♀STALKER♂ 彡Kang Daniel彡 (LAST: CHAP 4)

404 39 6
                                    

Chunhei duduk termenung setelah dia tahu identiti sebenar Euigeon. Kang Daniel yang dia sangka-sangkakan memang betul ada di hadapan matanya dan tinggal di sebelah rumahnya. Tak tahu pula dia ada jiran sehensem Daniel ni. Haa~ Mahu cair di buatnya. 😆

"Chunhei. Apa termenungkan saja tu?! Tolong lah Omma dekat dapur ni! Termenung jauh tu ingat senang nak dapat suami!" bebel ibunya yang berada di hadapan pintu biliknya.

"Apa Omma ni? Chunhei tak kahwin lagi dah sebut pasal suami." Chunhei mengeluh kecil.

"Ya lah.. Memang lah kamu belum kahwin lagi. Tapi Omma ni dah tak sabar nak ada cucu."

"Err.. Omma ni..😒😒😒😒 Chunhei masih muda nak kahwin tahu tak."

"Ish! Kamu ni.. Ha! Ni Omma nak cakap ni. Euigeon nak naik flight petang ni. Kamu tak nak cakap sesuatu dekat dia ke?"

Eh?! Sekejapnya dia duduk sini? Hmm.. Tak sempat aku nak stalker dia lama-lama. Boleh lah aku tahu kehidupan dia macam mana. Oh lupa! Diakan masih lagi kontrak dengan Wanna-One. Mana boleh suka-suka hati je nak cuti bila.

"Hurm.. Biar je la dia tu. Pandai-pandai la dia nak hidup."

"Hai~ Pulak?! Dulu masa mula Euigeon datang sini bukan main lembik macam sotong! Ni bila Euigeon nak balik. Biarkan saja?"

"Dah la Omma! Chunhei nak keluar ni."

"Ish! Budak ni! Nak keluar pergi mana?!" jerit ibunya apabila Chunhei laju sahaja langkah keluar ke rumah.

"Pergi kerja la apa lagi."

Sejuk hati ibunya apabila terdengar perkataan kerja. Anak aku dah berubah rupa. Err.. Selama ini, ibu Chunhei tak tahu yang Chunhei selalu keluar untuk pergi kerja. Budak bertuah la katakan. Suka berahsia dengan ibunya. Minggu ini adalah cuti terakhir Chunhei. Tak dapat lah Ibunya melihat wajah Chunhei lagi kerana minggu depan Chunhei harus pulang ke Seoul untuk menyambung pengajian di sana.

"Huhu.. Anak aku dah pandai berdikari rupanya.. Terharu aku dengan dia ni.. (>_<。)"

Manakala Chunhei di kedai..

"Haaacummm!!"

"Haa.. Siapa sebut nama aku ni? Habis meleleh hingus aku ni."

★■★■★■★■★■★■★■★

Chunhei menarik beg roda di tengah-tengah kota Seoul. Dia melihat bangunan yang berdiri megah itu sambil menggaru-garu hidungnya yang terasa gatal.

"Haa.. Nak nyanyi la.. Mana gitar aku?"

Apabila Chunhei mula memetik gitar. Ramai orang yang lalu-lalang di situ melihatnya. Mereka tertarik dengan Chunhei yang sedang memetik gitar. Lagi mereka suka hendak melayannya. Lagi-lagi lagu yang di mainkan ialah Oh Little Girl by Produce 101.

Bagi orang yang melihatnya, pasti ada yang menganggap dia buat tebiat dekat tengah-tengah bandar itu. Tapi apa dia peduli. Dia nak nyanyi puas-puas baru pergi ke universitinya. Nak hilangkan tekanan sebelum mula belajar esok.

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now