Bab 39 - Dendam dan Cinta

4K 103 41
                                    

Raisha berjalan mendapatkan pintu utama apabila loceng berbunyi. Serentak itu, Zandra juga hadir untuk melakukan yang sama. Zandra hanya tersenyum lalu menghampiri Raisha. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Raisha dan berbisik.

"Your husband is back home. I'll be back too."kata Zandra seraya mencium bahu Raisha sebelum berlalu pergi menyertai Yvaine yang sedang riang bermain.

Raisha menjadi kaku buat sementara akibat tindakan spontan Zandra. Jantungnya yang berdegup laju membuktikan lagi perasaannya yang berbeza apabila bersama Zandra. Dia lantas membuka pintu itu buat Qaiser apabila Qaiser mengetuk beberapa kali.

Qaiser muncul di ruang mata dengan senyuman seraya ciuman hangat pada dahi Raisha. Raisha mencium tangan Qaiser yang berpakaian kasual. Raisha secara refleks mengangkat beg baju yang ditinggalkan Qaiser di hadapan pintu kerana dia berlari mendapatkan buah hatinya. Raisha merasa tidak enak apabila melihat Qaiser meninggalkan dirinya sebegitu seolah-olah dia ialah hamba.

Sejak awal berkahwin, itu memang kebiasaan bagi dirinya sebagai isteri untuk Qaiser. Qaiser pernah menegurnya apabila dia lupa untuk menjamu suaminya itu atau melakukan kesalahan yang tidak disengajakan. Dia pula tidak mahu memperbesarkan masalah kerana ada betulnya dalam teguran Qaiser itu.

Tiba-tiba Kak Sal datang berlari mendapatkan beg baju itu. Raisha tersenyum dan berterima kasih lalu menghantar Kak Sal dengan pandangan sayu. Zandra tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan dia merasa gugup.

"Dengarkan apa yang aku cakap tadi?"soal Zandra kepada Raisha sedikit berbisik agar tidak didengari.

"Yup."jawab Raisha agak gugup.

"Where is her?"soal Zandra tiba-tiba mengundang kerut di dahi Raisha.

"Her? Who?"soal Raisha tanda tidak mengerti.

"My Raisha, where did she go?"soal Zandra memberikan sentakan yang hebat kepada Raisha.

"Sarcastic much. Zan...just forget it."kata Raisha cuba membuat mantan kekasihnya tenang.

"My love is brave as hell. She was the one who fought for me and I really miss her. But know what, aku akan dapatkan dia balik. Sebab dia hak aku."kata Zandra penuh yakin. Sehingga kini, tidak pernah dia putus asa untuk mendapatkan Raisha semula.

Raisha terpegun dengan ucapan berani Zandra. Dia tidak tahu sama ada ingin percaya ataupun tidak. Namun, melihat akan sepasang mata itu, hatinya sudah tertawan.

"Surprise? I love you, you know that. You're just pretending not to care."kata Zandra mulai beremosi kerana Raisha langsung tidak bersuara.

"I do care... Talk to you later."ujar Raisha selamba meninggalkan Zandra di situ yang terkebil-kebil dengan pernyataan spontannya lalu pergi menyertai anak dan suaminya. Zandra menguntai senyum perlahan-lahan kerana harapan kian membina di hatinya.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Zandra berlari memeluk tubuh abangnya. Rindu sungguh dia kepada Zayriz. Dia melutut pula menyamakan paras ketinggiannya dengan anak-anak iparnya itu. Faizil Zahrin yang kini sudah berumur 6 tahun itu mencium tangannya sopan. Manakala dua orang kembar perempuan yang bernama Elleen Fareena dan Ezzreen Faneera sudah berumur 4 tahun. Dua orang anak kecil itu mencium tangannya juga. Zandra memeluk ketiga-tiga anak iparnya dengan tubir mata yang sudah berair.

"Aunty ni siapa papa?"soal Faizil kepada Zayriz yang sudah menguntum senyum.

"Itu aunty Zil, Elle dan Reenlah, Aunty Zandra!"kata Zayriz kepada tiga orang anaknya itu yang langsung memeluk Zandra dengan riang. Zandra tertawa dengan reaksi anak kecil ini.

LOST✔Where stories live. Discover now