Aku menyentuh lehernya. Patah? Verband aku keluarkan dari beg dan kepalanya aku angkat sikit untuk membalut lehernya.

"Balutan ni akan bantu encik asalkan encik tak bergerak. Tulang leher encik patah tapi jangan risau sebab pihak hospital akan rawat encik dengan baik kat hospital"

Tiba-tiba lenganku dipegangnya. Mukanya berkerut sakit namun ditahan. "Nampak isteri saya tak? Dia mengandung"

Aku mengerutkan dahi. "Isteri? Mengandung?"

"Ya, dia mengandung. Dia selamat ke? Dia kat mana?"

Aku memandang sekeliling. Aku tak nampak apa-apa kecuali rakan sepasukanku dan pihak polis dan pihak hospital. Mangsa-mangsa yang lain juga aku tengok mula dibawa ke hospital.

"Encik jangan risau. Pihak kami akan cuba cari isteri encik, okey? Saya akan cari dia"

"Tolong selamatkan dia cik. Itu anak pertama kami. Mungkin dia terperangkap kat tingkat bawah bangunan tu", katanya lagi.

Aku menganguk. Isyarat aku berikan kepada petugas ambulans sebelum beg aku sangkut ke bahu dan langkah aku atur ke arah Kapten Bryan.

"Ada lagi tak mangsa yang terperangkap kat bawah runtuhan tu?", tanyaku dalam nada separa gelisah.

Dia mengangguk sambil memakai halmet keselamatan. "Menurut laporan pengurus bangunan ni, ada lima pekerja lagi yang terperangkap di tingkat bawah. Lepas tu menurut ma.."

"Ada seorang wanita lagi juga berada kat tingkat bawah. Dia mengandung", pintasku laju.

Aku betul-betul risau dengan keadaan wanita tu. Dia mengandung dan bayi tu merupakan anak pertama diorang. Mesti diorang akan kecewa kalau bayi tu tak dapat diselamatkan.

"Sebab tu kami akan turun ke bawah. Tapi saya tak boleh jamin wanita tu akan selamat. Protokol kami ialah kami perlu selamatkan mangsa yang berpotensi untuk hidup. Kami tak boleh taruhkan nyawa hanya untuk selamatkan orang yang tak berpeluang untuk hidup", balasnya dalam nada mendatar.

Aku mengemam bibir. Entah kenapa aku dapat rasa perasaan lelaki tadi. Sedih dan gelisah.

"Tapi perempuan tu mengandung. Dia juga berada di tingkat yang sama dengan lima pekerja bangunan ni", tegasku.

Dia merenungku tajam. "Aku tak janji aku dapat selamatkan perempuan tu, kau faham tak?!"

Aku tersentak dengan suara kerasnya. "Tapi.. perempuan tu mengandung. Bayi tu anak pertama diorang"

Ah! Apahal aku emo sangat ni? Sakitkan dada aku aje. Kenapa hari ni aku terjebak dengan masalah yang melibatkan kaum aku sendiri? Mungkin sebab tulah aku dapat rasakan perasaan tu bila bayi yang ditunggu berada dalam bahaya.

"Doktor Evelyn! Tolonglah kawal perasaan tu!"

Aku tertunduk. "Maaf.."

Bahuku dipegang kejap. "Aku tak janji untuk selamatkan dia. Tapi aku janji aku akan cari perempuan tu, okey?"

Serentak itu namanya dipanggil dari belakang. Dia melepaskan bahuku sebelum bergerak ke arah ahli pasukan yang lain.

"Pasukan STORM tu memang ditubuhkan khas untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam keadaan cemas. Contohnya apabila berlaku runtuhan bangunan, diorang akan ditugaskan untuk masuk ke dalam runtuhan bangunan untuk keluarkan mangsa. Diorang ni lebih kurang macam tentera sebab mereka juga menjalankan latihan komando. Sebab tu kita tak boleh pertikaikan kemampuan diorang dalam melaksanakan tugas diorang"

Kata-kata penjelasan daripada Ketua Pesuruhjaya Bomba tiga bulan lepas terngiang-ngiang balik di telinga aku. Dan aku berdebar lagi. Aku menyentuh dada. Aku dapat rasa degupan jantung aku yang betul-betul kuat saat ni. Pelik.
__________________

Tengah aku sibuk merawat mangsa yang mengalami pendarahan ni, Mary berlari ke arah aku dengan telefon di tangannya. Aku mengetap gigi. Bukan aku dah larang diorang supaya tak membawa barang tu semasa bertugas? Nak kena denda ke apa?

"Ketua, ada panggilan penting daripada Datin Kartini"

Tegak terus badan aku mendengar nama tu. Tu mama Ain kan? Kenapa dia telefon aku? Ain.. ah, jangan ada apa-apa yang berlaku dengan kawan aku tu.

"Kejap", kataku seraya mengemaskan balutan kain kasa pada betis mangsa ni. Setelah selesai, aku mengisyaratkan petugas ambulans dan telefon di tangan Mary aku ambil.

"Helo auntie?"

"Evelyn, anak auntie. Anak auntie juga berada dalam bangunan tu"

Rasa nak jatuh aje telefon di tanganku mendengar suara cemasnya. "Auntie dah pastikan ke dia tak ada kat situ?"

"Dah, auntie ingatkan dia ada kat hospital. Tapi bila auntie minta doktor periksa, nama dia tak ada dalam senarai mangsa. Tolong.. tolong auntie"

Aku mengetap bibir. Ah, Ain! "Auntie bertenang ya, saya akan cuba cari dia"

Senang aku aje arahkan diia bertenang. Aku sendiri rasanya nak pecah aje tak dada aku ni sebab berdebar. Ain.. aku pandang ke arah bangunan runtuh di hadapan.

Macam mana.. aku nak selamatkan dia sedangkan aku bukan dalam unit pasukan yang akan melakukan misi tu. Nak cakap dengan dia, dia dah masuk pun ke dalam runtuhan tu. Aku tak nak dia marah kat aku lagi.

Argh! Rasa macam aku dah nak gila.

TBC

Please vote n comment y'

The precious one,
Sunfan05053009

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant