Bab 38 - Sudah Tiba Masa

Start from the beginning
                                    

"And every tick tock it will be."sambung Yvaine dalam senyuman. Memang ayat itu telah menjadi take line mereka berdua.

"Assalamualaikum honey."ucap Qaiser mencium dahi isterinya.

"Waalaikummussalam."ucap Raisha sebelum menunduk mencium tangan Qaiser.

Qaiser pun berlalu pergi membawa beg galasnya. Raisha kembali ke dapur untuk menyambung tugasnya yabg terhenti. Selepas selesai makan, Raisha membawa Yvaine ke Toys R Us yang beralamat di Avenue de France dengan kereta Lamborghini Aventador putih iaitu hadiah daripada Qaiser di hari ulang tahun pernikahan mereka baru-baru ini.

Sedang dia berjalan dan melayan karenah puterinya, telefonnya berdering. Senyuman terukir apabila melihat 'Ayah' tertera di skrin. Dia memanggil seraya mendukung Yvaine sebelum menjawab panggilan tersebut kerana takut berlaku apa-apa jika dia tidak mengambil serius.

"Hello ayah."

"Assalamualaikum Isha. Zen apa khabar?"

"Waalaikummussalam ayah. Zen sihat, ada ni ha dengan Isha."

"Alhamdulillah."

"Amboi ayah, rindu kat cucu je ke? Anak ayah ni tak rindu ke?"

"Hisy, mestilah ayah rindu. Semua anak ayah pun, ayah rindu. Cuma tu lah abang kamu tu, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Bukannya tak handsome tapi memilih sangat. Penat ayah dengar ibu kamu tu berleter."

"Alah ayah, bagilah abang Ray masa. Lagipun manalah kita tahu, kekasih dia tu tengah further study ke. Tu yang dia tunggu lama sikit tu."

"Ayah dan ibu tak kisah kalau dah ada tapi menunggu tapi ini batang hidung pun tak ada. Kerja dia setiap hari menghadap fail bertimbun kat pejabat, lepas tu pagi-pagi buta baru teringat nak balik. Ibu kamu tu risau, ayah pun ikut sama risau. Kak Hana kamu dah nak masuk anak yang ke 4, kamu pulak dah ada seorang anak. Takkanlah dia tak terfikir pasal hal ni."

"Ayah janganlah peningkan kepala ayah fikir pasal benda yang tak tentu lagi jadi. Ayah rehat je kat rumah tu, takde apa yang nak dirisaukan. Macam ni lah, nanti Isha cuba slow talk dengan Ray. Manalah tahu, terbukak hati dia masa tu, nak share dengan Isha."

"Hmm baguslah. Kamu tu jaga diri, ingat yang kamu tu dah jadi mak budak. Jaga kesihatan diri tu macam jaga kesihatan anak jugak. Qaiser ada di mana?"

"Dia outstation, macam biasalah ada photoshoot kat Toronto. Dia dalam 3 jam lepas dah depart."

"Cubalah suruh dia tu stay satu tempat. Dia kan ada kafe tu, takut pulak nanti kamu yang kelam-kabut."

"Ayah, dia tu suami yang sempurna sangat. Dia memang akan settlekan semua benda dulu sebelum tinggalkan anak isteri dia. Ayah jangan risau, okay?"

"Seorang ayah akan tetap risau walaupun anak dia kata macam tu. Kamu tu perempuan Isha, model pulak tu. Siapa yang tak juling mata bila tahu suami kamu takde?"

"Ayah, Isha janji I will take care of myself and Zen. Ayah bawak bertenang, ya!"

"Jaga diri kamu, ciumkan Zen untuk ayah."

"Kalau bukan untuk ayah pun, Isha gomol jugak budak ni!"

Kata Raisha seraya mencium pipi Yvaine berulang kali.

"Ha, satu lagi! Jangan lupa balik Sabtu ni, ayah kan nak buat majlis doa selamat sempena kakak kamu nak bersalin ni."

"Oh, confirm ayah. Isha dah book ticket dah. Qai pun akan pergi terus dari Toronto ke sana."

LOST✔Where stories live. Discover now