Part 46 || Lamar

512 56 14
                                    

Belon-belon serta barang-barang yang bakal dihias didewan serba guna SM segera diatur dengan rapi oleh Baekhyun. Kek yang ditempahnya tadi bakal sampai dalam dua jam lagi.

Dia mengarahkan SNSD dan EXO untuk menghias dewan itu untuk acara sebentar lagi. Cincin bertatahkan berlain 99 karat itu sedang dilap bersih oleh Yoona dan Seohyun. Sungguh teliti mereka membersihkannya agar kelihatan berkilat.

EXO-K diarahkan untuk memasang belon-belon dan langsir berwarna purple disekitar dewan manakala EXO-M menyediakan buffet. Cupcake yang dibuat oleh Lay semuanya berunsurkan ungu disebabkan itu ialah warna kegemaran Taeyeon.

Ahli SNSD yang selebihnya sibuk dengan susun atur majlis, prop, muzik dan macam-macam lagi. Dibelakang tabir, Hyoyeon dan Yuri sibuk bergaduh untuk memilih lagu-lagu DJ yang sesuai dimainkan sewaktu Baekhyun melamar Taeyeon.

Akhirnya Chanyeol terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan itu. Disebabkan Chanyeol juga arif tentang bab DJ, dia mengesyorkan beberapa buah lagu ballad Taeyeon untuk diremixkan bersama lagu-lagu ballad EXO.

"Bunga mana bunga?!! Bunga kat mana woi?!!"

"Kemeja Baekhyun dimana?!"

"Senget ke tepi sikit. Haa tak tak. Kanan sikit. Takk.. Kiri sikit. Adoii."

"Bunga mana woi??!! Nak bunga!!"

"Ambik bunga dalam kain jelah!! Bising!!"

Suasana dewan semakin kecoh. Jeritan dari EXO dan SNSD tak henti-henti bergema dari tadi lagi.

Baekhyun duduk sebentar diatas kerusi sambil memerhati Sooyoung, Sehun dan Kai menyusun huruf-huruf yang bakal digantung ditengah-tengah pentas.

W-I-L-L Y-O-U M-A-R-R-Y M-E-?

Baca Baekhyun dalam hati. Dia sudah melonjak keriangan. Patung Buddha berdekatan dihampiri. Dia berdoa selama beberapa minit dihadapan patung itu.

"Aku harap Taeyeon terima lamaran aku ni." Kata Baekhyun yang sudah blushing. Bahunya disentuh oleh Suho secara mengejut.

"Jomlah? Tukar baju? Pasal kek nanti Sunny dengan Kyungsoo uruskan. Khaja!" Ajak Suho, ceria. Senyumannya yang lebar itu turut boleh mencairkan hati jutaan EXO-L dalam masa 0.1 saat.

Baekhyun ditarik masuk ke dalam bilik persediaan. Tuxedo terus disarungkan ke badan. Dia kini duduk berhadapan cermin dan dimake-upkan oleh Tiffany.

×××

Tiffany pulang sebentar ke dorm mereka untuk menjemput Taeyeon. Masuk sahaja ke dalam dorm, kelihatan Taeyeon sedang bermain dengan permainan dikomputer.

"Tae!!" Sapa Tiffany, ceria seperti biasa. Dia cuba mengawal reaksinya. Taeyeon yang terkejut terus melatah.

"Opocot mak kau! Fany! Dah kenapa kejutkan orang macam tu? Nasib tak ada sakit jantung." Marah Taeyeon. Tiffany senyum tak bersalah. Dia terus menarik Taeyeon masuk ke dalam bilik.

"Pakai baju ni. Kita nak pergi somewhere ni. Palli." Arah Tiffany lalu menolak Taeyeon masuk ke dalam almari mereka yang besar. Bilik almari orang kaya~

"Tapi. Nak kemana? Yang lain mana?"

"Pakai jelah~ tak yah banyak tanya." Arah Tiffany. Taeyeon mencebik. Dah lah paksa orang. Suruh Jessica jerit dekat telinga tu baru tahu. Hm. Sica.

×××

"Kenapa nak tutup mata bagai ni Fany? Tae tak nampak lah." Taeyeon cuba meraba-raba persekitarannya.

Sudalah dia buta buat sementara waktu. Lepastu pakai heels. Buatya dia jatuh tersembam, kan malu? Tiffany sengaja gelak jahat untuk menakutkan Taeyeon namun lain jadinya apabila Taeyeon merasakan yang ianya comel.

Kedengaran bunyi pintu terbuka. Taeyeon agak bunyi itu dihasilkan oleh daya yang kuat. Pintu dewan? Ujar hatinya. Kini, pegangan Tiffany tadi tiba-tiba hilang.

Taeyeon jadi tak tentu arah. Ke manalah agaknya Tiffany bawa dia pergi? Kenapa pula dia ditinggalkan keseorangan ni?

"Fa-Fany? Fany kat mana? Tolonglah jangan buat Tae takut!" Taeyeon hampir menangis. Tiba-tiba satu jari runcing mula memaut tangan Taeyeon.

Dahi Taeyeon bertembung. Dia kenal jari ni. Dan dia ingat bau wangian ni.

"Baekhyun? Baekhyun noona kat mana sebenarnya ni? Baek kenapa Fany tinggalkan noona kat sini??" Soal Taeyeon cemas. Teman lelakinya itu senyap sahaja.

"Ini..Byun Baekhyun kan? Kenapa tak jawab?? Siapa ni!"

Dia cuba untuk membuka ikatan kain dikepalanya namun tangannya dihalang.

"Noona." Bisik Baekhyun, halus, ditelinga Taeyeon.

"Baek buka ikatan ni. Nanti noona terus pandang depan tau?" Sambungnya. Taeyeon angguk sahaja. Sebaik sahaja ikatan itu dibuka, dia memang ke hadapan.

K-I-M T-A-E-Y-E-O-N

W-I-L-L Y-O-U M-A-R-R-Y M-E-?

Baca Taeyeon perlahan. Perlahan-lahan Baekhyun memeluk teman wanitanya dari belakang. Kepalanya disandar pada bahu Taeyeon.

"Will you marry me my sweet honey?" Lamar Baekhyun.

"I..I.. I do.."

-bersambung

Yeayyyyy

(C) EXOSHIDAE CHANNELNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ