Bab 6 - Perhatian

5.2K 142 5
                                    

Suasana di restoran mewah yang bertemakan vintage itu amat tenang. Setiap orang yang makan di situ memang boleh dicirikan sebagai orang ternama. Setiap seorang daripada mereka memakai pakaian yang boleh mencecah ribuan ringgit. Dan yang pasti bukan buatan Malaysia, semuanya dibeli dari luar negara.

Raisha dan teman-temannya memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai. Kerana dia kenal akan sifat teman-temannya itu, kalau cakap macam nak bagi satu dunia dengar.
Seorang lelaki pun datang dan menghulurkan mereka buku 'menu'.

"I would like some fresh orange, fish and chips, prawn macaroni with cheese and spaghetti carbonara with beef strips."ujar Lina dengan lagak biasa.

"Chicken chop please and caramel latte."kata Tarmizi.

"Mocha and prawn macaroni with cheese."kata Sofi pula.

"Frost watermelon and caesar salad. That's all, thank you."ucap Raisha pada pelayan itu.

Sebaik sahaja kelibat pelayan itu hilang Raisha terus menunjukkan muka tidak puas hatinya.

"Kenapa kau ni? Makan caesar salad je, macam-macam makanan ada. Salad tak kenyang Isha oi."bebel Lina.

"Memanglah dia order caesar salad je. Kau cuba ingat balik kau order apa. Order banyak sangat macam orang tak makan satu abad. Kesian Isha."ujar Tarmizi.

"Alah sorry lah Isha, aku mampu habiskan semua tu. Kau jangan risau eh."gurau Lina.

"Tengok tu Sofi, Mizi!"rajuk Raisha.

"Lina!"jerit Sofi dan Tarmizi serentak.

"Okay, okay! Aku minta maaf lah, aku lapar and semua benda dalam tu nampak sedap. Sorry eh!"pinta Lina dengan muka comel.

"Yelah tapi cuba jimat sikit. Ni aku belanja takpelah juga. Kalau kau pakai duit kau sendiri, bankrup Dato' Luqman tau!"nasihat Raisha. Tarmizi dan Sofi sekadar mengangguk.

"Simpang malaikat 44. Papa aku tu, kau ni masin mulut kau macam mana?"ujar Lina sedikit takut.

Mereka semua mengetawakannya. Raisha terkejut apabila melihat sekumpulan manusia yang datang dan duduk agak dekat dengan meja makan mereka. Ditambah pula dengan muka yang amat dia kenali.

※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※

Zandra dan rakannya duduk di sebuah meja yang jauh dari orang ramai. Selepas sahaja seorang pelayan beredar sebaik mereka memesan makanan, matanya tertancap pada seseorang yang dia yakin memerhatikannya sejak dari awal dia memasuki restoran itu.

Raisha, itu nama yang terbit di fikiran Zandra apabila melihat gadis itu. Raisha melarikan pandangannya apabila sedar yang sudah lama dia memerhatikan Zandra begitu. Zandra mula merasa gembira apabila dia membuat keputusan yang tepat dengan memilih restoran ini. Tapi dia mula hairan akan kemesraan yang ditonjolkan oleh Raisha terhadap seorang lelaki berbaju T-shirt Polo hitam dan berseluar jeans warna putih serta topi putih menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.

'Boyfriend dia ke?'soal Zandra dari dalam hati. Mikhail yang berbual dengan Mia dan Yana sejak tadi terhenti apabila melihat Zandra disebelahnya diam tak berputik. Dia memandang ke arah belakang untuk tahu apa yang dilihat Zandra. Dia ternampak tiga orang gadis dan seorang lelaki di sebuah meja tak jauh dari mereka.

'Dia tengok lelaki tu ke?'soal Mikhail dari dalam hati bercampur dengan sedikit rasa cemburu. Sakit rasa hatinya, apa yang kurang daripada dirinya selama ini sehingga Zandra menolak cintanya. Tidak ada lelaki lain yang lebih rapat dengan Zandra selain dia. Apakah Zandra dalam diam menyukai lelaki lain? Lelaki itukah yang dipuja Zandra? Pelbagai soalan yang dilontarkan pada dirinya sendiri.

LOST✔Where stories live. Discover now