Bab 4 - Kenal

6K 146 1
                                    

Zandra berjalan-jalan mengamati suasana tasik yang tenang itu dan seperti yang dirancang hari ini abangnya ingin dia berjumpa dengan calon isteri abangnya itu. Abangnya telah memilih tasik ini sebagai tempat untuk berjumpa. Jadi dia juga mengambil kesempatan dengan membawa kamera DSLR nya dan mengambil beberapa foto yang menarik.

Dia mula menyedari akan minat dan bakatnya dalam fotografi sejak dia berumur 15 tahun. Sejak itulah, dia mula mengumpul duit untuk membeli kamera DSLR yang canggih. Disaat umurnya sudah mencecah 18 tahun barulah hasratnya tercapai. Sehingga sekarang kamera itu telah menjadi barang yang paling penting untuk dibawa bersamanya kemana-mana sahaja. Tiba-tiba, telefon pintar Zandra berbunyi.

"Hello! Yes, Zan dah sampai. Dekat playground? Oh, okay. Zan datang."

Zandra dengan segera mencapai beg galas 'icon' nya dan pergi ke bahagian taman permainan kanak-kanak. Dari jauh, dia sudah nampak abangnya duduk di sebuah meja bersama dengan dua orang wanita. Dia berjalan lebih laju kerana tidak sabar untuk bertemu dengan salah seorang wanita yang dipercayai akan menjadi kakak iparnya.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

"Ha! Tu pun dia, awak."kata Zayriz pada Hana.

"Hai abang. Sorry tadi Zan ambik gambar sekejap sebab pemandangan kat sini cantik gila."

"Takpe, yang penting Zan datang. Ni abang nak kenalkan Zan pada buah hati, girlfriend abang satu-satunya, Raihana Ezzati binti Dato' Rahman. Bakal kakak ipar, Zan. Boleh panggil dia Hana."ujar Zayriz dalam senyuman.

"Assalamualaikum, Zandra."ucap Hana menghulurkan salam.

"Waalaikummussalam, Kak Hana."ucap Zandra menyalam gadis yang bertudung biru itu.

"Dan tak lupa, ni adik Hana. Nama dia Raisha, panggil Isha je."ujar Zayriz lagi.

Terkejut Zandra apabila mengetahui bahawa Raisha adalah adik pada Hana. Nampaknya, dia bakal terus-terusan bertemu dengan gadis bemata coklat ini bukan sahaja di kampus tapi di rumahnya juga.

"Hai Raisha."ucap Zandra cuma menundukkan kepala.

"Hai Zandra, nice to meet you again."ucap Raisha.

"Sorry, again? Kau orang pernah berjumpa ke?"soal Zayriz.

"Macam ni abang..."

Belum sempat Zandra menjawab Raisha membuka mulut.

"Sebenarnya macam ni, Isha dan Zandra satu kampus. Semalam kan first day Isha, Isha ada duduk belakang Zandra tapi tak sempat nak bertegur sapa."

Zandra hanya tersenyum mengiakan. Sejujurnya, dia berasa tidak selesa mengetahui bahawa Raisha menyedari apa yang berlaku awal pagi semalam. Namun, dia cuba berlagak biasa supaya Raihana dan abangnya tidak dapat mengesan akan kebimbangan dirinya. Dia takut Raihana salah anggap pula.

Raisha hanya mendengar sahaja perbualan Zandra dan kakaknya. Dia tersenyum kerana sedikit sebanyak, dia dapat mengenali siapa Zandra sebenarnya. Dia juga menyimpan hasrat untuk mengenali Zandra dengan lebih dalam. Ada beberapa perasaan yang terbit di hatinya yang membuatkan dia berasa tenang dengan hanya melihat sepasang mata coklat keemasan itu.
Namun, dia cuba menepis jauh sangkaannya.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Sebaik sahaja sesi suai kenal antara kakaknya dan Zandra. Raisha dan Raihana pun bergegas pulang. Sampai sahaja di rumah, Raisha terus menuju ke biliknya. Dia baring di atas katil bersaiz king dan berwarna ungu sambil memandang ke siling.

Tok! Tok! Tok!

"Masuklah, tak kunci pun"

"Isha, kenapa ni?"

"Kenapa apa, kak?"

"Takdelah, selalunya adik akak ni peramah orangnya tapi masa akak berbual dengan Zandra tadi langsung Isha tak buka mulut. Isha ada masalah ke dengan Zandra atau Isha tak suka dia?"

"Apalah akak ni! Dah sah-sah Isha tak pernah bertegur pun dengan dia. Kenapa nak ada masalah? Jangan risaulah, Isha cuma malas je nak ganggu perbualan rancak akak dengan dia. Obvious sangat yang ada banyak benda akak nak tanya tentang keluarga abang Riz kan? Nanti kalau Isha menyampuk, tak sempat pula nak habiskan soalan akak tu."

"Oh, akak bukan apa! Tapi muka Isha tu berubah sangat bila nampak Zandra. Akak pelik sikit, tapi kalau memang Isha dah cakap macam tu, alhamdulillah. Akak nak berterima kasih sebab adik akak ni faham akak sangat-sangat. Akak sampai sekarang pun masih takut nak berdepan dengan family Zayriz."luah Raihana.

"Akak jangan risau. Isha yakin mama dan papa abang Riz mesti boleh terima akak jadi menantu dia orang. Yelah, akak kan bijak, solehah, sopan santun, beriman dan taat pada ibu bapa. Pakej lengkap ni, takkan dia orang nak tolak? Don't worry, whatever happens in the future, just know that I will always be there for you."ucap Raisya dalam senyuman.

Sedikit sebanyak kata-kata Raisha itu menenangkan diri Raihana dari berfikiran negatif. Raihana tahu akan sifat papa Zayriz yang sangat tegas kerana Zayriz sendiri pernah menceritakan sifat dan perhubungan Zayriz dan Tan Sri Zahri Indra.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

"So, apa Zan rasa pasal Hana?"soal Zayriz sambil matanya tertumpu pada jalan raya.

"Terbaiklah abang! Sopan tahap perempuan Melayu terakhir. Kalau macam ni, bila papa tengok je Kak Hana. Abang tau tak apa papa buat?"

"Papa buat apa? Jangan bagi abang takut."ujar Zayriz, gelabah.

"Papa pergi rumah dia, pinang dia. Tapi bukan untuk abang la, untuk papa. Waktu tu abang yang melepas."

"Nau'zubillahhiminzaliq, Zan. Mulut takde insuran langsung. Itu satu-satunya yang abang sayang tau. Mulut tu kalau nak melawak, memang tak guna bantuan otak langsung. Mama nak letak mana?"

"Entah! Ceh, takdelah! Zan gurau je, janganlah marah!"

"Zan dengan Isha okay ke? Kau orang nampak macam tak friendly? Boleh abang tahu kenapa?"soal Zayriz lagi.

"Macamlah abang tak kenal Zan, Zan bukannya peramah sangat. Cakap bila perlu je. Lagipun kita orang bukan pernah bertegur pun so awkward-lah sikit. Kenapa abang tanya?"soal Zandra pula.

"Abang bukan apa. Abang kalau boleh nak kau orang tu rapat. Barulah, bila abang dah kahwin nanti macam keluarga bahagia. Abang tahu Zan memang macam tu tapi Zan kenalah tegur dia juga. Abang tak nak dia salah anggap dan fikir yang Zan tak suka dia pula. Try to be nice just once. Okay?"

Zandra berasa rimas sedikit dan mengelamun.

"Zan! Okay tak?"jerit Zayriz sebaik sahaja yakin yang adiknya mengelamun.

"Okay! If that what makes you happy, I'll do it for you. But just to explain. Zan takde masalah pun dengan dia. I mean like, I just think of her as someone yang pass by in my life. Bukannya Zan nak hadap dia everyday. So, you don't have to be worried about me or her. I'm mature enough to decide whether I want to be nice or not around strangers."ucap Zandra dalam senyuman.

"Now, that's my girl. Thank you, my boo. This is why I am so proud of you."jawab Zayriz.

Zandra terus melelapkan mata sementara menunggu untuk sampai ke rumah.

LOST✔Where stories live. Discover now