♀STALKER♂ 彡Kang Daniel彡 (CHAP 1)

828 48 0
                                    

Cast:
1. Kang Daniel (Nama sebenar: Kang Eui Geon)
2. Min Chun Hei - Readers (Cast ni korang la 😂)






★■★■★■★■★■★■★■★■★

"OMMAAAAA!!! SAYA DAH PULANGGG!!!" jerit Chunhei apabila tiba di hadapan pintu rumah.

"Yang sorang ni?! Dah tak ada kerja lain nak di buat? Balik, balik je memekak. Balik, balik je memekak."

Chunhei buat tidak endah dengan bebelan ibunya itu. Malah dia terus berjalan ke arah peti ais untuk mengambil air.

"Ha! Ni mesti baru balik melepak dengan anak Pak Seman tu kan?!"

"Aik?! Sejak bila dekat Busan ni ada nama Pak Seman, Omma?"

"Huh! Kau mana tahu! Tu lah orang sibuk dengan hal kampung ni, dia pula sibuk dengan dunia dia je. Lain kali pergi lah cari kerja, dapat lah Omma merasa pakai pakaian baru. Ini tidak! 24 jam duduk terperap dekat rumah. Kalau tak duduk rumah, pergi melepak."

Chunhei terus bangun dari duduknya. Malas pula dia hendak mendengar bebelan ibunya itu. Baik layan kpop. Lagi banyak masa yang boleh di isi daripada membazir. Hoho..

"Ha! Nak pergi mana tu?! Omma tak habis cakap lagi ni!"

"Kita nak pergi stalker BTS!!!! AAAAAHHHHHH!!! JINJJAAAAA!!!" jerit Chunhei bagai terkena histeria.

Chunhei terus berlari masuk ke dalam bilik. Tak sabar dia untuk melihat muka comel si Jimin itu. Di sebabkan, Jimin berasal dari Busan terus dia minat padanya. Kalau sudah puas melayan BTS, mula lah dia buka video produce 101 semula untuk melihat Kang Daniel dia. Ibunya hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Memang tak ada kerja lain nak di buat. BTS! BTS! BTS! Tak BTS, Kang Daniel, Kang Daniel, Kang Daniel. Bukan nak tolong Omma dia masak. Asyik aku je yang masak. Nak tunggu Omma dia sakit baru terhegeh-hegeh nak tolong. Ni dah cuti dari universiti nj, langsung tak nak tolong. Masa mula-mula masuk universiti dulu, beria cakap akan tolong Omma, nak bagi hidup senang. Ni hati aku tak senang.. Nak bagi hidup senang macam mana?! Bawak lah Omma dia ni pergi spa ke kolam air panas ke?!"

Chunhei yang berada di dalam bilik sudah mula tersenyum sendiri apabila melihat video BTS. Dia hanya membiarkan ibunya membebel seorang diri. Tak lama lagi tu diam lah tu, kalau dah penat membebel.




★■★■★■★■★■★■★■★■★

Chunhei yang baru sahaja selesai menggunakan bilik air terus memasang lagu sambil menggoyangkan kepalanya mengikut dengan lagu itu.

"Get up get up then get down get down
get up get up and party
get up get up then get down get down"

"Akk!! Jinjja! Siapa langgar aku ni?!"

Chunhei langsung mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang di langgarnya.

"Ouh?! Omo! Omo! Omo!" Terkejut Chunhei apabila melihat seorang lelaki yang berdiri di hadapannya.

"Mianhaeyo.. Sebab terlanggar awak tadi."

Chunhei mengangkat kepalanya semula untuk melihat wajah lelaki itu. Comelnya~ Anak beruang siapa yang terlepas ni?! Kenapa muka dia macam pernah nampaknya? Hurmm..

"Jeogiyo.. Hurmm.. Tandas ada dekat mana?"

Chunhei tidak berkata-kata apa-apa. Dia hanya menunjukkan ke arah tandas. Mungkin dia tengah berfikir di mana dia melihat wajah lelaki itu. Loading...

"Ouh?! Kamsahabnida!" ucap lelaki itu dan terus berlalu pergi ke arah tandas.

Chunhei hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Di fikirannya ligat berfikir mengenai lelaki itu. Apabila dapat menekanya, matanya membulat lalu meletakkan kedua belah tangannya di pipinya kerana terkejut telah dapat mengingati sesuatu.

"Tak! Tak mungkin dia tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak! Tak mungkin dia tu.. KANG DANIEL?!"

TO BE CONTINUED...

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now