajar lelaki gila itu menjumpaiku.

Ketika tiba di hadapan pintu bilik guru aras bawah, aku meninjau melalui pintu cermin gelap tersebut namun aku tidak melihat sesiapa.

Aku menolak pintu perlahan seterusnya dikejutkan dengan satu susuk tubuh gadis berambut panjang. Aku sangat mengenali susuk tubuh tersebut. Aku gembira. Aku berlari menuju ke arah Lynn. Dia berputar menghadap aku.

Jantungku hampir berhenti. Dia maju ke hadapan dengan pantas.

"Tidak!!!"

Aku bangun terduduk. Nafasku laju dan peluh membasahi tubuhku. Mataku meliar melihat keadaan sekeliling.

Aku di dalam bilikku. Dan aku hanya BERMIMPI?

»ERROR« [ZombieMalay]Where stories live. Discover now