BAB 2

9.4K 112 1
                                    

SEBELUM subuh Naira dah bangun. Dia tak boleh tidur. Asyik diganggu dengan pelbagai bayangan dan prasangka ngeri. Dia menyelak bantal di sebelah. Dompet tebal dan sampul kuning yang terletak di bawah bantal itu ditenung. Di dalamnya berisi berpuluh-puluh ribu ringgit. Mengagak saja. Naira tidak mengira duit tersebut.

Naira mengeluh.

Dia boleh selesaikan banyak kemelut yang mengganggu-gugat ketenangan hidupnya dengan duit tersebut. Masalah along si ceti yang mengejar dia dan adiknya ke sana ke mari. Kekadang rasa nyawa di hujung tanduk sahaja. Bila-bila masa tengkuknya boleh dicantas parang panjang dan berkilat geng along tersebut.

Naira bukan tak ada duit langsung. Ada. Resort kepunyaan keluarga ini tidaklah teruk mana. Masih dapat bertahan businessnya... Walaupun struktur bangunan sudah lama dan perlukan baik pulih serta perubahan.

Namun, buat masa sekarang aliran wang tunai resort hanya cukup untuk menampung segala keperluan modal dan gaji pekerja sahaja. Gaji dan keperluan hidup dia sekeluarga juga. Tak lebih dari itu. Jika ada yang terlebih pun, hanyalah sedikit dan tak patut dibazirkan untuk membayar hutang along yang entah apa-apa itu.

Pada zahirnya, orang beranggapan Naira orang kaya, banyak duit... Maklumlah, dia memang anak orang berada di pulau tersebut. Arwah abah Naira anak jati pulau yang miliki beberapa bidang tanah di situ.

Namun, realiti sebenar tiada siapa yang tahu. Dia yang terpaksa menanggung segala beban masalah, hutang piutang akibat kerakusan ahli keluarga sendiri.

Dompet tebal dan sampul kuning dipandang lagi. Kalaulah duit tersebut dia ambil... Boleh langsaikan hutang piutang along yang membelenggu hidupnya. Duit ini mungkin saja duit haram hasil rompakan atau jual dadah, jadi tak salahlah disalurkan kepada perkara haram juga. Adil la, kan?

Naira! Apa sudah terjadi pada kamu? Boleh kamu terfikir perkara terkutuk begini? Duit orang tu... Kamu ambil dikira haram! Kalau ya pun kamu kata itu duit penyangak... Kamu yang nak curi duit penyangak. Itu dikira apa pula? Apa dah jadi pada diri kamu, Naira? Terdesak macam mana sekali pun, kamu tak ada hak untuk ambil harta orang! Bukan kamu tak tahu tuan punya duit tersebut!

Naira menghakimi dirinya sendiri... Dia geleng-geleng kepala. Dia bukan jenis begitu. Entah berapa ribu syaitan sedang memprovokasi dia. Dia selalu menyoal kenapa satu-satunya abangnya jahat macam hantu... Dan sekarang dia pun nak jadi hantu juga?

Owh... Tak... Tak! Aku tak nak mulakan jadi orang jahat. Sekali buat, akan ada kali kedua, ketiga dan seterusnya kejahatan tu akan sebati dalam diri. Buat jahat pun ada titik mulanya. Kalau tak mulakan... Takkan jadi. Macam Abang Mirza... Lama-lama, hancur. Naira bermonolog sendiri.

Cepat-cepat dia menekup semula dompet tebal dan sampul kuning dengan bantal. Macam manalah dia boleh terfikir sampai ke situ? Naira tampar pipi kiri dan kanan, menyedarkan diri supaya jangan mudah terpesong. Rasa bersalah dan malu pada diri sendiri. Nampak duit banyak sikit, terus gelap mata.

Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang dari surau perkampungan di sebelah Resort Abah. Naira bingkas bangun ke bilik air, mandi dan mengambil wuduk. Selepas solat, dia berdoa, berdoa dan terus berdoa banyak-banyak supaya dipermudahkan urusannya sekejap lagi. Memulangkan kembali barang kepada tuan empunya.

Jarum jam belum pun menunjukkan pukul tujuh pagi, Naira sudah tercegat di pintu bilik lelaki yang bernama Iqbal Raid tu. Menekan loceng dan menunggu. Pagi ini dia akan tunggu sehingga pintu dibuka. Kakinya akan terpaku di sini sehingga lelaki tersebut buka pintu dan dengan sendirinya dia memulangkan dua barang ini. Sungguh dia tidak akan bergerak dari sini sehingga kedua-dua tangannya kosong.

Malam semalam dia dan Azlan dah datang ke depan bilik ini. Picit loceng, ketuk-ketuk bagai, haram lelaki tu nak buka. Sikitpun tak diendahkannya. Dah mati ke apa dalam bilik tu? Ataupun tengah high. Bukan Naira dan Azlan tak cuba dan berusaha menyerahkan barang tersebut pada malam semalam. Mereka dah usaha sungguh-sungguh.

LELAKI KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now