DS 15

14K 334 3
                                    

SELESAI solat subuh berjemaah,Sara keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan pagi buat suaminya,Harraz.

Sara mengeluarkan sayur-sayuran dan ayam daripada peti sejuk.Kemudian,dia menuju ke arah singki untuk membersihkan sayur dan ayam.

Selepas itu,dia mengambil bawang putih dan menghiris sayur dan ayam.

Semasa Sara sibuk memasak,Harraz datang ke dapur untuk menolong Sara.

"Ada apa-apa yang abang boleh tolong ?" Soal Harraz kepada Sara.

"Pandai buat air ?" Tanya Sara sambil menjongket keningnya Harraz.

"Mestilah ini Harraz semua benda dia pandai buat" Kata Harraz kepada Sara namun Sara hanya menghadiahkan muka menyampah kepada Harraz.

"Abang nak buat air milo untuk kita,boleh ?" Tanya Harraz lalu mengambil teko dihadapannya.

"It's up to you" Balas Sara.

Sara memadamkan api dan memindahkan nasi goreng ke dalam bekas kaca.

Begitu juga Harraz yang selesai membuat air milo panas,mereka berdua membawanya ke ruang makan.

"Sara,selepas kita bersarapan kita akan pergi ke majlis perkahwinan kawan abang iaitu Amar jadi abang nak awak bersiap-siap" Kata Harraz apabila mereka sampai di ruang makan.

"Okey" Jawab Sara sepatah,dia menghidangkan nasi goreng kepada Harraz.

Kemudian, Sara mengambil tempat duduk dihadapan Harraz lalu mereka berdua menikmati sarapan pagi sambil mendengar bunyi radio yang dipasang Harraz.

"Kita akan pakai pakaian warna biru,ikut tema majlis perkahwinan mereka" Kata Harraz.

"Okey tapi Sara nak periksa dulu baju berwarna biru ada atau tidak" Kata Sara kepada Harraz.

"Tak perlu susah-susah nak periksa sebab abang dah belilan pakaian untuk kita berdua" Kata Harraz.

"Betulkah ?" Soal Sara dengan menunjukkan reaksi tidak percaya apabila Harraz mengatakan bahawa dia membeli pakaian untuk mereka berdua.

"Taklah tipu saja" Kata Harraz.

"Ingat beli sungguh tadi rupanya tipu saja" Kata Sara membuatkan Harraz tergelak.

"Kena tipu sikit dah percaya,asal lurus bendul sangat bini aku ini" Kata Harraz.

"Tak baiklah tipu orang macam ini" Kata Sara lalu memukul lengan Harraz.Geram katanya.

"Tapi bila pula awak beli dan kenapa Sara tak tahu ?" Tanya Sara sambil meneguk air milo yang dibuat oleh Harraz.

"Sedap air milo awak buat" Puji Sara.

"Adalah yang pasti awak akan suka baju itu" Kata Harraz.

"Kalau Sara tak suka ?" Soal Sara kepada Harraz.

"Kalau tak suka kena paksa diri biar suka" Jawab Harraz kepada Sara.Lalu Harraz berdiri dan mengambil pinggan Sara.

"Sara gurau sajalah asal laki aku ini lurus bendul orangnya" kata Sara lalu membantu Harraz dengan mengangkat gelas ke dapur.

"Awak pergilah bersiap dahulu" Kata Sara sambil membasuh pinggan dan gelas.

"Saralah yang patut bersiap dahulu sebab orang perempuan selalunya lambat nak make up lagi nak lilit tudung pun berapa jam baru siap kalau gelembung sikit terus jadi bad mood" Kata Harraz.

"Amboi orang lelaki pun sama juga" Kata Sara sambil menggulingkan matanya.

"Biar abang yang tolong cuci gelas dan pinggan,Sara pergi bersiap" Kata Harraz lalu mengambil gelas daripada tangan Sara.

Dia Suamiku ✔(editing)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon