23 ❤

10.2K 909 12
                                    

Kaki Jung Yeon berdarah. Dia berjalan tanpa henti kerana menyediakan makanan untuk Jungkook nanti. Dia risau, lelaki itu tidak makan. Jadi digagahkan juga kaki itu supaya berjalan walaupun rasa perit pada luka tidak dapat dilegakan.

Setelah selesai, Jung Yeon terduduk di atas lantai dengan wajah yang berpeluh dan kaki yang berdarah teruk. Baru tangannya hendak membuka kancing pembalut, kereta Jungkook masuk ke perkaragan rumah. Pintu rumah yang terbuka, memudahkan Jung Yeon melihat Jungkook di luar rumah. Tetapi dia lebih fokus dengan kakinya yang teruk mengeluarkan darah.

"Kenapa tak tutup pintu? Suruh jantan lain masuk?" Jungkook menghempas pintu seusai dia masuk ke dalam rumah.

"Eh tak. Saya terlupa nak tutup pintu." Kata Jung Yeon dengan intonasi yang termengah-mengah. Dia cuba untuk membuka balutan itu. Tetapi apabila melihat luka melekat pada pembalut, dia ngeri.

"Kaki kau kenapa?" Jungkook datang dekat. Tetapi Jung Yeon mengelak.

"Jangan dekat dengan saya. Saya kotor." Jung Yeon mengalihkan kakinya dari dipandang oleh Jungkook.

"Kaki kau kenapa?"

"Tak ada ap..."

"Jawab soalan aku. Kaki kau kenapa?" Jungkook melutut dan menarik kaki Jung Yeon sedikit kasar. Menjerit Jung Yeon dibuatnya.

"Kena.. kaca."

"Kaca apa?"

"Awak baling ge.. gelas semalam. Auww!" Jung Yeon menepis tangan Jungkook apabila lelaki itu menyentuh kawasan luka Jung Yeon. Mengalir darah ketika itu.

"Ada kaca lagi kat dalam kaki kau. Kenapa kau balut?"

"Hah? Ada lagi?"

Jungkook diam. Dia membetulkan kedudukan tubuhnya sambil memegang kaki Jung Yeon. Jung Yeon menekup mulut. Dia tahu apa yang Jungkook hendak lakukan.

"Aku nak keluarkan kaca tu. Sakit sikit."

"Hmm.." Jung Yeon mengangguk. Dia percayakan suaminya. Apabila tangan Jungkook mula memegang kakinya semakin erat, dia pejamkan mata.

"Auww!!!"

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now