Part 56

500 54 57
                                    

"Ahhhh!! Sakit!!!" Taeyeon menjerit sekuat hati sambil memukul Baekhyun, dikepalanya. Badan Baekhyun pula ditahan oleh Chanyeol dan Suho, bagi memastikan dia tak lari.

Kalau tadi dia pukul kepala Baekhyun, kini sasarannya adalah rambut Suho. Ditariknya rambut Suho sehingga ada yang gugur. Taeyeon dan Suho sama-sama menangis

"Teran lagi cik!!" Arah nurse. Taeyeon semakin kuat menjerit. Dia tengah teranlah ni! Buta ke?

"Bertahan ayang!" Kata Baekhyun yang hidungnya sudah merah. Air matanya meluncur laju turun, lebih dari Taeyeon. Gila tak menangis kalau kena pukul dengan tangan besi Taeyeon.

"Kai! Mari sini!" Panggil Taeyeon. Kai yang sedang memerhati berdekatan dengan doktor berpaling. Sehun menolak badan Kai mendekati Taeyeon.

"Nae noona?" Soal Kai. Takut. Rambut Kai pula yang menjadi mangsa kali ini. Ketiga-tiga manusia itu menjerit bersama-sama.

"Kepala dia belum keluar. Kuat lagi Cik!" Arah doktor pula. Taeyeon berhenti sebentar. Dia sudah tidak larat.

"Tae..Awak boleh..Lemas anak kita kalau lama-lama kat dalam. Kita dah janji kan nak jaga dia sampai besar? Sama-sama rawat dia. Sayang kena bertahan." Pujuk Baekhyun. Kepala Taeyeon diusap lembut.

Taeyeon menggangguk. Mulutnya bergerak seperti ingin mengatakan sesuatu. Baekhyun segera dekatkan kepalanya dengan mulut Taeyeon. Tiba-tiba,

"ARGHHH!! KIM TAEYEON!!"

Telinga Baekhyun digigit oleh Taeyeon. Serentak itu rambut Suho dan Kai ditarik. Dia meneran sekuat hati demi Baekhyun dan anaknya yang bakal lahir. Hospital Jeju bergegar buat kali kelima.

Uwekk uwekk. Seorang bayi lelaki akhirnya selamat dilahirkan ke dunia. Pegangan dan gigitan tadi dilepaskan. Suho dan Kai jatuh keatas lantai. Baekhyun pula terduduk.

Tangisan bayi lelaki yang sedang dibalut dengan kain hijau oleh jururawat kedengaran.

Baru sahaja jururawat hendak menyerahkannya kepada Taeyeon, muka Taeyeon berkerut. Dia menggeleng. Seperti menolak kedatangan bayi itu.

"Kenapa puan?" Tanya Jururawat.

"Satu lagi!!" Jerit Taeyeon dan menyambar kepala Chanyeol pula. Dia memanggil Sehun pula kali ini. Lelaki berdua ini yang menjadi mangsanya kali ini. Baekhyun yang sudah terbaring diatas kerusi cuba untuk bangun, namun gagal.

Telinganya berdenyut-denyut. Rasa macam nak terputus. Asal sentuh, mesti terasa macam kena renjatan elektrik.

"Baek!!" Panggil Taeyeon.

"Dah selamat!" Kata doktor. Seorang bayi perempuan didukungnya. Doktor mula meletakkannya diatas katil sebelah. Dia mula memeriksa bayi tersebut.

"Kenapa tak menangis?" Soal doktor kepada dirinya sendiri. Dibelek badan bayi tersebut. Dalam hatinya, dia risau kalau ada apa-apa masalah. Janganlah bayi ni mati.

Tapi tangan bayi itu tetap bergerak. Macam anak kucing.

"Nurse. Tolong pegang." Arah doktor. Bayi tadi didukung tapi gayanya lain. Macam gaya memegang kucing.

"Satu dua tiga..papp!" Punggung bayi perempuan itu ditampar. Namun ia masih tak menangis. Doktor dan jururawat mula cemas.

"Doktor. Biar saya yang buat." Tawar seorang jururawat yang badannya lebih besar dari badan doktor itu. Dia mendekati bayi perempuan itu dan menggosok tapak tangannya.

"Satu..sepuluh..PPPAPP!!"

Uwekkkk..uwekkk... Akhirnya menangis juga. Doktor dan jururawat mula menghembus nafas lega. Kini, kedua-duanya dipertemukan dan disatukan dengan ibunya.

Taeyeon menangis tanda kegembiraan yang tak terkata. Kedua bayi kembar itu dicium dengan penuh kasih sayang. Baekhyun berusaha untuk berdiri tegak dan menghampiri Taeyeon.

"Anak kita.." kata Baekhyun lemah. Macam dia pulak yang bersalin. Wajah anak perempuannya dielus lembut. Jarinya pula diusap.

Baekhyun agak terkejut sewaktu anak perempuanya itu memegang ibu jarinya. Rasa gembiranya tak terkata. Terharu pun ada.

"Baek.." panggil Taeyeon. Wajahnya berkerut sekali lagi.

"Wae? Wae? Ada lagi ke?"

"Uhm..tak..hehehe.." Taeyeon ketawa. Seronok dapat kenakan Baekhyun.

"Tae..Buat saya risau.."ujar Baekhyun. Wajahnya masam mencuka pada awalnya tapi ianya terus berubah setelah melihat kedua-dua putera dan puterinya.

"Thank you sayang sebab lahirkan anak-anak kita. Thank you sebab masih bernafas. Thank you sebab tak tinggalkan saya. Mati saya kalau kena jaga mereka sorang diri. Thank you sebab jadi ibu kepada anak-anak saya. Thank you, sebab jadi pelengkap hidup saya." Ucap Baekhyun dengan penuh berperasaan. Dahi Taeyeon dikucup lama. Air mata Taeyeon dilap dengan ibu jarinya.

"Baekhyun..Kenapa kau emo sangat ni?"



××

"Macam mana ni? Taeyeon unnie selamat ke tak?!"

"Anak saudara aku!! Aku harap muka comel macam aku!"

"Anak tirikuu..mesti cantik.."

"Dah ke belum?? Dah ke belum?!!"

Ahli snsd yang lain membebel tak henti-henti diluar ruang ICU. Sejak sejam tadi mereka asyik bercakap tanpa henti. Nurse yang berada berdekatan pun dah mula menyumbat kapas ke dalam telinga. Bingit.

Sebaik pintu ICU terbuka, mereka meluru kearah doktor.

'Oh tuhan..Bidadari mana pula yang mengelilingi aku ini? Ini ganjaran sebab menolong makcik tadi bersalin ke?' Doktor itu ternganga. Terpukau dengan kecantikan mereka.

"Doktor! Kakak kami macam mana?" Tanya Seohyun. Doktor itu tersengih macho.

"Jangan risau dear. Kakak kamu selamat." Katanya dengan suara acah macho. Tanganya diletak diatas bahu Seohyun. Dia tersenyum megah.

"Anak lelaki atau perempuan?" Tanya Tiffany.

"Dua-dua." Jawab doktor. Ahli snsd menjerit keriangan.

Baru sahaja doktor itu mahu meminta nombor telefon, ahli snsd berlari mendapatkan suami mereka yang baru keluar dari ruang ICU dengan muka yang pucat

"Sayang!!" Teriak mereka. Masing-masing memeluk suami sendiri. Macam tak nak lepas pun ada.

"Sa..yang?" Cermin mata doktor itu retak seperti retaknya hatinya. Dia menangis dalam hati.

"Kenapa dengan muka ni?" Tanya Tiffany kepada Suho. Lelaki pendek dihadapannya ini nampak tak bermaya. Kepala Suho sandarkan pada bahu Tiffany. Dia langsung tak bersemangat dengan kelahiran anak BaekYeon. Menyesal dia turutkan hati sebab nak teman Baekhyun.

"Ya anak kembar. Saya dah tengok." Jawab Sehun apabila diasak oleh Seohyun. Seohyun menjerit keriangan. Tak sabar nak tengok anak saudara yang tak ada pertalian darah dengannya itu.

"Ko..Korang.." panggil Hyoyeon. Baju Kai dia genggam dengan kuat. Ahli snsd dan ahli exo memandang kearahnya.

"Tengok bawah.." arahnya. Mereka memandang kebawah. Namun tiada apa-apa.

"Tak ada apa pun.." ujar Tiffany.

"Bukan lantai!! Tengok bawah aku ni! Tak nampak ke air ketumban dah pecah??!!"

-bersambung

Part 60, adakah cerita ni akan tamat? Hm.. Alahhh..

Btw, ada cadangan tak untuk nama anak BaekYeon dengan HyoKai? Hyokai sorang je anak diorang..

(C) EXOSHIDAE CHANNELWhere stories live. Discover now