13 ❤

9.5K 935 2
                                    

"Auw..." perut yang pedih ditekan perlahan. Sambil itu mulutnya mengaduh kesakitan. Pen yang berada di tangan terlepas, kepalanya menunduk.

"Bro, kau okey?" Soal Jimin, hairan. Melihat Jungkook meringkuk kesakitan, pelik dia dibuatnya.

"Tak. Tak okey." Kepala Jungkook tergeleng. Saat dia mengangkat kepala untuk menyandar, menitik-nitik air peluh turun dari celah rambutnya. Wajahnya pucat lesi. Jimin panasaran.

"Eh! Kau kenapa, Jung?! Kau pitam ni." Pantas Jimin bangun dari kerusinya dan mendekati Jungkook. Tubuh rakan baiknya itu disandarkan pada kerusi. Bingung Jimin jadinya.

"Perut aku sakit."

"Sakit? Kejap, aku call bini kau."

"Tak payah! Aku okey." Mendengar Jimin hendak menelefon isterinya, segera dia menahan lelaki yang lebih tua usia daripadanya ini. Matanya cuba untuk dicelik, tetapi hanya pandangan gelap sahaja yang diterima.

"Tak boleh. Aku rasa kau kena gastrik. Kejap, aku call." Jungkook sudah tidak bercakap apa-apa. Jimin mencapai telefon bimbit Jungkook dan mencari nama doktor peribadi lelaki itu. Selepas selesai menelefon doktor, dia menelefon Jung Yeon.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now