BAB 1

6.2K 119 7

PROLOG

SUDAH dua kali dia terserempak dengan kejadian yang sama. Orang yang sama. Dan ini kali ke tiga, dalam tempoh satu minggu. Gadis comel dikejar apek botak berbadan gempal dan annei rambut megi bermisai lentik.

Dia tidak kenal gadis tersebut. Untuk mudahkan cerita, cukuplah dia panggil gadis itu dengan nama Melur. Kenapa Melur? Sebab gadis ini putih melepak macam bunga melur kampung emak angkatnya. Dia sangat suka bunga tu. Dah la putih bersih, comel, wangi pula. Tapi kata orang tua-tua... Hantu suka sangat kat bunga ni. Ah... Apa dikesah bukan, sebab dia pun perangai macam hantu juga. Jadi, biarlah dia jadi peminat Si Melur ni dalam diam.

Dua kali terlihat Si Melur kena kejar, dia asyik duk teringat-ingat pada gadis putih melepak tu. Tak tahu nak cerita macam mana perasaannya, tapi dia sangat mengharapkan agar apek dan annei mengejar Si Melur lagi. Memang dia perangai hantu, kan?

Sebenarnya dia belas tengok Si Melur tu. Pecut lari lebih laju daripada kuda yang berkaki empat kena besit si penunggang. Termengah-mengah. Tetapi gadis Melur tu cerdik juga. Dia pandai cari tempat sembunyikan diri. Dua kali apek tembam dengan annei misai lentik tak dapat cari. Macam main aci sorok-sorok pun ya juga. Si kecil boleh sorok diri kat tempat-tempat sempit, si besar dan tembam tak dapat lolos diri.

Sayangnya petang ini nasib Si Gadis Melur tidak sebaik mana. Melur tertangkap. Annei misai lentik punya kuasa lari yang tinggi hari ini. Mungkin kesan meneguk jus ketum yang dibeli secara sorok-sorok dari penjual haram sekejap tadi. Kemain rakus Si Annei melanggah minuman tersebut. Ajaibnya, annei terus power giler selepas itu. Laju dia berlari meninggalkan apek yang terkedek-kedek di belakang. Dah la perut apek mengalahkan perempuan mengandung tujuh bulan. Rasanya air ketum pun tak dapat membantu apek.

Dengan kuasa baru, annei terus mengejar dan menarik tangan putih Si Melur dan mengilasnya ke belakang. Berkerut-kerut muka Si Melur menahan sakit. Melur meronta-ronta melawan. Dihentak kaki annei dengan kuat dengan kaki comelnya. Tak cukup dengan itu, diangkat lutut lalu ditala laju-laju ke arah senjata kesayangan annei. Terpusing-pusing jugalah Si Annei tu sekejap. Tapi tangannya masih tidak lepaskan Melur. Annei geram, lalu dilempangnya sedas ke pipi mulus Si Melur.

Allah hai... Tak sampai hatinya tengok. Sanggup orang lelaki berkasar macam tu sekali pada perempuan? Gadis comel pula tu. Tak sedarkah lelaki tu yang perempuan jugalah yang beri dia kepuasan dunia? Cuba bayangkan dunia ini tanpa perempuan. Sengsara bukan, semua lelaki?

Walaupun dia perangai hantu... Tapi bab pukul-pukul perempuan, dia cukup pantang! Perempuan ni dicipta khas oleh Tuhan special untuk lelaki. Kena hargai! Itu prinsipnya.

Ingin sangat dia menolong. Tetapi... Jika dilakukan sekarang, segala persoalan yang berlegar dalam kepalanya mustahil terjawab. Tahankan sajalah hati suci ni dulu... Kejap lagi mungkin dia boleh hulurkan bantuan sewajarnya. Jangan Si Melur tu hancur dikerjakan tangan-tangan malaun tu jam-jam ni cukup. Tapi, sudah pasti dia takkan biarkan hingga ke tahap tu. Depan mata dia kut!

Si apek yang bernafas macam tak cukup oksigen sudah sampai di hadapan Melur dan annei jahat tu. Menyeringai sengih Si Apek.

"Dapat juga lu... Banyak tunjuk pandai, last lapat juga wa tangkap!" ujar apek dengan penuh bangga walaupun termengah-mengah.

"Eh... Lu sapa hah? Apa pasal suka kacau aku?" soal Si Melur.

Owh... Rupa-rupanya Melur sendiri tak tahu kenapa dia dikejar penjahat-penjahat tu. Menarik!

"Lagi mau tanya ka sapa wa? Betoi lu talak kenai wa?" soal apek semula.

"Mana aku tau! Lu ingat lu handsome ke aku mau kenai? Perut pun boroi ke depan lagi mau perasan orang tau lu sapa... Pui!" Garang jawapan Melur, siap acah-acah meludah.

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!