DS 1

47.2K 647 22
                                    

JAM loceng menunjukkan waktu subuh telah masuk dan Qaisara Asyillie segera bangun untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat subuh.

Seusai solat subuh,Qaisara Asyillie menyelak langsir dan membuka jendela untuk melihat permandangan yang indah dan nyaman di waktu pagi.

"Udara sangat segar serta nyaman rasanya bagaikan nak tidur semula tapi tak boleh" Kata Sara selepas menghirup udara pagi yang segar.

"Kalau waktu sekolah pasti aku dah stalk Harraz kerana pada waktu ini dia baru sahaja sampai di sekolah tapi niat aku sebenarnya tak baik kerana orang pergi sekolah untuk menuntut ilmu patutlah Spm aku hanya dapat 2A sahaja" Kata Sara sambil tersenyum seorang diri.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam dunia rekaan sendiri namanya telah diseru oleh orang yang sangat dia sayang.

"Qaisara asyillie !" Panggil Puan Diana iaitu mama kepada Sara,pasti ada hal penting sehingga Puan Diana memanggil Sara dengan nama panjang Sara tapi setahu Sara, dia mana ada buat salah tapi kenapa Puan Diana memanggilnya.

'Kenapa mama panggilan aku pula ? Baru sahaja nak berangan di waktu pagi yang indah ini' Sara mula berdrama dan dia segera menutup semula jendela biliknya kemudian dia memusingkan badan ke belakang menuju ke bawah untuk ke ruang tamu.

"Ya mama,ada apa panggil Sara dengan tiba-tiba pula tu ? Dan kenapa semua berkumpul di sini ?" Sara mengambil tempat duduk disebelah Puan Diana dan memandang ahli keluarganya yang berkumpul di ruang tamu,pasti ada hal penting yang mereka nak bincangkan kalau tak kenapa mereka memanggil Sara untuk datang ke ruang tamu ?.

"Kami semua ada hajat penting sebenarnya" kata Puan Diana sambil menepuk tangan Sara dan memandang wajah Sara yang masih bingung dengan keadaan sekelilingnya.

"Apa dia,mama ?" Tanya Sara sambil tersengih memandang Puan Diana yang teragak-agak untuk memberitahunya.

"Kalau kami semua bercadang untuk kahwinkan Sara,Sara setuju tak ?" Tanya Puan diana sambil merenung wajah Sara yang berada di sisi Puan Diana namun Sara menayangkan muka tiada perasaan pada waktu itu.

"Mama ni buat lawakkah? Ataupun mama nak cuba jadi pelakon macam dalam tv 3" Kata Sara lalu Sara mula ketawa dan semua memandang ke arahnya sambil menunjukkan wajah serious dan ketat.

'Okey aku rasa tak lawak pun dan kenapa kau ketawa sedangkan semua serious gila' Gumam hati Sara,tanganya pula sibuk menggaru kepala yang tidak terasa gatal dan menayangkan sengihan di hadapan semua orang.

"So,apa jawapan Sara kalau kami jodohkan Sara dengan si dia" Kata Puan Diana sambil menepuk perlahan paha Sara.

"Ermm Sara tak kisah kerana keputusan mama dan abah adalah yang terbaik buat Sara kerana pilihan ibubapa lebih baik daripada pilihan Sara sendiri,betul kan ?" kata Sara untuk melegakan hati mama dan abah tapi sebenarnya dia masih nak rasai kehidupan sebagai orang single tetapi dia lebih bahagia kalau dapat senangkan hati mama dan abahnya.Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

"Adik tahu siapakan calon suami yang kami nak jodohkan dengan adik ?" Tanya Qaleesha selaku kak ngah Sara,dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu dan bertanyakan soalan kepada Qaleesha semula.

"Siapa sebenarnya dia kak ngah ?" Timbul perasaan ingin tahu di dalam diri Sara.

"Kamu kenal dia" Qaleesha memberi klu kepada Sara namun Sara tetap tidak dapat untuk menekanya.

Dia Suamiku ✔(editing)Where stories live. Discover now