DS 40

8.4K 228 14
                                    

Selepas berpantang empat puluh hari di rumah Puan Diana,Sara mengambil keputusan untuk kembali ke rumahnya.

Semasa Sara hendak mengunci pintu pagar,Fadzrin datang mendekati rumahnya.

"Fad..Fadzrin ?!" Kelihatan Sara ketakutan apabila melihat Fadzrin berada di hadapannya.

"Don't worry,aku datang sebab nak minta maaf sebab banyak buat salah pada kau dulu,aku harap kau dapat maafkan aku" Kata Fadzrin,nampaknya dia benar-benar insaf dengan apa yang telah dia lakukan pada Sara dahulu.

"Aku tahu semua manusia berhak diberi peluang kedua dan aku maafkan kau" Kata Sara.

"Aku juga ingin ucapkan takziah atas kematian suami kau,aku harap kau tabah menghadapi dugaan ini,kalau kau perlu pertolongan kau boleh minta dengan aku,pasti aku akan tolong kau" Kata Fadzrin.

"Tak apalah Fadzrin,aku takut menyusahkan kau pula" Kata Sara.

"Mana ada menyusahkan,kalau kau anggap aku kawan kau,kau tak perlu malu-malu untuk minta pertolongan dari aku" Kata Fadzrin sambil menggosok lehernya.

"In sha Allah,tak apa lah Fadzrin,aku masuk dulu kesian Farihah kepanasan di luar" Kata Sara.

"Okey,assalamualaikum" Kata Fadzrin sebelum melangkah pergi dari rumah Sara.

Sara masuk ke dalam sambil mendukung anaknya,Farihah yang lena tertidur dalam dakapannya.

Sara meletakkan Farihah ke dalam katil bayi yang dipilih olehnya dan Harraz.

Sara mengesat air matanya yang ingin keluar membasahi pipinya.Sesungguhnya dia terlalu merindui kekasih hatinya.

"Lena betul anak kita tidur,abang" Kata Sara sambil memandang wajah anak perempuannya,Farihah.

5 tahun kemudian,di banglow mewah tempat tinggal Sara dan anaknya.

"Mama !" Farihah berlari mendapatkan Sara sambil memegang kertas lukisan di tangannya.Farihah segera memeluk Sara.

"Kenapa Farihah kelihatan bahagia hari ini ?" Tanya Sara sambil memandang anaknya yang dari tadi asyik tersenyum.

Farihah menunjukkan kertas lukisan kepada Sara."Farihah dapat tempat pertama dalam pertandingan melukis" Katanya.

"Wah hebat sungguh anak mama ni" Puji Sara lalu mengambil kertas lukisan di tangan Farihah.

'Keluarga bahagia tema lukisan ini,pandai Farihah lukis' Gumam hati Sara,matanya memandang kertas lukisan itu manakala bibirnya pula lebar tersenyum.

"Kalau papa ada,mesti papa bangga kan ?" Pertanyaan Farihah membuatkan Sara rasa sebak di hatinya.

"Mesti sebab Farihah adalah kebanggaan kami" Kata Sara lalu menghadiahkan senyuman kepada Farihah.

"Farihah sayang mama dan papa" Farihah segera memeluk Sara.

'Abang,anak kita dah besar,Sara jaga Farihah dengan baik kan ?' Sara mengesat air matanya kerana dia tidak ingin Farihah melihatnya menangis.

"Mama,Farihah laparlah" Farihah melepaskan pelukan lalu membuat mimik muka lapar di hadapan Sara.

"Farihah lapar ? Jom pergi makan,hari ni mama masak sup ayam kampung" Kata Sara lalu bangun dan memimpin Farihah menuju ke dapur.

"Farihah nak jus apple atau air Bandung ?" Tanya Sara yang hendak menuangkan air untuk Farihah.

"Jus apple" Jawab Farihah sambil tersengih.

"Nah !" Sara menghulurkan segelas jus apple kepada Farihah,Farihah mengambil segelas jus apple dari tangan Sara."Thanks ma" Ucap Farihah sebelum minum jus apple.

"Sama-sama,Farihah makan dulu mama nak masuk bilik sekejap" Kata Sara sambil mengusap perlahan kepala Farihah. "Okey mama" Kata Farihah sambil menghadiahkan senyuman kepada Sara.

Sara segera menuju ke biliknya untuk mengambil telefon,terdapat 9 missed call dari Mina.Sara menelefon Mina semula.

"Assalamualaikum Mina,aku minta maaf sebab tak jawab panggilan kau tadi"

"Waalaikumussalam It's okey,aku tahu kau pasti bersama Farihah kan sebab tu tak jawab call aku lagipun aku tak kecil hati pun"

"Tapi kenapa kau call aku banyak Kali ? Pasti ada hal penting kan"

"Aku nak ajak kau datang ke majlis ulang tahun anak aku adrian yang keempat esok malam"

"Ouh nanti aku datang"

"Okeylah Sara,aku nak keluar dengan suami aku dulu sebab kitorang ada barang yang perlu dibeli untuk majlis esok malam"

"Okey,assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Sara meletakkan telefon bimbit ke dalam poket baju,dia segera turun ke bawah untuk memeriksa keadaan Farihah.

Selesai solat asar,Sara membawa Farihah pergi ke taman permainan.

"Mama,Farihah nak aiskrim" Kata Farihah sambil menunding jari ke arah kedai aiskrim yang berada di sebelah pondok.

"Farihah nak aiskrim ? Mom kita pergi beli" Kata Sara sambil memimpin tangan anak perempuannya,Farihah.

Mereka berdua berhenti di hadapan kedai aiskrim."Mama ! Farihah nak aiskrim coklat" Kata Farihah.

'Sama macam abang sukakan aiskrim coklat' Gumam hati Sara

"Aiskrim coklat satu dan aiskrim vanilla satu" Pesan Sara pada penjual aiskrim itu.

Penjual aiskrim itu menghulurkan aiskrim coklat dan aiskrim vanilla kepada Sara."Harganya rm 3 ringgit" Kata penjual aiskrim itu.

Sara mengambil aiskrim dan menghulurkan aiskrim kepada Farihah.Kemudian,dia mengambil duit di dalam beg dan menghulurkan duit ke pada penjual aiskrim.

"Terima kasih" Ucap penjual aiskrim itu sambil tersenyum Manis."Sama-sama" balas Sara.

Sara duduk di atas bangku yang telah disediakan sambil melihat Farihah bermain buaian.

"Farihah,mama pergi tandas sekejap boleh kamu duduk disini ?" Tanya Sara pada anaknya.

"Boleh mama tapi jangan lama-lama" Kata Farihah sambil tersengih.

"Okey mama janji mama akan datang cepat" Kata Sara sambil mengangkat tangan kanannya.Sara segera ke tandas awam.

"Adik main seorang diri ? Mama mana ?" Tanya seorang lelaki yang datang ke arah Farihah dan berdiri di hadapan Farihah.

"Papa !" Kata Farihah apabila melihat lelaki itu.

"Firash !" Jerit seorang perempuan yang berada tidak jauh dari tempat Farihah dan lelaki itu.

"Maaflah uncle terpaksa pergi kerana aunty dah panggil,by the way nama kamu apa ?" Tanya lelaki itu sambil tersenyum ke arah Farihah.

"Tengku Farihah Alisa" Kata Farihah,matanya tidak berkelip memandang wajah lelaki itu mirip sangat dengan Harraz.

"Cantik nama,kalau macam tu uncle pergi dulu,bye Farihah" Kata lelaki itu sambil tersenyum dan berjalan meninggalkan Farihah.

"Farihah,kamu berbual dengan siapa ?" Tanya Sara yang baru tiba, dia hanya dapat melihat belakang lelaki itu sahaja.

"Papa,muka dia macam papa" Kata Farihah membuatkan Sara terkejut.

Dia Suamiku ✔(editing)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα