WRONG PERSON?! 彡Lee Woojin彡 (Chap 1)

361 20 2
                                    

#No girls in this Fan fiction.  (Kalau ada pun, cuma adik, kakak, mak, nenek atau moyang.)


[WOOJIN HYUNG]
Woojin berlari keluar rumah untuk mengambil surat-surat yang berada di dalam peti surat. Nampak gayanya seperti tidak sabar untuk melihat surat tersebut. Laju sahaja tanganya membuka peti surat itu. Satu persatu surat itu dia lihat. Kesemua surat itu bukan miliknya tapi surat itu ayahnya dan ibunya.

"Aahhh~ Waeyo?! AH! Jinjja!" geramnya sendiri.

Woojin bercekak pinggang kerana surat dia mahukan tidak dapat. Sudah sebulan lebih dia menunggu seperti orang gila hanya kerana surat tawaran itu. Woojin menoleh hanya sekilas rumah jirannya itu. Seorang budak belasan tahun keluar rumah untuk mengambil surat dari peti surat. Sekali dia pandang budak itu membuat dia sakit hati. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Apabila bila budak itu perasan dirinya di perhati, dia menunduk hormat pada Woojin. Woojin buat tidak endah dengan budak itu. Lantas dia berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Baik tidur lagi bagus!



[WOOJIN KECIK]
Woojin hanya memerhatikan jirannya yang tidak mengendahkannya. Woojin hanya mengangkat bahunya dengan perangai jirannya itu yang pelik. Dia berjalan menuju pintu rumahnya sambil itu dia melihat satu persatu surat yang berada di tangannya itu. Tiada yang menarik pun kerana semuanya bukan surat dia.

Woojin meletakkan surat di atas meja ruang tamu dan berlalu naik ke atas untuk bermain game. Ibunya ternampak surat yang Woojin letak di atas meja lalu mengambilnya. Satu persatu surat itu dia melihat. Semuanya surat bil elektrik, bil air, surat dari syarikat Manyo, surat dari syarikat Pyo Jin dan satu surat menarik perhatiannya.

"Woojin-a!" panggil ibunya.

Woojin yang baru sahaja mahu melangkah naik terhenti seketika. Dia menoleh dan melihat ke arah ibunya di ruang tamu.

"Nae Omma." jawabnya.

"Ni surat untuk kamu."

"Ouh?" Hairan Woojin. 

Tidak pernah pun sekali dia menerima surat dari siapa-siapa pun. Woojin berjalan ke arah ibunya lalu mengambil surat yang berada di tangan ibunya itu. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal sambi itu membelek surat itu. Dia membaca nama yang tertera di hadapan surat itu adalah nama dia iaitu LEE WOO JIN berserta alamat rumahnya.

"Surat saya?" tanya Woojin lagi untuk memastikan yang dia tidak salah pandang.

"Surat kamulah. Surat siapa pula dah depan tu tulis Lee Woojin. Kamu sorang je nama Woojin dalam rumah ni." Ibunya berlalu pergi membawa surat yang lin untuk di simpan di dalam beg peti surat kecil.

Woojin membuka surat itu untuk membaca isi di dalam surat itu. Surat itu tertera nama syarikat Hiburan Media Line. Matanya fokus membaca setiap ayat yang tertera di surat itu. Senyumannya semakin lama semakin lebar. Wajahnya yang tadi biasa bertukar ceria.


[WOOJIN HYUNG]
Woojin mengeluh keluh panjang. Sisa-sisa sahaja dia pergi uji bakat syarikat itu. Dah lama tak dapat jawapan, maknanya tak dapat lah. Melepas lagi peluangnya untuk mempamerkan bakatnya pada khalayak ramai. Setahun enam bulan dia menjadi pelatih di BOYS24 tapi akhirnya dia kecundang tidak lepas debut bersama IN2IT. Tak apa gagal sekali, tidak bermakna dia gagal untuk selamanya.

"YEAAHHHH!!!! YES! YES! YES! YEAAHHHH!!!"

Jeritan jirannya itu menghentikan lamunannya. Dia menoleh ke arah luar tingkap untuk melihat apa yang riuh seperti ayam bertelur.

"KITA LEPAS UJI BAKAT!!!!! YEAHHHH!!!! KITA DAPAT TAWARAN JADI ARTISSSSS!!!!! SERONOKNYAAAA!!!!"

Terkejut apa yang Woojin dengar dari mulut budak itu. Lepas uji bakat? Bila masa dia pergi uji bakat? Telefon bimbitnya berdering saat anak jirannya menjerit kerana keseronokan. Langsung dia mengangkat telefon dan berjalan jauh sedikit dari tingkap biliknya itu.

"Yeoboseyo?"

"Yeoboseyo? Boleh saya bercakap dengan Encik Lee Woo Jin?"

"Nae. Saya bercakap." Berdebar pula dia saat itu.

"Saya Min Joo dari syarikat Hiburan Media Line. Kami mahu memohon maaf atas kesilapan kami kerana kami tersalah tulis alamat rumah Encik. Jadi kami akan..."

Bulat mata Woojin apabila terdengar kata orang itu. Baru dia teringat sesuatu yang anak jirannya itu namanya sama dengannya kerana dia terdengar perbualan dari ibunya dan jirannya itu. Jadi surat budak tadi tu... Dia terus berlari ke arah tingkap dan memerhatikan budak itu yang tersenyum girang apabila mendapat surat. Berasap hidung Woojin menahan marah.

"Yeoboseyo? Yeoboseyo?"

Akibat terlalu marah, dia terus lupa dengan panggilan telefon tersebut. Ada api membara di anak matanya. Paling dia tidak suka adalah orang menyentuh barang dia termasuk surat itu.

"Budak.. BUDAK TAK GUNAAAA!!! BERANI DIA SENTUH SURAT AKUUUUUU!!!!!!!"



To Be Continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued...


[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now