DS 11

13.9K 368 5
                                    

SELIMUT ditarik untuk menyelimutkan badannya daripada kedinginan malam yang menusuk sehingga ke tulang.Bantalnya dibetulkan kerana dia berasa tidak selesa.

"Awak !" Panggil Sara yang sedang baring ke sebelah kanan sambil memandang Harraz yang sedang tidur atas sofa.

"Apa ?" Tanya Harraz sambil meletakkan tangannya diatas dahi.Matanya mula lali.

"Awak tidur di sini,esok tak kerjakah ?" Tanya Sara yang setia memandang ke arah Harraz.

"Tak" Jawab Harraz sepatah lalu dia mula menguap dan menutup mulutnya dengan tangan.

"Awak,saya tak boleh tidurlah" Kata Sara yang masih menegur Harraz walaupun dia tahu Harraz sudah mengantuk.

"So ?" Jawab Harraz dengan malasnya namun matanya telah dipejam daripada tadi lagi.

"Awak,siapa perempuan yang makan tengah hari dengan awak hari itu ?" Tanya Sara namun Harraz tidak menjawab soalan Sara.

"Awak jawablah kenapa diam pula ?" Soal Sara lalu turun daripada katil lalu menuju ke tempat tidur Harraz.

"Patutlah tak jawab rupa-rupanya dia dah tidur" Kata Sara lalu mengambil selimut dan menyelimutkan Harraz.

"Good night"  Kata Sara kepada Harraz namun dia tidak berani pergi ke arah katilnya kerana usikan Harraz petang tadi membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidur di sebelah Harraz dengan meletakkan kepalanya di atas sofa.

Harraz mengeliat lalu tersentuh kepala Sara membuatkan dia tersedar dan memandang ke arah Sara yang sedang lena dibuai mimpi.

'Kenapa dia tidur di sini pula ?' Soal hati Harraz lalu dia bangun dan mengangkat Sara lalu diletakkan di atas katil.

"Abang,I love you" Kata Sara dalam keadaan tidur membuatkan Harraz tersenyum melihat Sara yang mengingau.Harraz mengambil telefonnya lalu mengambil gambarnya bersama Sara yang sedang tidur.

Keesokkannya,Sara bangun daripada tidur dan mendapati Harraz tiada di atas sofa dan dirinya sudah berada di atas katil.

"Tipu,kata hari ni cuti tapi sekarang dah lesap daripada pandangan" Kata Sara lalu ke tandas untuk mencuci muka dan mengosok gigi.

"Tawar,makanan hospital tak sedap langsung" Rungut Sara lalu mengembungkan pipinya tanda tidak suka akan makanan itu kemudian dia menolak makanan tersebut jauh daripadanya.

"Mana Harraz ini ? Dia tahu tak yang aku perlukan dia sekarang sebagai pembeli makanan" Kata Sara lalu memandang ke arah pintu wadnya dan berharap Harraz muncul di hadapannya sekarang.

Pintu wad dibuka dengan perlahan membuatkan bibir Sara mengukir senyuman namun senyuman pudar apabila melihat musuhnya masuk.

"Hai sayang" Kata Fadzrin lalu masuk ke dalam bilik Sara.

"Kau...bu...buat...a...pa...di...si...sini" Tergagap Sara dibuatnya,Sara masih trauma dengan kejadian yang berlaku padanya.

"Alah sayang tanya soalan pula,mestilah saya datang untuk melawat sayang" Kata Fadzrin lalu berjalan menuju ke arah Sara.

"Ja...jangan...de...dekat" Sara segera turun daripada katil dan mengambil pisau yang berada di atas meja.

"Kenapa sayang takutkah ? Kan suami sayang tiada disini" Kata Fadzrin tersenyum sinis dan berjalan mendekati Sara.

"Pergi !" Jerit Sara yang mengundurkan dirinya ke belakang sehingga merempuh dinding dan mengajukan pisau ke arah Fadzrin yang semakin menghampirinya.

"Okey saya pergi tapi sayang jangan risau saya akan kembali lagi sebab Sara adalah jodoh Fad buat selama-lamanya" Kata Fadzrin lalu keluar dari bilik Sara.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now