98 ❤

8.3K 619 5
                                    

"Kenapa kurus sangat ni, hmm? Tak makan?" Usapan lembut tangan Jungkook menyentuh kulit pipi Jung Yeon. Jung Yeon senyap tidak bercakap. Dia sedang mengupas kulit buah oren. Jungkook sudah dua hari sedar dan dipindahkan ke wad biasa semalam.

"Sayang..."

"Macam mana saya nak makan, kalau suami saya terlantar sakit?" Bergetar suara lembut itu menyapa telinga Jungkook. Jungkook tersenyum. Dia mencapai tangan Jung Yeon dan memeluk tubuh itu perlahan.

"Nasib baik saya hidup lagi. Kalau mat..." Jung Yeon kalihkan kepalanya ke wajah Jungkook dan bibir lembap itu dicium. Sesaat kemudian, dia lepaskan semula.

"Gatal cakap benda bukan-bukan." Jelingan maut, Jung Yeon berikan. Jungkook ketawa. Hidungnya dilagakan pada pipi Jung Yeon.

"I miss you."

"Makan ni. Lepas tu, awak mandi. Awak kena cuci luka jahitan tu. Ganas sangat sampai terbuka." Jung Yeon membebel geram. Mahu tidak marah? Awal pagi tadi melimpah darah meleleh keluar dari dada Jungkook kerana jahitan pembedahannya terbuka. Berpunca daripada keganasan ketika tidur tadi.

"Terima kasih," Jungkook sambut huluran buah oren dari tangan Jung Yeon. Jung Yeon bangun dari duduk dan bergerak ke sofa. Telefon bimbitnya dicapai.

Sebenarnya, dia masih dalam kesedihan. 'Hadiah' Jungkook...

'Aku kena bagitahu ke?'

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now