Part 45

487 59 20
                                    

Baekhyun mula mundar-mandir didalam bilik latihan EXO. Mereka sedang berlatih untuk konsert mereka diSingapore, Amerika dan Korea. Masing-masing tidak sempat untuk berbual. Semuanya fokus pada satu kerja sahaja.

Dia mula berbaring diatas sofa panjang dengan kasar sekali. Disebabkan tak senang duduk, Baekhyun mula menendang-nendang angin sehingga hampir terjatuh. Kasper yang melihat adegan itu melempar botol air ke muka Baekhyun.

"Woi! Macam kucing nak beranak jelah kau ni." Marah Kasper. Bukannnya nak berlatih tapi membuang masa macam tu. Nasib kawan baik.

"Sorrylah! Aku ada problem ni.." balas Baekhyun dengan riak yang muram. Telefon dilempar ke hujung kaki. Rambutnya dikusutkan.

"Kau kenapa Baek?" Tanya Chanyeol. Dia sudah berhenti dari berlatih setelah melihat Baekhyun yang seperti mahu beranak. Begitu juga member lain.

Mereka mula duduk didalam bulatan dan sedia mendengar luahan Baekhyun. Itulah kebiasaan mereka sekiranya salah satu member mempunyai masalah. Mereka akan sedia membantu meskipun ianya sukar.

"Sebenarnyakan.."

Baekhyun serba-salah. Dia tak tahu samaada membernya boleh menerima berita ini atau tidak. Tolonglah dia direstui. Mahu dia merajuk setahun kalau tidak direstui lagi-lagi oleh Suho dan Chanyeol.

"Apa?apa? Hyung gay ke? Kalau itu kami tak terkejut.." celah Sehun dan menerima tamparan daripada Kyungsoo. Padan muka.

Pertama kali dalam sejarah Kyungsoo membela Baekhyun. Ini adalah rekod sejarah terbaru buat Baeksoo.

"Kot ye pun ajaklah dulu kalau nak bahan dia.." sambung Kyungsoo dan berhigh-five dengan Sehun.

"Shuuu!! Senyaplah!" Mereka berdua dimarahi oleh member EXO yang lain. SeSoo senyap seketika. Buat pertama kali dalam sejarah, mereka berani memarahi Do Kyungsoo si setan.

"Aku..Aku nak kahwin.."


+++


"Tak apa..Kamu rahsiakanlah dulu dari pengetahuan umum.. Kalau noona, noona sokong je. Lagipun kamu tu makin hari makin tua, bukan makin muda.." kata Yoora dengan bersemangatnya.

Gembira sungguh hatinya apabila diberitahu khabar itu. Lagi-lagi dia orang pertama yang dapat tahu akan hal ini. Orang luar pertama maksudnya.

Baekhyun tersimpul malu. Mahu sahaja dia tamatkan perbualan mereka diskype itu tapi nanti kena marah dengan Chanyeol. Chanyeol pula sedari tadi sibuk dengan telefonnya, biarlah dua orang itu hendak berbual panjang. Bukan dia kesah sangat.

"Noona pasti ke Yeon akan terima?" Tanya Baekhyun, ragu-ragu.

Bukan apa, haritu masa minta nak couple pergh, bukan main lagi kena tolak. Alasan inilah itulah, jual mahal betul. Itu baru couple, entah-entah masa diajak kahwin, Taeyeon akan terus larikan diri dari dia.

Yoora berdecit. Ada ke patut fikir benda-benda negatif.

"Baek, jangan fikir negatif. Kalau dia betul sayangkan Baek, mesti dia terima.. Kalau tolak pun korang masih boleh berhubungankan? Lagipun kahwin ni lagi elok dari couple..Nanti tak melepas.." balas Yoora.

Sedaya upaya dia memberi semangat postif kepada Baekhyun. Yelah orang nak kahwin ni kena support. Bukan macam adik dia, yang dia tahu cuma game, game, game, game, game, tulis lagu, main gitar, game,game,game dan kasper.

"Arasseo.. Thank you tau noona sebab supprt Baek.Nanti bila dapat baby, Baek bagi kebenaran untuk noona pilih nama baby tu.." ujar Baekhyun, keriangan.

Serta merta ketawa mereka meletus. Pipi Baekhyun sudah mulai merah. Yoora pula menggeleng-geleng kepalanya. Jauh betul Byun Baekhyun berfikir. Kahwin pun belum. Haih..

"Gatal punya pendek.." kata Chanyeol dan menyambung bermain telefon. Jeles mungkin?

"Senyaplah kau! Main telefon je tau.. Bukan nak tolong orang prepare untuk confess Taeyeon..Huh!"

"Malas..Kau yang nak kahwin bukan aku.." balas Chanyeol.

Dengan itu bermulalah pergaduhan antara Chanyeol dan Baekhyun. Yoora pula segera menamatkan panggilan. Bosan dia melihat adegan itu. Lebih baik dia berlatih skrip untuk berita malam nanti.

-bersambung

Yeay dah nak kahwin

(C) EXOSHIDAE CHANNELWhere stories live. Discover now