BAB 15

17.3K 142 34

Morning, sayang.

Sihat?

Take care...

Love~Your forever ghost.

Antara mesej WhatsApp daripada Raid hantu. Dihantar melalui talian telefon untuk kerja. Setiap hari dia terima. Tak pernah dibalasnya. Tak kuasa layan. Nanti sepatah dihantar, seratus patah dia jawab balik. Untuk tidak menambahkan kusut, lebih baik mendiamkan diri. Mujur semua yang berkenaan pandai sembunyikan nombor peribadinya. Jika tidak, harus tak ada privasi, asyik kena ganggu dua puluh empat jam.

Hari tu, Naira sudah boleh menarik nafas lega bila lelaki itu dah pergi. Ingatkan lelaki tersebut sudah faham akan situasinya. Tak kacau Naira lagi. Telahannya ternyata silap. Tak reti berputus asa rupa-rupanya hantu ni dalam misi mengganggu Naira. Tak menginap di sini, dia masih ganggu dengan mesej-mesej yang tak pernah jemu menyapa. Kadang-kadang malas Naira nak buka baca.

Dalam diam, hantu tu dah sogok semua staf resort supaya jadi geng dia. Cef Razak pun nampak gayanya dah kena mandrem. Kalau jumpa Naira, mulut Cef Razak tu tak lekang daripada menyebut nama Raid.

Raid pesan supaya masakkan bubur untuk Naira, Raid tak kasi Naira makan pedas, Naira tak boleh skip sarapan bla bla bla. Ceh... Dia ingat Naira ni tak reti jaga diri sendiri ke? Awak tu siapa... Suami Naira? Kekasih Naira? Bukan belaka. Nak juga leterkan Cef Razak supaya jangan percayakan temberang hantu tu. Tapi kasihan pula nak bebankan orang tua tu dengan masalah peribadinya. Bawa-bawalah bertenang dan jangan serabutkan kepala orang tua tu.

Cef Razak tu lebih kurang samalah macam Maryam, asyik suruh dia cari laki. Agaknya, dia orang dah bosan kut nak ambil berat pasal Naira. Tu yang beria-ia suruh dia bersuami cepat-cepat.

Tak cukup dengan Cef Razak, Si Fuad pun dah termakan dengan kata-kata manis hantu tu. Sakit hati tau, bila dengar Fuad ni kata...

"Kalau ada Abang Raid tu seronok, macam-macam dia tau pasal enjin bot, Ad dapat belajar banyak benda dengan dia..."

"Abang Raid tu baik, Cik Naira... Selalu bagi nasihat dan semangat untuk Ad. Kata Abang Raid, tak ada pelajaran sekolah tak jadi hal, pengalaman dan pelajaran kehidupan lagi baik jika kita nak belajar sesuatu. Orang yang tak sekolah tinggi tak bermakna dia tak boleh punya taraf hidup yang baik. Yang penting usaha."

Hurm... Yalah Fuad. Harap kamu jangan tertipu.

Si Tina yang gedik tu jangan ceritalah. Dengar khabar, asyik bertanya Azlan, bila hantu tu nak datang menginap di sini lagi. Sampai bosan Azlan melayan. Haha... Macam-macam la dia orang ni.

Hebat hantu tu, kan? Menginap sini tak sampai dua minggu, tapi dapat ikat hati semua orang yang ada kaitan di resort ni. Jasadnya tak nampak, tapi rohnya tetap ada mengusik jiwa-jiwa di sini. Namanya sering diulang-ulang oleh setiap orang.

Hei... Tidak ketinggalan dengan #sahabatselamanya, Si Maryam seorang tu. Boleh dia percaya bulat-bulat segala permainan hantu tu? Dan Maryam ni tak sudah-sudah mempromosikan Iqbal Raid untuk Naira.

"Tak jadi suami aku... Jadi sahabat ipar pun, okey sangat. Taklah aku kempunan!"

Itu katanya Si Yam. Nak muntah dengar. Kadang-kadang kawannya ini sengaja menunjukkan kesengetannya yang melampau. Yang susah diterima minda.

Kuatnya rasukan hantu tu pada orang-orang sekeliling Naira. Tepat sekali gelaran yang dicipta untuk dia. Raid sendiri pun ngaku yang dia tu hantu. Trade mark... Forever ghost. Memang hantu sungguh! Tuan punya badan tak nampak kelibat tapi semua orang asyik sebut nama dia. Dah lama dia berhambus dari sini, tapi namanya semakin mengharum pula. Pelik, bukan?

Kadang-kadang Naira keliru jadinya. Macam bos resort ni dah bertukar pada Raid. Nama hantu tu lagi popular berbanding nama Naira.

Satu lagi, Si Raid tu suka tersasul panggil dia dengan nama Melur. Biasanya dia buat derk saja. Naira tahulah yang bunga melur tu banyak di balkoni biliknya, tapi takkan sampai nak tukar nama Naira jadi Melur. Itu buktinya yang mamat tu hantu. Bukankah hantu suka bunga melur?

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!