Part 48 | Kahwin

608 61 46
                                    

( Hyoyeon POV )

Pemandangan laut biru yang bersih lagikan jernih itu amatlah menenangkan mata yang memandang. Perut aku usap dengan lembut.

Makin hari ia makin membesar. Tak dapat dah aku nak menari macam orang gila. Tak dapat dah aku pergi club selalu. Lepak dengan budak lelaki. Jadi DJ dan macam-macam lagi.

Akhirnya, impian aku untuk jadi ibu yang terbaik dah tercapai. Terbaik tu belum, cuma ibu tu dah. Kadang-kadang aku rasa nak naik gila bila babya asyik tendang perut aku. Ni kes mengikut appa dia ke apa? Hadeh, Jongin Jongin.

Mata aku terpandang sosok dua pasangan merpati sejoli yang sedang bermain-main digigi pantai.

"Taeyeon unnie."

Perut Taeyeon unnie pun dah boroi macam aku. Nampak tak betapa kalutnya laki aku dengan laki dia nak buat anak? Katanya takut tak sempat. Hm. Dasar Byun dan Kim gatal. Seorang muka innocent tapi perangai sebenar cam haromm. Seorang muka memang gatal dan perangai sebenar lagi nokharom!!

Oh! Mesti korang nak tahu macam mana kitorang kahwin kan? Meh kita throwback.

Throwback. 5 tahun sebelumnya.

Gereja yang berada dikawasan perkampungan itu kini dipenuhi dengan bunga-bunga dan hiasan perkahwinan. Dalam beberapa minggu ni, Taeyeon sering diserang netizen sehingga terpaksa hiatus sebentar.

Jadi, aku, iaitu Hyoyeon dan Sunny mencadangkan untuk langsungkan perkahwinan tu dikawasan desa. Kahwin sorok-sorok pun boleh asalkan kahwin.

Yuri yang sedang memaksa Taeyeon unnie untuk makan, aku pandang. Kesian dia. Tak lalu nak makan sebab dah lama tak jumpa Baekhyun. Bakal laki dia tu tengah busy dengan tour.

"Unnie!! Makanlahhh. Penat lah Yuri suruh Lay ajarkan Yuri masak semata-mata nak kasi unnie mamam. Janganlah macam ni. Unnie tu dahlah keding. Kalau tampar sikit pun rasanya tulang dah patah." Rengek Yuri.

Bekal makanan dihempap diatas paha. Serious dia geram sekarang ni. Kenapalah unnienya yang seorang ni susah sangat nak makan. Ke, Tiffany unnie jugak yang kena pujuk?

"Sudahlah Yuri. Sedangkan unnie pun dia tak nak dengar, apatah lagi kamu." Balas Tiffany. Tangannya ditongkat ke dagu. Jenuh dia suruh Taeyeon makan, dari hari tu lagi tapi Taeyeon tetap degil.

Sudu dan garfu mula diketuk bersama. Perbuatan Yoona itu jelas membuatkan Taeyeon dan yang lain ngilu. Lalu ditampar bahu Yoona serentak.

"Ngilu lah!" Jerit mereka kecuali Taeyeon. Selepas dia menampar Yoona, dia terus berdiam diri. Macam tak ada roh dah dalam jasad dia.

"Unnie, Baekhyun tu sedang dijaga oleh beribu EXOL dalam stadium. Jangan lah risau. Lagipun EXO sentiasa ada dengan dia." Seohyun bersuara.

Sejujurnya dia pun rindu akan Sehun tapi dia tak tunjuk sangat. Cukuplah sekadar Sehun muncul dalam mimpinya cehh. Itu kata Seohyun kepada aku

"Tak nak.." balas Taeyeon. Suaranya serak.

"Unnie sakit tekak ke? Sebab tu ke tak bercakap?" Tanya aku. Taeyeon memandang aku dan reaksinya seperti sedang mengeluh. Dia mengangguk perlahan.

Kami semua menggaru kepala. Malu. Ingatkan Taeyeon merajuk sebab Baekhyun.

"Erm. Kyungsoo kata EXO dalam perjalanan ke sini. Dalam tiga jam diorang sampai. Sempatlah wedding ni diteruskan."

---

Baekhyun berdiri tegak dihadapan paderi. Nervous dia dibuatnya. Paderi tu tidak lain tidak bukan, dia adalah Kim Heechul.
Bak kata pepatah, dimana ada Baekyeon disitu ada Heechul omma.

(C) EXOSHIDAE CHANNELWhere stories live. Discover now