- P R O L O G -

32.4K 654 28
                                    

{ Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end. }

•••••••

     'Aku kat mana ni? Hello! Anybody here?!'  Suara Intan Zulaikha memecah sunyi di suatu tempat yang asing. Puas dia berlari ke sana ke mari mencari arah keluar namun semuanya gagal. Mengapa dirinya tiba-tiba sahaja berada di tanah lapang yang hanya dikelilingi pohon-pohon bunga matahari yang subur?

      Perlahan-lahan Intan Zulaikha melutut ke tanah. Dia tidak betah lagi berlari tanpa arah. Air matanya merembes keluar bersama dengupan jantung yang berombak kuat menahan lelah. Rinik-rinik peluh mula membasahi busana putihnya.

     'Ya allah, tolonglah hambamu yang lemah ini...'  Seraya doa ditutur dan tangannya menadah kepada Yang Maha Esa.

      Intan Zulaikha memeluk lutut. Sungguh dia takut berseorangan. Meliar matanya memandang dunia sekeliling. Dari kejauhan dia ternampak susuk tubuh lelaki yang juga berjubah putih sedang berjalan membelakanginya. Bibirnya mengukir senyuman.

      Laksana penyelamat, lelaki tersebut dengan tangkas menghunus parangnya yang tajam dan melibas setiap bunga yang menganggu laluannya. Pantas dia berdiri dan berlari kearah lelaki tersebut. Jarak mereka semakin dekat namun dia merasakan langkahnya teramat perlahan walaupun dia sudah membuka langkah seribu.

      'Awak! Tunggu saya!!'  Tidak semena kakinya tersepak batu. Tersungkur dia di atas tanah. Rupa-rupanya pergelangan kakinya bergari dengan rantai besi. Perlahan dia merintih dan hanya mampu membiarkan lelaki tersebut berlalu pergi.

        'Awak isk.. isk.. tunggu saya!!'

Arjuna Hatiku | CWhere stories live. Discover now