21 ❤

10.3K 897 5
                                    

Jungkook termenung ketika keretanya berhenti di lampu isyarat merah. Matanya terbayang keadaan Jung Yeon. Ya, dia masih marah dan dia masih belum dapat menerima kenyataan. Tetapi apabila dia melihat Jung Yeon sakit, hatinya bagai dicarik-carik sembilu.

Jungkook tak peduli? Tak, itu salah. Dia sebenarnya sedang menyembunyikan rasa peduli itu jauh-jauh dari hati, hanya kerana satu ego yang mendakap jiwa dengan erat. Sekalipun dia tidak pernah lihat Jung Yeon sebegini teruk. Dia tidak pernah layan Jung Yeon begitu. Sekali pun tak pernah.

"Kenapa aku kejam sangat?"

PIN! PIN!

Jungkook terperanjat. Dia melihat lampu isyarat. Hijau. Segera dia menekan pedal.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now