"Baek, you can duittt." Nyanyi Heechul. Baekhyun tersenyum kecil. Dari tadi kakinya mengembang mengecut. Lama betul Taeyeon makeup.

Ketibaan pengantin wanita.. jerit Jongdae, berlagak seperti seorang pengawal. Dia tak perlukan mikrofon pun sebab suara dia memang dah kuat.

Pintu terbuka. Taeyeon yang kini memakai gaun pengantin limited edition berwarna putih nampak sungguh menawan. Diiringi pula oleh Tiffany dan Jessica. Begitu lengkap jadinya.

"Tae, jalan slow-slow. Nanti jatuh." Nasihat Jessica. Dia juga dijemput dan baru sahaja sampai tadi. Heol bestfriend nak kahwin kenalah ajak. Taeyeon mengangguk faham

Kanak-kanak kecil a.k.a Sooyoung Seohyun dan Sunny menabur bunga dihadapan Taeyeon. Dua orang galah dan seorang kerdil ditengah, memudahkan Baekhyun untuk memandang Taeyeon.

"Maafkan Baek sebab buat Yeon tak lalu nak makan." Ujar Baekhyun. Taeyeon mengalihkan veil diatas kepalanya itu.

"Emm. Yeon sakit tekak." Balas Taeyeon, perlahan. Heechul berdehem. Dia mula mengarahkan Baekhyun dan Taeyeon untuk menghadap satu sama lain.

"Baiklah. Dengan ini, saya ingin bertanya dulu tau?"

"Sudihkah Byun Baekhyun untuk setia berada disisi bakal isterinya setiap susah atau senang dan tidak akan sesekali meninggalkannya?" Tanya Heechul.

Tangan Taeyeon digenggam erat. Baekhyun mengangguk.

"Ya." Balas Baekhyun. Pandangan Heechul dialihkan pula kepada Taeyeon.

"Sudikah Kim Taeyeon untuk setia berada disisi bakal suaminya setiap susah atau senang dan tidak akan sesekali meninggalkannya?" Ulang Heechul. Taeyeon mengangguk.

"Ya. Saya sudi." Jawab Taeyeon. Penonton sudah bersedia untuk bersorak. Kelihatan suho hampir mengeluarkan meriam buluh untuk meraikannya.

"Baekhyun, you may kiss your bride." Kata Heechul dan berpusing ke belakang. Baekhyun mula mendekati Taeyeon.

Ketinggian mereka yang hampir serupa memudahkan dirinya untuk mencium isterinya. Kepala Baekhyun mula mendekat dengan kepala Taeyeon.

Satu.

Dua.

Tiga.

Chu~

"Ah!! Apa ni?!!" Chanyeol mula protes. Dia melempar kelopak bunga kearah baekhyun dan taeyeon dengan geramnya.

"Weh kiss lah betul-betul! Nak tengok!!" Jerit Sehun, marah.

"Kiss dahi buat apa?? Kiss bibir ahh!!" Kai menyampuk. Bibirnya dimuncungkan seperti dato Vida.

Baekyeon ketawa serentak.

"Ahhh..!! Yang tu kena private! Tak syok tunjuk depan korang. Nak sangat pergilah kahwin!" Balas Baekhyun. Kai bangun dan pergi kearah aku. Dia menarik tangan aku naik dan berdiri dihadapan Heechul.

"Saya nak kahwin!" Jerit Kai.

"Huh?!" Aku terkejut. Kenapa cepat sangat ni?

"O-okey? Next??"

Kelihatan member EXOSHIDAE mula beatur. Semua pakat nak kahwin. Gila ke apa?

"Okey mari kita mulakan akad nikah. Bermula dengan kamu berdua . Kim Jongin dan Kim Hyoyeon."

End flasback.

"Hyo?" Kai memanggil nama aku. Mendayu-dayu suaranya. Jelas sekali dia baru bangun tidur. Letihlah tu.

"Nae? Ada apa lagi?" Tanya aku.

"Ngantuklah. Nak bantal peluk." Pinta Kai. Dah datang dah perangai tak guna dia. Ni semua kes pembawakan budak lah ni.

Korang tahu apa. Dia lah yang selama ni asyik muntah, mengidam, pengsan dan macam-macam lagi. Nasib dia yang kena bukan aku. Selamat hidup aku.

"Nah bantal peluk." Aku lempar bantal peluk pada dia. Namun dia membalingnya semula kearah aku.

"Tak nak yang ni!! Nak yang tengah bergerak ni.." dia mula tersenyum sehingga menampakkan giginya. Aku menghela nafas pendek.

"Yelah." Balas aku dan berbaring disebelahnya. "Dah sleep now!" Arah aku. Kai mengangguk faham.

"Goodnight again to my baby and my wifey."

-tamat kah? Belum lah. Masih bersambung.

(C) EXOSHIDAE CHANNELWhere stories live. Discover now