DS 16

12.6K 312 12
                                    

"ISH panas betul hati aku ini tak apa sekarang kau bahagia tapi tengoklah nanti sebab kau cari masalah dengan orang yang salah Ini Risyalah" kata Risya sambil mengengam gelas yang berada di tangannya.

Risya bangun dari tempat duduknya sambil memegang segelas air ditangannya dan menuju ke arah Sara dan Harraz.

"Boleh aku join sekali" Kata Risya sambil tersengih ke arah Harraz dan Sara.

"Boleh duduklah" Sara mempelawa Risya untuk duduk bersamanya dan Harraz.Harraz memandang ke arah Sara.

'Kenapa Sara benarkan Risya join sekali ? Kenapa isteri aku ini baik sangat ? Dia belum kenal lagi Risya yang sebenar' Gumam hati Harraz.

"Kenapa diam sahaja Harraz ? Tak nak cakap dengan I lagi dulu You mesti ada topik untuk berbual dengan I" Kata Risya kepada Harraz.

"Dulu lain sekarang lain" Kata Harraz kepada Risya acuh tak acuh.

"Apa yang lainnya ? Kita kan masih mencintai antara satu sama lain" Kata Risya dengan muka tebal tak tahu malu.Sara memandang Risya sambil mengerutkan dahinya.

"Tak Risya,sekarang aku yakin bahawa aku dah jatuh cinta dengan isteri aku,Sara" Kata Harraz lalu memegang tangan Sara.

"Tapi..."

"Risya,lebih baik kau lupakan saja aku anggap saja kisah cinta kita dah berakhir kerana hati aku dah tak ada tempat untuk kau lagi Risya" Kata Harraz kepada Risya membuatkan Risya mengamuk lalu menumpahkan air didalam gelas yang dipegangnya ke atas pakaian Sara.

"What are you doing,Risya ?" Marah Harraz lalu dia berdiri dan menolong Sara.Semua tetamu memandang ke arah mereka.Begitu juga Amar dan Amyra.

"Puas hati aku tapi ini baru sikit,kau menyesal cari pasal dengan aku Sara" Kata Risya sebelum meninggalkan majlis perkahwinan Amar dan Amyra.

"Amar,Amyra maaf kami terpaksa balik dulu" Kata Harraz kepada Amar dan Amyra sebelum balik ke rumah.

"Tak apa aku faham,tak sangka perangai Risya seteruk itu.And,aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab datang ke majlis perkahwinan aku dan Amyra" Kata Amar.

"Kami balik dulu,terima kasih juga sebab sudi ajak kami" Kata Sara lalu bersalaman dengan Amyra.Manakala Amar bersalaman dengan Harraz.

"Awak,bukankah kita nak balik ke rumah ? Dan setahu saya ini bukan jalan balik rumah ? Kita nak pergi mana sebenarnya dan awak tahu tak yang baju saya dah basah" Kata Sara sambil memandang ke arah Harraz.

"Banyaknya soalan mak cik" Kata Harraz sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Jawablah pak cik soalan saya ini" Kata Sara.

"Tak nak sebab ini rahsia dan soal baju tak payah risau kita berhenti beli di kedai depan sana" Kata Harraz kepada Sara.

10 minit kemudian,mereka tiba di sebuah butik.Harraz turun dari kereta dan membuka pintu untuk Sara.

"Baju saya basahlah" Kata Sara.

"Sebab Sara basahlah kita datang ke sini kalau tak basah tak datang dah" Kata Harraz.

"Jadi kena basah dulu baru boleh datang ? Kalau macam itu hari-hari Sara kena buatkan baju yang Sara pakai basah supaya boleh baju baru" Kata Sara dengan terujanya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now