The End

709 63 117
                                    

Bersedialah untuk chap yang panjang ini📵

🎵 La La Love - NCT Dream

Beberapa tahun berlalu, rasanya dalam tiga tahun, mereka semua sudah pun mempunyai cahaya mata masing-masing. Xiumin dan Chen juga sudah berkahwin tetapi isteri mereka bukanlah dari kalangan idol sebaliknya hanyalah netizen biasa.

Isteri Xiumin, adalah seorang wanita cantik yang berasal dari Malaysia. Berketurunan melayu asli, dan berdarah pahlawan. Namanya Nur Ermina Raisya. Seorang pelajar dalam jurusan PHD, sama dengan Xiumin. Mereka mula bertemu saat diarahkan untuk membuat satu tugasan bersama-sama.

Lagipun, Xiumin sudah lama menyatakan bahawa dia memang hendak mengahwini gadis Malaysia. Tak disangka, doanya dimakbulkan. Sekarang ini, dalam dua tahun usia perkahwinan mereka, dia masih mendalami Islam. Dan alhamdulillah dikurniakan seorang putera yang bakal menjadi khalifah seterusnya diatas muka bumi ini.

Tapi yang susahnya sepanjang berkahwin dengan Ermina, dia selalu diterajang setiap kali buat salah. Dah nama pun keturunan pahlawan, memang powerlah.

Chen pula, berkahwin dengan seorang gadis filipina yang bernama Crusher May. Rasa nak makan krusher kfc pulak. Mereka berdua juga berkahwin dalam tahun dan bulan yang sama dengan Xiumin. Dan sudah pun dikurniakan seorang anak, tetapi perempuan.

Chen yang bising bak T-Rex dan Crush yang pendiam menjadikan pasangan ini sangat serasi. Perlahan-lahan, Chen mengubah sisi Crush yang pendiam menjadi hyper.

Dia sendiri tak menyangka dapat berkahwin dengan gadis filipina. Sudah tu, isterinya ini adalah seorang model terkenal. Pandai memasak, bijak dan pendek kata, ciri-ciri isteri mithali lah.

Anak mereka pula, dalam usia dua bulan sudah pandai meniru suara rungutan Chen iaitu 'Ah Wae!!'. Adalah jugak seram tapi nak buat macam mana kan? Asal tak dapat makanan mesti ada je 'Aww waeee!!'

Chen ada juga bawa anaknya itu berjumpa doktor dan bomoh tapi katan mereka itu normal. Anak-anak sentiasa meniru perbuatan disekeliling mereka.

Member yang lain pula, sudah jarang-jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan keluarga 'baru'. Kai dan Hyoyeon yang awalnya cuma mempunyai seorang anak, kini telah memiliki empat orang cahaya mata. Setelah setahun, Hyoyeon kembali melahirkan tiga kembar😅

Suho dan Tiffany mempunyai dua orang anak dan kedua-duanya perempuan. Seorang suka duit dan seorang suka pink. Baekhyun dan Taeyeon kekal sahaja dengan Baek Ah dan Ae Yeon. Keduanya petah bercakap dan sudah pandai menyindir. Baek Ah semakin sotong dan Ae Yeon semakin kasar. Maksud saya, Baek Ah semakin cantik dan Ae Yeon semakin kacak. 😕😟 erm. Ikut gen mak ayah

Chanyeol dan Sooyoung hanya mempunyai seorang anak yang baru sahaja berusia tiga bulan tetapi sudah kelihatan seperti tiga tahun berdasarkan faktor ketinggian. Kaki panjang sangat. Nama anak mereka pula ialah SeoYul.

Kyungsoo dan Sunny pula, baru sahaja dihantarkan 'benih'. Awalnya mereka sudah berputus asa dan mahu mengambil anak angkat, namun Sunny tak mahu. Berkat dorongan rakan-rakan, mereka cuba bersabar dan akhirnya berisi juga dia. Tahun depan baru melahirkan.

Sehun dan Seohyun, mereka juga mempunyai seorang anak lelaki. Persis model. Mempunyai wajah yang tegang seperti si ayah tetapi hatinya lembut seperti si ibu. Sehun sebenarnya tak percaya itu anaknya sehingga pernah suatu hari, dia ke hospital semata-mata nak check DNA. Dapat sahaja keputusan, dia dimarahi Seohyun sehingga dihukum tidur diluar selama tiga minggu. Bukan luar rumah tapi luar negara. Seohyun halau dia dari Korea. Nasib baik Xiumin baik hati dan menawarkan Sehun untuk tinggal bersamanya sementara waktu.

Kris dan Jessica. Mereka selalu melawat Taeyeon dan Baekhyun bersama anak mereka, Erica dan Eric. Banyak kali juga Jessica bergaduh dengan Tiffany kerana masing-masing nak jodohkan anak mereka dengan anak Taeyeon. Bila Taeyeon cadang supaya anaknya kahwin dua, dia pula kena marah dengan JeTi.

(C) EXOSHIDAE CHANNELHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin