Bab 5 - Jejaka

6.1K 132 0
                                    

"Hai, penduduk-penduduk kampung sekalian!"jerit Zayriz dari tangga kepada mama dan papanya yang duduk di meja makan.

"Ni apa jerit pagi-pagi ni, Riz? Tak baik depan rezeki."nasihat Puan Sri Farah.

"Alah, mama yang ada depan rezeki. Riz baru je nak duduk. Anyway, good morning mama and papa."ucap Zayriz dalam senyuman seraya menarik kerusi untuk duduk.

"Morning, Zandra mana?"soal Tan Sri Zahri Indra.

"Ada dalam bilik."jawab Zayriz, pendek.

"Dah mula ponteng kelas ke? Never change. Mula ikutkan sangat perangai malas yang tak habis-habis dia tu."ujar Tan Sri Zahri tegas.

"Abang sudah-sudahlah tu, baik abang tanya Zan dulu. Jangan tuduh melulu."nasihat Puan Sri Farah pada suaminya.

"Betul tu pa, papa sendiri yang ajar kita orang jangan buruk sangka.' Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'!"sindir Zayriz.

"Jangan belajar jadi biadab, Riz. Ingat sikit kamu tu bekerja di bawah papa tau. Papa boleh pecat Riz macam tu je."ugut Tan Sri Zahri.

"Bagus sangat lah tu. Riz kerja dengan papa pun sebab Riz tahu one day papa akan suruh Riz ambik alih syarikat tu. Riz dah lama rancang nak buka company sendirilah. Today, Riz hantar resignation letter pada papa. Thank you! Ma, Riz pergi dulu."ujar Riz seraya meninggalkan meja makan dan bergegas pergi ke pejabat.Sudah hilang rasa hormatnya terhadap lelaki yang bergelar papanya itu.

"Riz! Zayriz Furqan! Listen to me first!"jerit Tan Sri Zahri.Namun sudah terlambat, dia yakin yang anak lelakinya tidak akan mengubah keputusan. Memang salah dirinya kerana selama ini dia tidak pernah mempunyai waktu untuk anak dan isteri. Sepenuh tumpuan nya diberikan kepada syarikat, yang dia kejar selama ini hanyalah kemewahan dan nama semata-mata.

"Maafkan abang."ucap Tan Sri Zahri pada isteri kesayangannya.

"Takpelah. Riz pun dah buat keputusan. Abang patutnya lebih berlembut dengan dia orang sebab selama ni yang dia orang nak cuma perhatian dan kasih sayang bukan duit. Duit tak boleh beli segala-galanya."nasihat Puan Sri Farah.

"Abang cuba."keluh Tan Sri Zahri

Zandra yang baru sahaja turun dari tangga terus mengambil kunci keretanya dan bergegas membuka pintu untuk keluar.

"Zan pergi dulu!"

"Zan sini kejap."pinta Puan Sri Farah pada anak perempuannya yang berambut perang. Tulen tau.

"Oh, okay."setuju Zandra seraya menutup semula pintu rumah.

"Ada apa, mama? Zan nak keluar jumpa kawan ni."ujar Zandra seraya duduk di kerusi tempat duduk abangnya tadi.

"Zan takde kelas pagi ni? Zan tak ponteng kan?"soal Puan Sri Farah demi mendapat kepastian.

"Tak, Zan takde kelas pagi tapi petang nanti baru Zan pergi. Kenapa?"soal Zandra pula.

"Papa ingat Zan ponteng tapi baguslah kalau Zan cakap macam tu. Lapang dada mama."luah Puan Sri Farah.

"Oh, really? Typical-nya! Dah biasa kalau papa fikir macam tu. Takpelah nanti lambat pula. Pergi dulu pa, ma. Bye."ucap Zandra,sedikit sinis seraya mencium tangan mama dan papanya dan berlalu pergi meninggalkan rumah.

Tan Sri Zahri sedikit sebanyak terasa dengan kata-kata Zandra tadi yang seolah-olah menyindirnya. Kini baru dia sedar yang semua masalah yang dihadapi oleh keluarga nya bermula dari dirinya sendiri dan dia tekad untuk mengembalikan keharmonian. 'Papa akan cuba cari kasih sayang kita sekeluarga balik' bisik hati Tan Sri Zahri. Dia pun mengambil beg bimbit kesayangannya dan menghulurkan tangan bagi isterinya. Lalu keluar ke pejabat.

LOST✔Where stories live. Discover now