BAB 7

5.4K 85 4

"YA, Tina... Ada apa?"

Naira baru sahaja masuk ke bilik sendiri untuk berehat sekejap. Belum sempat letak punggung, telefon bilik berdering.

"Cik Naira... Kami ada masalah ni. Guest semalam tu buat hal pula dah."

"Hurm... Dia nak apa lagi?"

"Duk gaduh pemanaih ayaq di bilik dia rosak. Sejuk-gedi nak mandi. Kami panggil la maintenance pi pebaik. Saya pun pi sama ke bilik dia. Dia tak mau... Dia nak Cik Naira yang uruskan... Loghat sungguh la. Dia nak tukaq bilik, tapi mengada-ada minta Cik Naira yang uruskan..."

Mengeluh Naira dengar. Manusia ni buat hal lagi. Tak sudah-sudah dengan akal jahatnya.

"Kamu buat derk ajelah, Tina. Guest yang sorang ni memang pelik sikit... Kita bersabar sajalah sampai dia check out."

"Masalahnya, Cik Nam... Eh... Cik Naira, dia asyik kacau kami. Katanya selagi Cik Naira tak pergi settlekan masalah dia, selagi tu dia akan mengamuk," adu Si Tina lagi. Penuh emosi mengadu sampai tersasul-sasul nama Cik Nam. Itulah... Kat belakang kemain rancak mengutuk bos.

"Mengada-ada sungguh la orang ni..." rungut Naira.

Naira tak kesah pun dengan kesasulan Cik Nam itu. Memang sudah sedia tahu, itulah gelaran pekerja untuk dia, sinonim dengan sikapnya yang garang dan suka membebel. Dia bukan jenis perempuan yang sikit-sikit mau sentap. Jiwanya kental. Dia telah melalui pelbagai ragam manusia sekeliling. Sikit-sikit punya hal, lebih baik dia tak payah peduli. Let it go, kata orang putih. Masalah lelaki miring di bilik 308 ni lagi serius untuk diberi perhatian. Yang ini tak boleh dibuat main-main.

"Ha... Memang sangat mengada-ada orang tu, Cik Naira... Hangat betui hati saya. Boleh dia kutuk saya ni depan-depan, kata saya tak lawa, saya ni gedik, kalau sengih over, macam plastik... Sebab tu dia tak nak berurusan dengan saya. Kata orang tak ingat langsung! Kata dia, dia hanya nak deal dengan Cik Naira, sebab Cik Naira cantik, lepas tu muka cembeng, tak hipokrit, tak merimaskan..."

Panjang lebar Si Tina bercerita. Nak tergelak pun ada Naira dengar. Tapi dia sekadar sengih sorag-sorang aje la. Sekali fikir betul juga apa lelaki miring tu kata... Si Tina ni memang over sikit. Tengok gaya make up pun dah tahu, macam rainbow. Meriah warna-warna kat muka dia. Manalah orang yang tengok tak mengutuk. Jumpa dengan mulut yang jujur, terpaksalah dia terima kenyataan.

"Macam mana sekarang, Cik Naira? Kami kat bawah ni dah tak larat dengan kerenah dia. Kalau lambat nanti, takut dia turun bawah pakai spender merah pula. Nampak gaya dia macam berkobar-kobar nak buat tarian harimau kat reception ni."

"Tak apa, Tina... Saya akan uruskan dia. Tapi staf-staf semua jangan sekali-kali berkurang ajar dengan dia. Encik Raid tu guest kita. Biar dia perangai bukan-bukan... Tapi adab sebagai pekerja kena jaga. Ini berkaitan reputasi resort kita..."

"Okey, bos. Biar bos saja yang berkurang ajar... Kami semua tak boleh. Terima kasih Cik Naira sebab prihatin pada masalah kami. Harap-harap Cik Naira dapat selesaikan masalah ini dengan mudah. Lagipun rasanya dia berkenan kat Cik Naira kut... Asyik duk sebut nama Cik Naira aje," ujar Tina sebelum dia meletakkan gagang telefon.

Sempat lagi diselitkan sindiran untuk bos. Tak sengaja tu. Mulut dia laju macam kereta api ETS bila dapat bercakap. Tak kira dah singgung perasaan orang lain atau tak.

Termenung seketika Naira. Memikirkan apa tindakan selanjutnya yang harus dilakukan. Dalam hati tertanya-tanya, apa agenda Si Raid ni sebenarnya? Asyik bermain teka-teki dengan dengannya. Kejap baik, kejap buat hal. Raid ni ada niat jahat pada resort ini ke apa? Ataupun sepai kepada along-along? Hesy... Bikin pening sungguh haih.

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!