F@ⓚ∈ - 彡Park Jihoon彡 (CHAP 1)

505 38 2
                                    

Cast:
1. Park Ji Hoon
2. Kim Mi Cha (Readers)


🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧🐧

"Annyeonghaseyo! Je ireumeun..."

Kata-kata Micha terhenti apabila ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang memberikan perhatian. Tidak berkelip mata Micha melihat lelaki itu. 'Apasal pulak budak fake ni ada dekat sini?! Dia nak skodeng aku ke?! Habis la aku.. Kalau rahsia terbongkar..'

"Micha. Micha." tegur guru kelasnya.

"Nae."

"Perkenalkan diri."

"Aaaa..."

Micha menundukkan kepalanya daripada melihat semua orang. Dia tidak dapat berkata-kata apabila semua melihatnya dengan rasa jijik. Ini yang paling dia tidak suka hadapi. Tapi demi untuk selamatkan diri, dia terpaksa menyamar.

"Hmm.. Tak apa lah Micha. Awak boleh duduk sekarang."

Micha hanya mengangguk lalu berlalu ke tempatnya. Sepanjang perjalanan ke tempatnya, dia hanya menundukkan wajahnya daripada melihat orang di sekelilingnya.

"Eh! Tengok budak nerd tu. Dia ingat, dia tunduk kepala tu macam lah orang nak tengok rupa dia."

"Entah! Dah lah hodoh! Jijik aku tengok!"

Sabarlah wahai hati.

Micha meletakkan begnya di sebelah mejanya lalu duduk dan mengeluarkan buku. Dia dapat merasakan ada mata-mata yang sedang memerhatikannya. Tapi dia buat tidak endah sahaja.

Jihoon melihat Micha dari atas ke bawah. Apasal pulak jendul ni jadi budak nerd ni? Buat tebiat ke apa? Tapi.. Betul ke dia tu Kim Mi Cha? Haish! Kalau salah orang macam mana?

Jihoon melihat wajah gadis itu semula. Tapi tengok dari gaya memang dia. Budak nerd takkan duduk terkangkang, walaupun sedikit. Nampak spender pink pulak tu. Memang Sah dia tu Micha! Budak ratu sexy dekat sekolah lama aku dulu.


To be continued..

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now