"Tengok dengan teliti macam mana saya buat tekanan", kataku agar mereka memberi perhatian.

"Kalau nadi karotik mangsa tak ada, kita perlu buat CPR kan? Macam ya? Saya dengan rakan-rakan tak jelas sangatlah"

Aku laju mengangkat kepala mendengar suara itu. Sam dengan wajah nakalnya sedang menahan tawa. Ni saje nak kenakan aku ke? Tak apa!

Aku menyabarkan diri. Sabar Evelyn. Semua ni hanyalah cobaan. Mukanya yang masih berbaring santai di hadapanku aku pandang. Dia ni tidur ke apa sampai muka tu langsung tak ada riak pun. Selamba aje. Hemm..

"Okey, kalau tak ada nadi. Seperti yang saya cakap kita kena buat CPR. Tapi teknik ni hanya dilakukan dengan niat untuk selamatkan mangsa sementara menunggu bantuan tiba. Jadi kalau si pembantu ada niat tak baik macam nak ambil kesempatan lebih-lebih lagi bila mangsa ialah perempuan, sila simbah muka sendiri dengan air panas. Kasi lari dulu niat buruk tu supaya orang lain tak salah faham plus akan jadi penyelamat yang sebenarnya. Bukan penyelamat macam Superman atau Spiderman yang hanya rekaan tu"

Mereka gelak mendengar keterangan yang aku bagi. Okey aku memang saje aje nak buat lawak. Tak boleh serius sangat.

"Kalau si pembantu dah bersih daripada niat buruk tu, perkara pertama yang korang kena ingat dan buat ialah protokol ABC. Korang tahu tak apa tu ABC?", tanyaku saja.

Kut-kut diorang lupa ke kan? Aku ni pantang bila ajaran aku diorang lupa. Khusus buat ahli pasukan aku sendirim kalau ahli pasukan dia ni aku tak kesah la kalau diorang lupa. Kerja diorang tu lain sikit.

"Bukan huruf ke tu?"

"Saya rasa laparlah pula bila dengar ABC tu"

"ABC tu bukan sejenis makanan ke? Yang sejuk dan sedap tu?"

Aku mengetap gigi mendengar jawapan yang sangatkah lawak daripada ahli pasukan STORM ni. Asyik ingat makanan aje. Tak ada benda lain nak ingat ke apa? Ni yang buat aku pun rasa lapar ni. Ahli pasukan aku ni pun satu. Langsung tak nak jawab.

"Bukan ABC yang Mak Mina jual kat tepi jalan tu ya anak-anak", jelasku serata menggelengkan kepala.

Mereka tergelak lagi. "Yes mommy!", jawab mereka serentak. Saje nak kenakan aku.

"Okey, perkara pertama ialah periksa ABC. A bermaksud airway iaitu saluran pernafasan. B pula bermaksud breathing iaitu pernafasan dan C pula untuk circulation iaitu peredaran darah."

Mereka mengangguk faham. Okey, makin senang kerja aku.

"Untuk menjalankan protokol A, kita kena angkat kepala mangsa ke belakang dan dagu didongakkan." Aku melakukan seperti apa yang aku cakap kepada kepala Kapten Poyo ni.

"Kemudian protokol B pula, kita kena periksa sama ada mangsa masih bernafas atau tak." Aku merapatkan telinga ke mulutnya dengan muka menghadap dadanya.

"Dengar bunyi pernafasan mangsa sambil mata kita perhatikan dada mangsa sama ada bergerak atau tak. Kalau dada mangsa bergerak, maknanya mangsa masih bernafas jadi kita hanya perlu memberi bantuan tekanan di dada sahaja. Jangan nak menggatal pergi buat CPR melainkan mangsa memang tak bernafas."

"Alah!" Kan aku dah cakap. Ahli pasukan yang berjantina lelaki kebanyakkannya mengeluh. Cis, memang tak sayang nyawa langsung!

"Jadi maknanya kalau mangsa tak bernafas, kita kena buat CPR kan?", tanya Idris sambil tangan memegang buku kecil.

Aku mengangguk. "Betul tu. Kalau mangsa tak bernafas sahaja, barulah protokol CPR dibenarkan.

"Protokol C pula, ni kes dia lain. Protokol C hanya dijalankan khusus untuk mangsa yang jantung dia dah berhenti berdegup. Kita kena pastikan peredaran darah mangsa berterusan dalam keadaan baik. Tapi kalau mangsa masih bernafas, korang boleh buat CPR untuk membantu mangsa sehingga dia dapat bernafas dengan baik. Semasa membuat tekanan, pastikan tangan korang sentiasa lurus. Gunakan tekanan berat badan tapi pastikan kedudukan tekanan berada di tulang dada iaitu tulang sternum"

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن