DS 45

7.2K 188 17
                                    

Sara hanya mendiamkan diri semasa pemanduan,Fanirah disisi tidak berani untuk menegurnya mungkin lebih baik dia berdiam diri sahaja sekarang.

'Apa yang dah berlaku sebenarnya ?' Soal hati Fanirah,dia menjenguk Farihah di belakang.

Farihah pula memandang ke luar tingkap,air matanya mengalir dengan laju dia masih teringat Harraz menengking Sara tadi.

"Pergi !!"

'Tak sangka abang dah lupakan Sara dengan mudah' Sara mengesat air matanya yang mengalir membasahi pipinya.

'Kenapa Kak Sara menangis ? Pasti ada yang tak kena' Fanirah sekadar mampu memandang sahaja.

Apabila sampai di rumah,Sara segera menuju ke biliknya manakala Farihah menuju ke bilik sambil dipimpin Fanirah.

"Farihah,kenapa menangis ?" Tanya Fanirah sambil melutut di hadapan Farihah,dia mengesat air mata Farihah yang mengalir keluar serta memegang bahu Farihah.

Farihah semakin kuat mengalirkan air matanya dan teresak-esak di hadapan Fanirah.

"Papa tengking mama tadi" Kata Farihah membuatkan Fanirah hairan.

"Papa ?" Fanirah mengerut dahinya pelik dengan penyataan Farihah.

"Tadi ada orang tu muka dia macam papa,dia tengking mama Farihah depan orang ramai" Kata Farihah lalu menangis.

"Shuh ! Farihah mungkin dia salah tengking mama tadi" Fanirah memeluk Farihah sambil menenangkan Farihah supaya berhenti menangis.

"Tapi..." Hidung dan mata Farihah sudah merah akibat menangis.

"Dah dah tak payah fikir pasal tu sekarang Farihah pergi cuci muka dan gosok gigi lepas tu pergi tidur" Kata Fanirah sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Farihah lalu membawa Farihah ke bilik air.

"Mak su" Farihah mengesat air matanya dengan lengan baju lalu memandang Fanirah yang sedang meletakkan ubat gigi di atas berus gigi berwarna pink milik Farihah.

"Apa ?" Fanirah menghulurkan berus gigi kepada Farihah.

"Kalau orang dah mati boleh hidup balikkah ?" Tanya Farihah.

"Kalau orang dah mati mana boleh hidup balik kerana Allah dah tarik nyawanya" Kata Fanirah sambil mengusap kepala Farihah.

"Kalau macam tu papa betul-betul dah mati ?" Tanya Farihah membuatkan Farihah buntu hendak menjawab apa.

"Err,Farihah cepatlah gosok gigi sebab Mak su dah mengantuk" Fanirah menguap lalu menutup mulutnya dengan telapak tangan.

"Okey Mak su" Farihah menggosok giginya lalu berkumur-kumur,selepas itu Farihah mencuci mukannya dengan air biasa.

Fanirah mengambil tuala kecil yang disangkut untuk mengelap muka Farihah yang basah.

"Jom tidur" Fanirah memimpin Farihah keluar dari tandas untuk menuju ke katil.

"Baca doa tidur dulu" Arah Fanirah pada Farihah yang duduk bersila di atas katil,Farihah segera menadah tangan untuk membaca doa tidur.

"Okey sekarang tidur" Fanirah menarik selimut untuk menyelimutkan badan Farihah supaya tidak kesejukkan.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now