DS 7

15.6K 367 6
                                    

"KAU tak perlu tahu" Jawab Harraz membuatkan Sara memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Tadi nak beritahu sekarang tak jadi pula apalah" Kata Sara lalu mengeluh dengan sikap Harraz terhadapnya.

"Suka hati akulah nak beritahu atau tak lagipun itu hak aku kau tak patut nak paksa aku untuk beritahu" Kata Harraz sambil menjeling ke arah Sara.

"Fine " Kata Sara sambil menyilangkan tangannya yang mengigit bibir bawahnya.

Sejujurnya timbul perasaan cemburu di hati apabila melihat Harraz bersama perempuan tadi di shopping mall.

Sara terpandang satu kedai aiskrim di tepi jalan yang menarik perhatian ramai dengan keenakan aiskrimnya.

"Awak !" Sara teriak kecil sambil menggoncangkan tangan Harraz membuatkan Harraz menampar tangannya.

"Apa ?" Tanya Harraz dalam keadaan marah.

"Sara nak aiskrim di kedai tu" Kata Sara sambil membuat mimik muka comel dan menunding jari ke arah kedai aiskrim.

"Tak payahlah" Kata Harraz sambil memandu terus melepasi kedai aiskrim itu.

"Please ! saya nak sangat nak juga aiskrim tu Jebal !" Kata Sara dengan degilnya.

"Aku kata tak payah mean tak payahlah tak faham bahasakah ?" Kata Harraz dengan nada menengking Sara.

"Orang nak aiskrim saja itupun nak marah tak gentleman langsung" Kata Sara dengan nada yang perlahan lalu memalingkan wajahnya ke arah tingkap.

"Huh ! Okeylah kita pergi beli aiskrim dah tak payah nak bajet merajuklah muka dah macam beruk aku tengok" Kata Harraz lalu berpusing kembali keretanya semata-mata untuk ke kedai aiskrim.

"Muka dia macam monyet" Kata Sara sambil menjelir lidah ke arah Harraz.

"Cepat sikit kalau tak aku tinggal biar kau balik jalan saja" Kata Harraz.

"Awak nak perisa apa ?" Tanya Sara sambil menjenguk kepalanya dari tingkap kereta.

"Coklat" Kata Harraz.

"Ingatkan tak nak rupanya lapar juga" Kata Sara sambil berjalan masuk ke dalam kedai aiskrim.

"Eh dia ni kan aku penyek penyek macam ayam penyek baru nak senyap mulut tu" Kata Harraz yang mendengar percakapan Sara.

Sara masuk ke dalam kedai aiskrim dan tergoda melihat aiskrim di hadapannya ada pelbagai periasa yang membuatkan Sara ingin membeli semua.

Dia melihat di tangannya hanya ada Rm 10 ringgit yang diberikan oleh Harraz kepadanya.

"Mak cik nak aiskrim apa ?" Soal seorang penjual yang kelihatan berumur dalam lingkungan belasan tahun.

"Aiskrim Coklat satu Vanila satu nenek" Kata Sara pada penjual aiskrim sambil tersenyum.Sara membalas balik kerana dia tidak terima dipanggil mak cik.

Penjual aiskrim itu menjeling ke arah Sara lalu memberikan dua aiskrim yang berperisa vanila dan coklat.

"Berapa ?" Tanya Sara sambil tersenyum dan melihat penjual aiskrim itu kelihatan tidak puas hati dengannya.

"Rm 9 ringgit" Kata penjual aiskrim itu pada Sara acuh tak acuh.

"Nah" Sara menghulurkan Rm 10 ringgit kepadanya lalu keluar dari kedai tersebut sambil tersenyum memegang aiskrim.

Tetapi Sara rasa dirinya macam diperhatikan oleh seseorang lalu Sara melihat sekeliling tempat tapi tiada pun dan berkata di dalam bahawa itu mungkin perasaannya sahaja.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now