BAB 8

5.4K 74 0

"SARAH mana?"

"Dia pi bilik ayaq sat, Cik Naira..." jawab Tina.

Si Tina ni berasal dari utara, sebab tu slanga utara dia pekat. Orang Kedah jati tu. Entah macam mana boleh tersesat mai kerja di pulau? Katanya tinggal di rumah emak saudara yang tak jauh dari Resort Abah ni.

"Hurm... Guest yang sorang tu dah masuk Honeymoon Suit?"

Tina sengih-sengih sebelum jawab.

"Dah, Cik Naira. Payment pun dah settle... Lepaih tu dia baik sangat dengan kami. Tak dak dah buat hei macam-macam. Siap dia bagi tip lagi sorang lima puluh ringgit. Seronok kami, Cik Naira. Tak sia-sia ikut pesanan Cik Naira supaya layan dia baik-baik."

Naira terdiam. Okey, baguslah kalau lelaki tu dah tunaikan janjinya tak ganggu pekerjanya lagi. Syukur, alhamdulillah. Akan tetapi, Naira masih waswas dengan lelaki yang bernama Raid ni. Perangai pelik. Tu bagi tip berlambak tu, adalah akal dia nanti. Apa agenda dia yang sebenar?

"Cik Naira... Encik Raid tu kaya, kan? Dia siap bayar untuk tambah tinggal satu minggu lagi... Untung la Cik Nara bulan ni. Dia habaq, Cik Naira pandai bodek, sampai dia sanggup tambah cuti untuk tinggai sini lama-lama."

Spontan dahi Naira berkerut-kerut.

"Jadi, total dia stay sini berapa lama?"

Tina angkat dua jari ke atas.

"Dua minggu la..." Lebar sengih Tina.

"Dia nak buat apa duduk sini lama-lama? Ada dia bagi tahu Tina?"

Tina angkat bahu.

"Dia tak habaq la pula... Cuma dia kata, dia ada misi peribadi. Nak tergelak kami dengaq. Entah apalah misi dia..." Tina gelak-gelak di hujung katanya. Kemain galak dia bercerita pagi ni. Selalu tu dia tak berani sangat cakap lebih-lebih di depan Cik Nam, berani dalam telefon saja. Hari ni dia terlebih berani. Dapat semangat dari Encik Raid yang segak tu kut.

Sudah! Matilanak layan mamat miring tu. Naira harap manusia tu cepat pergi. Mahu jantung dia yang sihat ni terus tenat. Entah-entah selepas dua minggu tu, dia sambung lagi. Serabut! Macam mana boleh terjumpa manusia macam ni? Malang sungguh haih nasib dia... Tak habis-habis didatangi lelaki tak senonoh. Kalau ada lelaki baik yang gilakan dia macam ni, kan seronok. Dah tentu dia terima dengan senang hati. Ini penyangak! Lepas tu ada hati nak cintan-cintun dengannya.

"Cik Naira... Encik Raid tu macam berkenan sangat dengan Cik Naira... Asyik tanya kami ke mana Cik Naira pi. Bertuah, Cik Naira. Dah la segak mamat tu... Banyak duit pula tu, tak kedekut."

Mencerlung Naira pandang Si Tina. Bikin Tina mula rasa gementar. Tina tepuk mulutnya, tanda menyedari yang dia dah salah cakap.

"Kalau kamu berkenan sangat... Ambil la, Tina. Tapi jangan gedik lebih-lebih, rosak reputasi resort saya ni."

Walaupun bunyinya macam lawak, suara Naira tegas. Namun Tina tak faham maksud Naira. Serta-merta Tina tayang wajah girang.

"Boleh ke, Cik Naira? Betul ni?" tanya Tina macam tak percaya pula bos garang ni boleh cakap perkara yang paling win. Fulamak... Boleh la dia start mengurat sat lagi.

"Heh... Kalau dah teringin sangat, cubalah. Mana tahu sangkut dengan lelaki duit berkepuk. Tapi ingat, jangan duk ronggeng sangat di sini. Jangan sampai maruah perempuan kita ni tergadai. Nak dapat calon suami pun kena ada adab-adabnya."

Sempat Naira membebel pada Si Tina yang lima tahun lebih muda daripadanya. Umur tengah menggeletis... Fikir Naira. Sampai tak nampak buruk baik. Asyik nak berseronok sahaja. Berbeza dengan dia sewaktu umur Si Tina. Masa tu dia sudah mula menggalas amanat abahnya. Mana sempat meronggeng, berangan bagai.

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!