4 ❤

10.4K 1K 39
                                    

"Kau, kalau menyesal sekarang pun tak pakai. Sekarang ni, masalah kau. Bukan masalah aku. Jadi, terpulang kepada dia nak buat apa dengan kau." Kata-kata Eunri menyebabkan Jung Yeon terdiam buat seketika. Jung Yeon duduk di atas birai katil sambil memandang cermin meja solek.

"Aku tak sengaja nak ikut Wonwoo masa tu. Aku cuma.. aku cuma hantar ke hotel sebab dia mabuk. Tapi dia..."

"Kau nak bagi alasan tu dekat Jungkook? Kau yakin dia percayakan kau?" Sekali lagi dia terpaku dengan soalan pedas dari Eunri. Semakin sejuk tangan kaki dibuatnya. Entah kenapa, dia rasa seperti hidupnya selepas kahwin tidak akan pernah aman dan bahagia.

"Pergilah jumpa dia sekejap sebelum majlis mula ni. Explain." Sambung Eunri. Jung Yeon menggeleng kecil sambil menunduk.

"Aku tak rasa yang dia nak dengar."

"Cuba..."

Tuk! Tuk! Tuk!

Mereka saling berpandangan.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now