31 ❤

11.4K 952 0
                                    

Kerja Jungkook menjadi tidak terurus kerana fokus lelaki ini sering kali melayang ke tempat lain. Jungkook mengigit hujung pensil, dan dia termenung. Sejak kahwin, baru kali pertama inilah dia risaukan Jung Yeon.

Bila dia akan pulang?

Bersama siapa dia bekerja?

Kenapa Jung Yeon bersikap sedingin itu?

Jungkook panasaran. Dia rasa ada yang kurang dalam hidupnya jika Jung Yeon tidak bersuara dan bertanya. Sebenarnya sudah lama juga dia perhatikan Jung Yeon. Memang susah betul gadis itu hendak membuka mulut sekarang. Jika dulu, menyakitkan hati Jung Yeon seakan-akan rutin harian hidupnya. Tetapi sejak Jung Yeon berdingin, dia terus rasa kurang sesuatu.

Nafas dihela. Penjelasan sudah jelas. Memang isterinya nampak ikhlas dan tak bersalah. Apatah lagi disentuh. Memang Jung Yeon tidak pernah disentuh. Dulu itu sekadar permainan mata dan gangguan emosi. Sekarang ini ialah.. dirinya sendiri. Sama ada ingin terus begini, atau memujuk kembali isterinya itu.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now