40 ❤

11.5K 893 70
                                    

"Hell no! I'll never forgive him. Takkan." Berkeras Jung Yeon dengan pendiriannya walaupun Lisa memujuk bagai nak gila.

"Tak baik buat suami awak macam tu."

"Saya peduli apa. Dulu, saya beria-ria nak pulihkan. Tapi dia yang tak nak. Dia yang sakitkan hati saya. Saya tak boleh, Lisa. Dia tu... tak pernah faham saya. Sekarang, bila saya macam ni, dia pula sibuk. Saya tak sukalah." Rengek Jung Yeon separuh geram. Tangan dihentak-hentak atas meja tanda protes. Kalau boleh, lama dia baraikan meja ni. Baru puas hati.

"Sabar, Jung Yeon. Sabar." Lisa menggosok-gosok bahu Jung Yeon, menyuruh supaya gadis itu bersabar. Jung Yeon mengeluh kasar, sebelum meraup muka dengan telapak tangan. Kemudian dia terasa, Lisa seakan-akan berdiri, dan kemudian ada bayangan yang duduk di sebelahnya semula. Jung Yeon angkat kepala dan menoleh.

"Kenapa tak nak balik lagi? Aku tunggu dari pukul 5."

Jung Yeon tidak mempedulikan insan itu, dia mencari susuk tubuh Lisa. Hilang. Tiada. Beg tangannya juga tiada. Lisa dah balik ke?

"Lisa dah balik." Jungkook memberitahu tanpa ditanya. Jung Yeon tidak memandang lelaki itu. Malah dia semakin cuba untuk mengelak. Tanpa bicara, dia berdiri. Tetapi pantas Jungkook meraih lengannya dan pergerakannya terbatas.

"Nak pergi mana? Hmm?"

"Lisa hantar saya balik."

"I'm here. Kenapa nak dia pula?" Suara Jungkook tetap seirama, tetapi ada unsur kecemburuan di situ kerana Jung Yeon lebih berminat hendak balik dengan orang lain.

"Sebab saya rasa, dia je yang faham saya."

"Aku?"

"Pernah ke awak faham saya? Dahlah, Jungkook. Awak kecewa, saya lagi kecewa dengan awak." Tangan direntap, dia segera bangun dan menonong ke pintu lif. Jungkook mengikuti dari belakang dan menarik tangan isterinya itu supaya perlahan.

"Okey, aku minta maaf. Memang salah aku. Aku abaikan kau, buat kau macam tunggul, aku minta maaf. Okey?" Jungkook melepaskan nafas panjang. Sementara Jung Yeon tergelak nipis.

"Maaf? Habis maaf saya? Macam mana?"

"You never make mistakes, sayang."

"Hell, no! Don't call me like that, okay. I don't like." Jung Yeon masuk ke dalam perut lif. Baru jari tekan punat supaya pintu lif tertutup, Jungkook terlebih dahulu ikut. Hanya Tuhan yang tahu betapa rimasnya dia berada di samping lelaki ini.

"Now, tell me. What should I do untuk buat hubungan kita jadi macam dulu. Hmm? Tell me."

Jung Yeon memanah anak mata Jungkook.

"Are you sure?"

"Yes, of course! Really sure."

"Let me go from this relationship. Kita bercerai."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now