Bab 18 - Lelaki Dramatik

3.3K 75 4
                                    

Zandra menuruni tangga dengan muka yang pucat dan badan yang lesu. Sungguh dia amat penat, sakit kepalanya dari tadi lagi mengganggu. Entah, tidak tahu kenapa. Mungkin kerana penat semalam tidak habis lagi.

Zayriz yang bergurau dengan isterinya dimeja makan, berkerut dahi apabila melihat keadaan adiknya. 'Tak sihat ke?' bisik hatinya.
Zandra mengambil tempat di hadapan Raihana, kakak iparnya.

"Morning!"ucap Zandra.

"Morning!"ucap serentak pasangan suami isteri itu.

"Zan okay?"soal Raihana.

"Okay! Apa yang tak okaynya,kak?"bohong Zandra.

"Okay?! Muka macam orang khayal dadah macam tu okay? Zan ni lah! Bila Zan nak terima hakikat yang Zan tu tak pandai bohong?"kata Zayriz yang berbunyi gurauan. Raihana hanya ketawa dengan kata-kata Zayriz.

"Akak! Tengok suami akak ni, ada ke patut muka cantik macam ni, dia samakan dengan penagih dadah!"adu Zandra manja. Raihana dengan selamba menampar lembut bahu suaminya. Zayriz agak terkejut dan menunjukkan muka yang acah-acah marah dengan membeliakkan matanya.

"Amboi, bela adik ipar nampak! Saya ni suami awak tau!"kata Zayriz pada isterinya sambil meneguk air.

"Awak tu lah! Apa cakap adik awak macam tu! Terimalah akibatnya!"kata Raihana.

"Emmhhh, kalau macam ni tak boleh jadi ni! Baiklah isteriku yang tercinta. Saya nak bagi awak satu pantun sebagai tanda penghargaan kerana menegur saya atas kesalahan saya."kata Zayriz yang kelihatan sudah bersedia dengan pantun gurauannya.

"Oh, pantun! Baiklah Encik Zayriz Furqan. Silakan."kata Raihana yang melayan sahaja karenah Zayriz.

"Orang muda berpakaian ranggi,
Ingat cantik, sebenarnya hodoh,
Kalau ada rezeki lagi,
Boleh saya tambah jodoh."berpantun Zayriz. Raihana membeliakkan mata sambil mencubit paha Zayriz dengan geram.

"Arggggghhhhh! Sakit lah."teriak Zayriz apabila cubitan Raihana terhenti disela dengan ketawa kerana berjaya mengenakan isterinya.

"Berani awak eh! Kalau awak buat lagi, siap awak!"tegas Raihana, walaupun dia tahu itu hanyalah gurauan.

"Padan muka! Kalau abang berani lagi bagi pantun berani mati macam tadi, bukan setakat cubit. Kak Hana panggil abang kawasan sekali."gurau Zandra menakutkan abangnya. Serentak, mereka bertiga ketawa.

"Hei, riuhnya! Kenapa? Ayam bertelur ke?"soal Puan Sri Farah seraya duduk di meja makan. Raihana langsung menyeduk nasi goreng yang dimasaknya tadi ke dalam pinggan ibu mertuanya.

"Ni ha! Abang Riz,belum sampai dua hari bernikah, dah nak tambah satu lagi, ma!"kata Zandra.

"Amboi Riz! Nak tambah satu seat lagi? Hana nak letak mana?"Puan Sri Farah menduga meskipun tahu yang anaknya itu suka bergurau.

"Good question, ma! Hana nak letak mana eh? Ha, Riz tahu! Letak dalam hati Riz lah."gurau Zayriz, makin kuat ketawa orang di meja makan itu apabila Zandra menambah dengan menjerit 'Cia, cia'.

"Good morning, everyone! Sorry, papa lambat."ucap Tan Sri Zahri Indra.

"Takpe pa!"ucap Zandra.

"Papa, may I ask you? You didn't go for work today,aren't you?"soal Zandra yang agak bingung melihat penampilan papanya pagi ini.

"Of course! My son got married yesterday, kenapa pulak papa nak pergi kerja hari ni?"kata Tan Sri Zahri Indra tersenyum seraya menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulut.

"You don't have to. You're not that important for my marriage."kata Zayriz yang masih tidak mahu berbaik dengan papanya. Dia mengangkat kaki dan berlari naik ke biliknya.

LOST✔Where stories live. Discover now