"Ok..ey..", jawabnya terbata-bata. Mungkin takut.

Baru aku nak bawa dia keluar, terasa seluruh kawasan bergegar dan sisa konkrit mula runtuh. Aku yang langsung tak tahu apa nak buat cuma mampu tarik tangannya berlari mencari jalan keluar.

Aku rasa seolah-olah sekarang ni tengah berlaku gempa bumi dengan keadaan yang begegar dan runtuhan sisa konkrit. Budak ni aku terus tarik ikut aku walaupun aku sendiri tak tahu nak pergi arah mana. Kapten Bryan aku dah tak tahu ke mana dan aku tak ada masa nak tunggu dia datang selamatkan kami. Mungkin juga dia dah keluar dulu.

Dalam keadaan kelam-kabut kaki budak ni tersepit pula di celah-celah besi keluli. Argh! Dalam keadaan macam ni pulalah nak tersepit bagai. Aku tunduk cuba untuk mengalihkan besi keluli tu ke tepi supaya kaki budak ni terlepas.

Namun gagal. Apahal besi keluli ni je pun aku tak boleh angkat? Dahlah keadaan cemas macam ni, tambahlah buat aku panik. Budak tu juga sedaya upaya menarik kakinya namun masih gagal. Argh! Rasa macam nak gila aje tak! Tangan aku dah bergegar bila sedar keadaan kami sekarang ni memang dalam bahaya.

Aku yang tengah bersungguh nak alihkan besi keluli ni terkejut mendengar bunyi geseran di atas. Perlahan kepala aku dongak ke atas dan.. sebuah bongkah konkrit besar bergantung di atas yang bergoyang perlahan. Tinggal menunggu masa sahaja nak jatuh.

Aku menelan liur. Bila-bila masa aje bongkah tu akan jatuh ke atas kami. Kalau aku alih badan, budak ni akan mati tertimpa bongkah tu sebab kaki dia masih tersepit. Tapi kalau aku tak alihkan badan.. Aku tak tahu nak bayangkan macam mana lagi.

Dah tak ada masa. Tangan laju aku gerakkan. Semua tenaga aku kerah untuk mengalihkan segala besi keluli ni. Lain fikirlah pasal keadaan bahaya sekarang ni. Yang aku tahu aku tak nak budak ni mati. Tu aje.

"Eve, watch out!"

Tanganku terhenti dengan kerjanya bila mendengar amaran keras itu. Seolah-olah aku dapat agak, jeritan suara itu memberi amaran bahawa bongkah di atas dah terlepas daripada besi dan terjatuh.

Aku terus tunduk memeluk budak tu erat untuk melindungi dia. Mata aku pejam takut. Sedaya upaya juga aku terima dengan apa yang akan berlaku seterusnya.

Bunyi jatuh bongkahan itu makin dekat.

Sesaat sebelum aku dengar bunyi jatuh bongkah tu menimpa aku, terasa tubuhku dipeluk dari belakang dan kepalaku ditarik ke dalam dakapannya pantas sebelum..

Bukk!!

Mata aku tercelik luas. Bongkahan konkrit yang jatuh tadi ditolak jatuh ke tepi. Apa yang berlaku tadi? Kenapa aku tak rasa sakit? Perlahan telinga aku menangkap keluhan kecil yang kesakitan di telingaku.

Pelukan di badanku terungkai dan aku laju menoleh ke tepi melihat tubuh itu terbaring lemah. Aku tercengang dan tergamam. Kapten..Bryan?

"Kapten!", jeritku sambil mendapatkannya yang sudah terbaring dengan kepala yang berdarah.

Budak tu pula hanya duduk sambil memerhatikan aku dalam keadaan terkejut.

"Kapten!", panggilku lagi namun dia tak membalas.

Kepalanya aku pangku. Tangan aku tekap ke belakang kepalanya cuba untuk menahan darahnya agar tidak mengalir keluar. Dia hanya terbaring dengan mata terpejam.

"Kapten!" Entah kenapa aku rasa nak nangis melihat keadaannya sekarang.

Dia lindungi aku masa bongkah tu nak jatuh walaupun dia tahu risiko bahayanya memang tinggi sebab dia tak memakai halmet keselamatan. Kenapa?

Budak lelaki tadi pun akhirnya menangis. Argh, aku tak ada masa nak pujuk dialah. Beg aku rungkai dari badan dan dengan bersusah payah zip aku buka hanya menggunakan sebelah tangan sebab sebelah tangan lagi aku masih tekap ke belakang kepalanya.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now