Jadi dengan segera aku mengajaknya pulang. Sempat juga kami singgah di rumah Kai untuk menyapa sebelum pulang. Sepanjang perjalanan dia mula bercakap dengan aku. Ada sahaja yang ingin ditanyanya.

"Kau sihat ke?"

"Kau sekarang umur berapa?"

"Kau tak bosan ke asyik layan aku?"

"Kau tengok aku ni masih kacak ke?"

Caranya memberi harapan kepada aku sebenarnya. Harapan agar dia menerima aku dan melayan aku seperti seorang isteri yang sebenarnya. Kadang-kadang pertanyaannya kelakar.

●●●

Aku segera menghampiri Bryan setelah doktor menarik tirai ke tepi. Wajah doktor aku pandang menanti jawapan manakala Bryan hanya diam duduk di kerusi. Doktor berdehem sebelum memulakan kata.

"Syukur setelah saya buat pemeriksaan tadi, nampaknya keadaan dia ada perubahan. Tetapi ia akan mengambil masa sedikit secara berperingkat. Mula-mula mungkin dia akan berasa seperti rabun atau kabur macam tu. Selepas itu barulah perlahan-lahan mata dia akan kembali pulih seperti biasa."

Aku tanpa sedar terus merangkul leher Bryan dari belakang. Senyuman lebar tidak dapat aku sembunyikan mendengar berita itu. Baguslah, lega sekali aku mendengarnya. "Awak akan dapat melihat semula", aku berbisik perlahan di telinganya dan dia tersenyum.

Setelah mengucapkan terima kasih dan beredar dari hospital ini, aku membawa Bryan singgah ke restoran untuk mengisi perut. Memandangkan dia alergik terhadap seafood dan egg, aku telah memesan chicken chop untuk kami. Lagipun ini merupakan kegemaran aku.

"Awak nak saya suap atau awak makan sendiri?", tanyaku setelah pesanan kami sampai.

"Biar aku makan sendiri. Aku tak nak buat kau malu atau susahkan kau dengan terpaksa melayan aku sepanjang masa."

Aku mencebik mendengar jawapannya. "Kalau awak tak nak susahkan saya, awak kena hapuskan perasaan sayang saya terhadap awak dulu."

Dia terdiam seketika sebelum tergelak kecil. "Kau sayangkan aku?"

Aku berdehem mendengar pertanyaannya. "Baiklah, saya akan suap awak."

"Nakal."

***

Aku merebahkan badan di atas katil setelah selesai membersihkan diri dengan mata yang masih diarahkan kepada Bryan yang berdiri di luar balkoni. Pintu gelangsar yang terbuka memudahkan angin malam sejuk meredah masuk ke dalam bilik. Segera aku bangun menghampiri Bryan dengan badan yang bergumpal dengan selimut.

"Bryan, masuklah."

Dia tidak memberi reaksi jadi aku terus menarik sebelah tangannya ke tepi badanku jadi dia seperti memeluk aku walaupun dia langsung tidak ada niat mahu memeluk aku. Aku tahu. Aku tersenyum nipis apabila dia tidak menolak.

"Awak fikirkan apa?", tanyaku sambil mendongak melihat wajahnya yang beriak tenang.

"Fikirkan kita."

"Kenapa dengan kita?" Rasa teruja pula mendengar jawapannya. Maknanya dia memang sudah boleh menerima aku.

"Aku berjanji aku akan jaga kau bila aku dah sembuh nanti. Cuma.. aku risau kalau nanti kau yang akan tinggalkan aku."

Aku mengemam bibir. "Saya takkan tinggalkan awaklah, Bryan. Takkanlah saya nak tinggalkan suami saya."

Dia hanya diam tanpa mahu membalas kata-kataku lagi. Okey, mood serius dia datang balik. Jadi aku terus menarik tangannya masuk ke dalam bilik. Tidak mahu badannya dimasuki angin. Nanti sakit pula.

"Awak dah nak tidur?" Aku bertanya sambil menyapu losen ke lenganku.

"Belum lagi. Aku nak kau ada tepi aku barulah aku boleh tidur."

Aku naik ke katil sambil menahan gelak mendengar jawapannya. "Awak saja nak goda saya atau apa?"

Dia terus memusing badannya berbaring membelakangkan aku. Ceh, aku baru tanya macam itu. Takkanlah dia mahu terasa? Tadi kata tak boleh tidur kalau aku tak ada dekat tepi dia.

Kepala aku gelengkan lalu berbaring. Yaish, apa yang dikatakannya itulah sebenarnya yang berlaku dengan diri aku sekarang ini. Aku tak boleh tidur walaupun sudah hampir dua jam aku berbaring. Agaknya Bryan sudah tidur atau belum? Aku mencebik.

Akhirnya badan aku rapatkan ke belakangnya sebelum memeluknya dari belakang.

"Aku belum tidur lagi, jangan risau."

Aku tersenyum dengan mata yang terpejam. "Selamat malam awak."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now