BAB 10

8.3K 91 3

NAIRA pandang Maryam dengan rupa geram. Tak habis-habis lagi Maryam duk gelakkan dia. Tak rasa kelakar kat mana-mana pun sehingga boleh buat Maryam begitu terhibur sekali. Cerita Naira cerita serius, kisah benci dan menyampah! Tak ada sangkut benda lucu. Bukan bahan rekaan pelawak Sepahtu.

"Sejak jumpa lelaki tu hang pun jadi miring sama ke, Yam? Dari tadi asyik duk sengih, gelak, sengih, gelak...Rimas aku tau! Aku dah la banyak story nak cerita kat hang..."

Maryam gelak lagi.

"Dah-dah la tu, beb... Aku ni dah la lama tak jumpa hang. Tak dak sapa aku nak meluah segala masalah kat jiwa ni... Dah macam nak sewel rasanya pendam semua sorang-sorang."

Maryam hempas tubuhnya ke atas tilam, di sebelah Naira baring. Kuat. Beringgut katil kayu lama tu. Naira menjeling, pura-pura marah. Maryam ni nama aje kurus keding, tapi tulangnya berat. Padu. Kalau pukul orang, sikit aje pun Maryam ketuk, sakit yang amat.

"Sorry la, beb... Aku bukan saja-saja nak gelak, tapi aku rasa, aku suka la kat mamat tu. Macam sesuai ja dengan hang. Tak macam jantan-jantan yang cuba duk tackle hang sebelum-sebelum ni..."

"Ceh... Otak hang ni Yam, macam dah kena pukau lelaki miring tu... Hang tak nampak ka dia tu lebih kurang ja?"

Maryam geleng laju.

"Tak la, beb... Aku nampak kat mata dia..."

"Kenapa mata dia?" tanya Naira, sekali mata-mata dia membulat.

"Bersinar-sinar bila pandang hang! Macam ada pancaran cinta gitu."

Naira gerakkan badan, buat aksi geli-geleman.

"Eeei... Geli aku dengaq, Yam... Sekadar mata bersinar-sinar tu tak buktikan apa-apa la, Yam. Hang tok sah nak temberang aku sangat la. Macam aku nak percaya pada teori cinta pelesu hang tu..."

"Hesy... Hang tu tak tau, beb. Kalau mata bersinaq pandang kita, bermakna rasa cinta dia tu ikhlas. Macam mata bapak kita pandang emak kita la, kan... Ikhlas ja... Sampai kita tua bangka ni, depa tetap duk berkasih sayang."

"Ya ke?" Berkerut-kerut dahi Naira. Pakej dengan bibir seksinya yang termuncung-muncung. Masih blur.

"Susah la aku nak terima teori mata bersinaq hang ni. Annei misai lentik tu, mata dia bersinaq-sinaq juga pandang aku. Lepas tu sedap ja dia raba buntut aku ni... Kat mana letak ikhlasnya?"

Terburai gelak Maryam. Sampai keluar air matanya.

"Gelak la, Yam... Gelak. Kena kat diri hang baru hang tau. Rasa tercabul, trauma, semua ada. Puas aku teriak memalam. Siap mimpi-mimpi ngeri, ngigau lagi. Tak dak sapa aku nak cerita masalah aku ni... Hang tak dak masa tiga bulan tu... Seksa sangat aku rasa." Lirih suara Naira mencurahkan perasaan terpendamnya.

Maryam pun dengan serta-merta tangkap syahdu. Sedih dengar luahan sahabatnya. Memang sudah maklum yang Naira ni selalu saja kena kejar dengan macam-macam jenis along meminta hutang. Lepas satu... Satu. Boleh kata, memang tak aman la hidup Naira ni sejak tiga empat tahun ni. Maryam nak bantu lebih-lebih pun tak mampu.

Maryam bukan asal keturunan orang ada-ada. Dia berasal daripada keluarga orang marhain sahaja. Ada tak ada, duit gajinya sahaja yang satu keluarga kongsi makan dan buat belanja. Naira jauh beratus lagi kaya daripadanya. Malang sekali, Naira ada abang yang tak berjenis. Pandai berhutang tapi bab bayar hutang, bodoh. Mati tak mahu, hidup menyusahkan orang!

"Alolo... Kesiannya kawan aku. Aku minta maaf na..." Maryam peluk Naira di sebelahnya.

"Bukan aku tak ingat hang... Aku sentiasa ingat, tapi itulah... Kat sana komunikasi breakdown, semua tak boleh. Facebook, WhatsApp semua tak boleh pakai... Kalau dia orang hantar aku lagi ke sana, taubat aku tak mau pi dah!"

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!