"Saya tak sengaja!" Balas Florence serius.

Alexander membiarkan sahaja Florence membersih luka pada hujung bibirnya dan pada dahinya. Pembalut luka ditampal pada tempat luka dan selesai. Florence menyimpan barang firstaid pada asalnya lalu mahu keluar dari bilik itu.

"Saya minta maaf pasal tadi...saya tau saya salah tapi tak salahkan awak jugak maafkan saya," ucap Alexander tiba-tiba sambil memerhati langkah Florence yang terhenti.

"Saya maafkan awak tapi mulai esok, saya tak nak ikut awak lagi bila pergi kerja," kata Florence lalu keluar dari situ.

Alexander mengeluh. Kalau Logan tidak muncul tadi, semuanya tidak akan jadi seperti ini. Kenapa dirinya dihukum? Dia tidak kuat untuk menempuh segala dugaan lagi. Dia hanya mahu bersama Florence. Itu sahaja!

.....

Esok pagi, Alexander siap dengan pakaian kerjanya. Dia melangkah keluar lalu turun ke dapur. Dia mencari kelibat Florence namun gadis itu tidak ada di situ. Yang ada hanya dia dan Casey.

"Casey, Florence mana?" Tanya Alexander.

"Dah pergi awal tadi! Dia cakap dia tak nak tunggu tuan," jawab Casey.

Alexander terus mengunyah. Dalam fikirannya sekarang hanya ada Florence yang merajuk dengannya. Sudah tentulah dia merajuk dengan kau, Alex! Selesai makan, dia terus mencuci tangannya lalu jalan ke depan. Casey terkoncoh-koncoh berlari mengejarnya dari belakang. Beg kerjanya diambil dari tangan Casey.

"Pandu hati-hati!" Pesan Casey yang begitu prihatin dengannya.

"Terima kasih, Casey!" Balas Alexander lalu masuk ke dalam keretanya.

Enjin kereta dihidupkan. Sebelum bergerak, dia sempat menoleh sekilas pada Casey yang masih berdiri di luar. Dia memandu dengan tenang namun dirinya tidak sabar mahu sampai di tempat kerjanya. Dia mahu bersua muka dengan Florence yang semakin jauh dengannya. Sehari sahaja dah buat dia tiada nafas. Inikah dinamakan cinta? Huh!

"Selamat pagi, bos!" Sapa penyambut tetamu padanya saat dia masuk ke dalam bangunan itu.

Dia senyum nipis sebelum dia masuk ke dalam lif. Dia harus sentiasa tegas. Dia tidak suka pekerjanya nanti memijak kepalanya bila dah akrab. Itulah diutamakan bila dia mengurus syarikat itu hasil titik peluhnya sendiri. Dia melintas di meja Florence namun gadis itu tidak ada di situ pula. Dia tercari-cari namun dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

"Selamat pagi, bos!" Sapa Florence yang sedang membersihkan meja kerjanya.

Alexander senyum meleret. Macammana dia boleh tidak perasan Florence ada di situ? Tentu gadis itu nampak kelakuannya tadi yang sedang tercari-cari. Dia duduk lalu memerhati pada Florence.

"Boleh sediakan kopi panas untuk saya?"

"Okey!" Florence lekas keluar.

Alexander menanti di situ dengan senyuman bahagia. Entah dia rasa bahagia sangat bila tengok muka Florence hari ini. Florence muncul kembali dengan secawan kopi di tangannya lalu diletakkan di atas mejanya.

"Thanks!" Ucap Alexander sambil melemparkan senyuman pada gadis itu.

Florence melangkah keluar. Senyumannya mati. Bibirnya yang pecah itu masih sakit. Memang patutlah orang pandang dia semacam. Selama ini dia datang kerja, dia tidak pernah datang dengan muka lebam di sana sini di wajahnya. Dia kembali tekun membuat kerjanya sambil itu sesekali dia menghirup kopi yang dibancuh oleh Florence tadi. Alahai sedapnya! Kenikmatannya itu hanya sementara bila ada seseorang menganggunya. Puas dihalang oleh Florence namun lelaki itu degil. Alexander memandang tajam ke arah lelaki itu. Sinis!

"Kau nak apa?" Tanya Alexander pada Logan yang berdiri di hadapannya.

"Aku datang sini nak bagi kau amaran sekali lagi. Jangan dekat dengan Eileen!"

"Logan, kau datang sini memang nak bagi aku amaran macam tu je ke? Kau dengar sini, sejak aku putus dengan dia, aku dah tak layan dia. Eileen yang terhegeh-hegeh nakkan aku. Aku fikir hubungan kau akan berpanjangan dengan dia. Tak sangkakan kau dengan dia putus jugak!" Sindir Alexander membuat amarah Logan berada di tahap kritikal.

"Kau jangan nak menipu aku pulak!"

"Aku tak tipu kaulah! Kalau kau nak bukti, tu dia dah datang!" Lawan Alexander tidak mahu mengalah dengan musuhnya itu.

Logan memandang ke arah yang ditunjukkan Alexander tadi. Memang betul! Eileen datang di situ lalu masuk ke dalam pejabat Alexander. Eileen terperanjat besar bila tengok Logan ada di situ.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Eileen dengan wajahnya yang serius pada Logan.

"Sorry, saya nak kerja. Kalau nak drama, bukan dekat sini!" Perli Alexander sambil memandang pada Eileen dan Logan.

"Mari ikut I!" Ajak Logan lalu memaksa Eileen mengikutnya pergi dari situ.

Alexander mengeluh kecil. Dia terduduk lemah. Entah bila tengok Logan bersama Eileen di depan matanya, hatinya sakit sama seperti pada hari dirinya dicurangi. Air matanya bergenang. Dia juga yang lemah. Kenapa dia yang tersakiti?!

CINTA TUAN ALEXANDER (COMPLETED)Where stories live. Discover now