Bab 38 - Sudah Tiba Masa

3K 88 30
                                    

6 tahun kemudian

Raisha berbaring di atas sofa dengan perlahan-lahan kerana penat. Dia menyeluk beg tangannya mencari iPhone. Dia melihat mesej atau e-mel yang ada. Ternyata semuanya tentang urusan kerja seperti biasa. Dia meletakkan iPhonenya di atas perut dan melelapkan mata.

Tiba-tiba loceng rumah pun berbunyi menandakan bahawa Qaiser dan anak mereka telah pulang. Raisha bangun dari baringnya dan membuka pintu. Yvaine langsung memeluk kedua-dua kakinya membuatkan dia tertawa bahagia. Yvaine Zendaya Binti Qaiser Bakhtiar, puteri sulung mereka yang kini sudah berumur 5 tahun. Qaiser pula tersenyum melihat hubungan mesra anak dan isterinya.

"Mommy, I miss you."kata Yvaine seraya didukung oleh Raisha. Raisha menggomol pipinya rakus membuatkan dia kegelian dan ketawa.

"I miss you too, baby. I miss you too much, I'm gonna die!"kata Raisha melayan karenah puterinya itu.

"Hungry mommy, hungry!"rungut Yvaine tanpa segan. Kanak-kanak katakan!

"Hmm...what do you wanna eat?"soal Raisha memangku anaknya ke dapur.

"Waffles!"jerit Yvaine mendapat idea akan makanan kegemarannya.

"You have already ate that, this morning for breakfast. You must eat something else then."kata Raisha ingin menggalakkan anaknya berfikir akan makanan yang sihat.

"I want fried rice."kata Yvaine lagi kerana lapar benar.

"Oh, really?"soal Raisha menduga.

"Of course!"ujar Yvaine teruja. Selepas dilepaskan Raisha, Yvaine memanjat kerusi dengan berhati-hati dan duduk sambil memerhatikan mommynya.

Sedang nasi ditanak, Raisha menyediakan segala bahan untuk memasak nasi goreng. Anak sulungnya itu boleh tahan juga cerewetnya. Bukan sahaja dalam isu makanan malah, hal-hal lain juga. Qaiser keluar dari bilik tidur dengan berpakaian baju T dan seluar jeans Padini sambil membawa sebuah beg galas besar. Dia meletakkan beg itu di tepi dan menghampiri Yvaine seraya memberikan anak gadisnya kucupan hangat di ubun-ubun rambut.

Qaiser tersenyum melihat Raisha yang bertungkus-lumus menyediakan makanan tengah hari. Walaupun kariernya agak besar dan cemerlang namun itu tidak langsung menghalang Raisha daripada menjadi seorang isteri dan ibu yang baik.

"Honey, I'm going now."jerit Qaiser agar jelas di telinga Raisha. Raisha menoleh melihat suaminya yang tampak segak walaupun berpakaian kasual.

Sejak dua minggu lalu, Qaiser sudahpun memberitahu bahawa dia bakal menjalankan photoshoot di Toronto. Dia juga bakal mengadakan pertunjukan fesyen di London tak lama lagi. Dia menghampiri Qaiser dalam senyuman dan memeluk tubuh sasa suaminya itu.

"Promise me, you will take care of yourself."pinta Raisha supaya Qaiser berjanji seraya melihat ke wajah suaminya.

"I will my love."kata Qaiser mencubit lembut dagu Raisha. Dia mengalihkan pula pandangan kembali kepada buah hatinya.

"And to you Yves, be a good girl for me. Take the best care for yourself and mommy. Don't be naughty, there are presents waiting for you and I'm pretty sure that it's good stuffs."

"Really? Then, I promise!"kata Yvaine teruja.

"Are you sure? Pinky promise?"soal Qaiser sengaja seraya menghulurkan ibu jari kelingkingnya.

"Sure do. Pinky promise."janji Yvaine memaut kelingkingnya kepada kelingking milik Daddynya.

"Good girl! I love you sweetheart and I'll be missing you every second..."kata Qaiser kepada anak perempuannya yang berambut perang itu.

LOST✔Where stories live. Discover now