BAB 9

5.1K 80 2

"NAIRA!"

Belakang Naira ditepuk dari belakang. Cepat-cepat Naira pusing. Cam sangat dengan suara perempuan tu.

Seorang perempuan tersenyum lebar padanya.

"Surprise..." Dan tangan didepang luas meminta pelukan Naira.

Naira pun apa lagi, tanpa buang satu saat pun terus memeluk perempuan tersebut. Kedua-duanya berpelukan dan melompat-lompat. Macam budak-budak tadika. Tak ingat dah orang keliling.

"Ya Allah... Rindunya aku kat kau, Yam..."

"Aku pun... Tiga bulan kat China, aku asyik ingat kau saja tau!"

"Yalah... Seksanya jiwa raga aku masa kau tak ada..."

"Hikhik... Aku tau... Aku tau."

Sekali lagi perempuan yang bernama Maryam memeluk Naira. Masa peluk, mata Maryam baru perasan ada seorang lelaki dekat mereka. Tak lepas dari memandang Naira.

"Segaknya..." bisik Maryam pada Naira.

"Siapa? Kau dapat boyfriend apek ke kat sana?"

"Heh, bukanlah! Sapa yang nak kat aku?" balas Maryam.

"Habis... Siapa yang segak?"

Maryam tunjuk Raid dengan muncung bibir.

Naira mencebir.

"Hantu ni segak?"

Raid di hadapan senyum lebar. Tahu yang kawan Naira puji dia kacak, dan nampak dengan terang dan nyata yang Naira cuba menafikan.

"Kawan awak tu takkan mengaku yang saya ni segak. Dia ego orangnya. Jarang puji orang..." sampuk Raid. Bersahaja kata-katanya.

"Memang... Tapi jangan bimbang, nanti dia akan bagi tahu saya juga." Maryam gelak.

"Eh macam nak makan berdua aje, aku kacau ke?"

"Taklah... Duduklah sini." Naira tarik kerusi untuk Maryam.

"Nanti aku order special untuk kau."

Maryam duduk. Tapi dia waswas juga dengan lelaki di hadapan.

"Boleh ya abang, saya join sekali?"

"Boleh aje..." Naira tolong jawab dengan pantas. Selamba dia aje.

Raid pandang Naira semacam. Rupa Raid tak puas hati.

"Boleh kan, bang?" tanya Maryam sekali lagi.

Raid angguk perlahan. Tapi lepas tu dia kerling Naira. Adalah tu agenda dia seterusnya, gumam hati Naira.

"Aku nak makan mi laksa ketam la, beb... Tiga bulan aku terlioq duk ingat."

"Okey... Aku suruh cef buat spesial untuk kau, ya? Kesian kau... Kurus keding dah aku tengok."

"Ha la... Kat sana aku tak lalu makan la, beb..." Maryam sendeng mukanya ke bahu Naira. Manja.

Raid perhati sahaja kelakuan mereka.

Naira sibuk melayan Maryam itu ini. Layan makan minum, layan sembang, macam-macamlah! Raid kelihatan tak dipedulikan. Tapi Raid buat muka selamba sahaja. Buat macam tak kesah. Raid makan sikt-sikit saja. Lepas makan, dia minum kopi panas kesukaannya.

Lunch date ni pun kerana Raid yang paksa. Sebagai bayar upah dia baiki enjin bot laju. Heh... Ada tiga kali sesi bayaran sebenarnya. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Naira kena layan.

Mulanya Naira tarik nafas lega la sebab Raid tak minta bayar mahal-mahal. Manalah tahu kan, perangai Raid tu bukan boleh dijangka. Macam tuduhan duit hilang tu... Sesuka hati dia aje. Naira ni bukan ada banyak duit nak cover benda yang bukan-bukan.

Tapi bila mengenangkan tiga kali kena layan Raid ni, berdua-duan makan, Naira rasa ngeri pula. Mujur tengah hari ini Maryam, kawan baiknya muncul sebagai penyelamat. Jika tak... Alangkah bosannya dia untuk habiskan masa berdua-duaan dengan lelaki ini. Dia tak ada modal untuk cakap yang baik-baik. Untuk gaduh-gaduh, banyaklah modalnya.

Di mata Raid, dua perempuan ni over la. Cakap sikit lentok manja ke bahu. Lepas tu laga-laga pipi. Peluk-peluk berpuluh kali. Cemburu pula rasa. Raid mulalah nak prasangka sesuatu.

"Hurm... You alls berdua ni..."

Raid dekatkan jari telunjuk dan jari hantu, jari lain lipat.

Naira angkat kening isyarat tanya. Muka dia yang ceria bersama Maryam dengan tiba-tiba bertukar serius.

"Apa tu, abang?" tanya Maryam, tak faham.

"Lesbian?" Raid straight to the point.

"Hei, mana ada?!" terjerit Maryam.

"She's my forever friend la, abang... Kami ni kembaq lain emak lain bapa, berpisah tiada."

Kala itu, Naira pandang Raid rupa macam nak kerat-kerat lapan belas tubuh lelaki itu. Raid cantum dua tangan ke atas mohon ampun pada Naira.

Ha, tahu pun takut!

"Kami belum miring lagi nak buat semua benda luar alam tu!" ujar Naira serius.

Maryam ketawa.

"Apalah abang ni... Fikir yang tidak-tidak!" Maryam pandang Raid. Dia asyik perasan yang lelaki ni tak sudah-sudah merenung kawan baiknya itu. Semacam aje caranya. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke? Yalah, dia kan tiga bulan di China.

"Lupa tanyalah. Abang ni nampak rapat aje dengan Naira. Dah..." Maryam dekatkan dua jari telunjuk kiri dan kanan.

"Apa tu?" Giliran Raid pula tanya.

"Couple la..."

"Heh... Mengarut!" jerit Naira, sambil cepuk lengan Maryam. Geram dia dengan soalan Maryam yang tiba-tiba tu.

Raid maintain senyum.

"Maryam tak tanya awak la. Dia tanya saya..."

"Betul! Betul!" Maryam sokong Raid.

"Betul ke, bang?"

Raid angguk.

"Hei... Siapa yang couple dengan awak? Jangan perasan boleh?" Naira jegil mata pada Raid, sambil bangun berdiri. Mujur tak ada tetamu lain di sekeliling mereka. Jadi, kelakuan sumbang Naira taklah nampak sangat di mata penginap resortnya.

"Suka hati sayalah. Saya punya hati, sayalah control nak suka siapa-siapa pun..." balas Raid selamba. Dia pandang Maryam.

"Kan, Yam?"

Maryam senyum dan angguk.

"Yam!" Lengan Maryam jadi mangsa lagi.

Lepas tu, kelam-kabut Naira heret Maryam pergi dari situ.

"Nice to meet you, Maryam," ujar Raid sebelum kedua-dua gadis tu menjauh.

"Sayang... Lunch hari ni saya tak kira tau!" jeritnya lagi, khas untuk Naira.

Maryam pandang muka Naira. Gelak. 

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!