BAB 1

22.1K 644 18
                                    

{Everything will be okay in the end. If it's not okay,it's not the end. }

••••••

       "Arghh!!" Intan Zulaikha tersedar dari ingauannya. Sakit kepala dan tubuhnya dengan mimpi menakutkan itu. Apalah malang sangat mimpi yang dia dapat. Adakah mimpi itu petunjuk ataupun hanya mainan tidur? Malas dia mahu memberatkan kepala. Sudahlah jatuh tersepak batu, kini terjatuh katil dalam realiti pula.

       'Aduh, sakitnya pinggang aku! Jahat betul la katil ni! Ingat dapat mimpi jumpa prince charming ke tapi dapat mimpi bukan-bukan pula!'  Intan Zulaikha berdecit memarahi katil pegunnya. Sesekali dia mengosok belakang pinggang.

       Pintu bilik terkuak perlahan menandakan mamanya mahu masuk. Sudah terbiasa sedari kecil, mamanya pasti akan mengejutkan dirinya dikala pagi sudah menampakkan diri. Pantas dia melompat diatas katil umpama atlet lompat tinggi dan berselubung di dalam selimut. Datin Jamila duduk dibirai katil.

      "Ikha bangun sayang." Datin Jamila mengusap dahi anak dara kesayangannya itu. Seperti biasa, tiada satu pagi pun Intan Zulaikha terlepas dari kucupan kasih daripadanya.

      Hidup seorang gadis bernama Intan Zulaikha tersangat lah beruntung, lahir dalam keluarga yang kaya raya, disayangi dan disenangi oleh insan-insan di sekelilingnya. Berwajah cantik yang menjadi dambaan lelaki di luar sana malah senyumannya seindah bunga yang mekar di pagi hari. Intan Zulaikha seindah namanya, dia tersangatlah sempurna dimata sahabat-sahabatnya. Namun dia tidak menyedari bahawa liku-liku kehidupannya bakal bermula pada hari itu. Ya! Pada hari dimana dia bakal bertemu dengan satu nama yang tidak asing lagi dalam hidupnya sedari dulu.

      Intan Zulaikha merengek manja. "Alaaa lagi sikit mama, nak sambung tidur kejap je please..."

      "No way! Tak ada alasan sayang. Hari ni aunty Bella nak datang melawat. Dia bawak anak dia sekali si El tu. Ikha ingat lagi kan kat mereka? Lama mama tak jumpa so by hook or by crook Ikha kena jumpa aunty Bella!" Tegas Datin Jamila memberi arahan.

       Intan Zulaikha mencebik. Masakan dia lupa pada orang yang pernah berjiran dengan dirinya dahulu. Arghh!! Kenapalah dia perlu ditemukan dengan mereka?

      "Mama, kenapa Ikha kena jumpa anak aunty Bella? Tak nak la, Ikha nak sambung tidur." Intan Zulaikha merengek manja. Meraih simpati.

      Haila nasib ada anak dara seorang dah berumur 19 pun bukan main susah nak menjaganya. Anak teruna harap je tiga orang tapi semuanya pulak masing-masing workaholic kecuali anak ketiganya yang lebih berminat memilih bidang penerbangan tentera. Mana nak lekat dekat rumah, 24 jam dekat office je sama macam papanya, Datuk Kamal. Datin Jamila sudah bercekak pinggang. Keningnya bertaut menahan geram.

       "Anak mama ni, nak mama kahwinkan baru tak malas ke?" Suara Datin Jamila sudah naik satu oktaf. Sengaja dia mengugut puteri kesayangannya itu. Intan Zulaikha terkebil-kebil melihat mamanya.

      "Anak mama ni dah makin besar. Kalau esok, adaorang ketuk pintu dan nak pinang Ikha aduhai.." Datin Jamila tidak meneruskankata-katanya. Bagai berat untuk diucapkan kepada puterinya itu.

       "Mama ni, orang tu ketuk pintu sebab nak cari Mak Eda yang cantik menawan kat bawah tu bukan cari Ikha." Intan Zulaikha ketawa geli hati.

       "Amboi-amboi nama jiran sebelah pulak digunanya. Dah jangan nak lengahkan masa mama. Pergi bersiap sekarang!" Menyinga wajah Datin Jamila.

      Celik mata Intan Zulaikha saat mamanya itu sudah ada tanda-tanda mahu mengamuk. Dalam malas diturutkan juga kemahuan mamanya yang ingin dia berhias cantik kerana kedatangan tetamu istimewa mamanya itu. Sungguh dia tidak mengertikan mengapa mamanya beria-ria mahu dia bertemu dengan aunty Bella. Aunty Bella? Sahabat mama a.k.a bff forever mama dulu sebelum mama dan papa pindah kesini. Merekalah jiran mama di Johor. 

      Memori daun pisang, eh silap! Memori sewaktu dia berusia 5 tahun kembali menerpa. Begitu juga anak lelaki aunty Bella yangseusia dengannya ketika itu. Pada waktu itu, anak aunty Bella selalu mengejekdirinya. Benci! Sungguh dia benci!

       'Eh budak gemukkk! Pancitlah basikal aku!'

      'Sampai hati El cakap kita gemuk. Daripada El tu kite tengok macam rangka bergerak je.' Intan Zulaikha sudah mencebik manja.

      'Eh kau! Badan aku yang sado ni kau cakap rangka! Dah memang kau gemuk, takkan nak tipu pula. Turunlah!'

     'Nanti El nak kahwin dengan siapa? Dengan kita kan..' Sesekali tocang ekor kudanya dilibas-libas kearah Hafiz Rafael.

     'Siapa entah nak kahwin dengan budak gemuk macam kau.'

      'Nanti kita dah besar lepastu jadi cantik, jangan menyesal!' Mata Intan Zulaikha sudah berair kerana dihina. Pantas dia berlari sebelum tersadung akar pokok rambutan sehingga mencederakan kepalanya. Semenjak peristiwa itulah mama dan papa mengambil keputusan berpindah ke Kuala Lumpur.

       "Berangan pula dah budak ni. Intan Zulaikha! Tetamu kita nak sampai dah tu." Hilang segala memorinya dahulu saat mama mengejutkannya. Arghh, terasa malas pula. Kena cari alasan ni.

      "Aduh mama sakit perut. Period pain!" Sengaja dia mereka alasan untuk mengelakkan diridaripada bertemu dengan budak lelaki yang telah menghinanya dahulu. Lakonannya siap ditambah dengan kerutan didahi untuk menyakinkan mamanya bahawa dia benar-benar sedang sakit.

      "Ikha betul ke ni? Sakit sangat ke?" Datin Jamila berkerut risau. Tadi elok je.

      Intan Zulaikha mengangguk perlahan. Dia berjalan lemah menuju kearah katilnya lalu membaringkan tubuhnya. "Mama, Ikha tak larat sangat ni. Mama nak ke tengok anak dara mama ni pengsan depan aunty Bella and family?"

      Intan Zulaikha membangunkan separuh tubuhnya dan dijatuhkan kembali keatas katil.
 
      "Okey sayang rehat. Makan ubat tau, aunty Bella biar mama handle. Nak apa-apa minta kat Mak Yam ye."

      "Okey mama, kirim salam SAYANG Ikha kat anak aunty Bella tu sekali. I love you mama!" Laju Intan Zulaikha menutup tubuhnya dengan selimut. Yes mission complete!  Yabedabedu, tak payah susah-susah jumpa dengan rangka tu! Hati Intan Zulaikha bersorak riang.

°°°°°°

P/S: marilah vote cerita i yg tak seberapa ni😬 Ermm i busy lately ni so tak dpt update selalu muhahahaha .ok bye

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now