🌸 18 🌸

931 93 0
                                    


"Sowon" panggil Hanna lalu berlari kearah Sowon. Sekarang adalah waktu pulang sekolah.

Sowon berhenti "nae? Ada apa Han?" soalnya hairan.

"Awak dah tahu tak pasal Joshua?" soal Hanna.

Sowon menggeleng "tak, saya tahu yang dia dah tak datang sekolah selama seminggu je. Tapi saya tak tahu yang apa dah jadi pada dia. Dia kenapa?"

"Joshua demam panas. Dah seminggu. Dia juga tak nak pergi hospital. Rasanya macam teruk je" kata Hanna.

Sowon terkejut. Joshua sakit? Jadi sebab tulah dia tak datang sekolah lama sangat. "Dari mana awak tahu?"

"Dari kawan dia si Wonwoo tu. Kami kan sekelas. Dia yang bagitau saya suruh bagitau awak tentang ni" balas Hanna.

"Owh, emm takpelah gumawo sebab dah bagitau saya" ucap Sowon.

Hanna tersenyum "cheonma, oklah saya balik dulu eoh. Jumpa esok, annyeong" ucapnya lalu berjalan pergi dari sana.

"Annyeong juga" balas Sowon lalu lambai² pada Hanna.

🌸🌸🌸🌸

Petang itu, Dirumah Sowon, Puan Kim sedang memasak didapur. Dan Sowon pun pergi kesana nak cakapkan sesuatu.

"Omma, nak minta tolong sikit boleh?" soal Sowon segan². Yelah segan pula nak menyusahkan ommanya ni.

"Ah ada apa? Nak minta tolong apa? Bagitau jelah" balas Puan Kim yang sedang memasak telur gulung untuk makan petang mereka.

"Boleh tak omma tolong masakkan bubur gingseng yang macam omma buat kat Sowon masa Sowon sakit dulu?" soal Sowon.

Puan Kim memandang Sowon atas bawah "kenapa kamu suruh omma masak bubur tu? Kamu sakit ke?"

"Aniya, sebenarnya kawan Sowon yang sakit. So, i want to give it to him" balas Sowon.

"Him? Ah..namja, mesti boyfriend kamu kan?" usik Puan Kim.

Sowon terus geleng² cepat "eh mana ada! Ihh omma ni, kesitu pula..dia just deskmate dalam kelas jelah, dia dah seminggu tak datang sekolah sebab demam panas"

"Sowon juga ada buat salah kat dia. So Sowon ingat nak pergi melawat dia kat rumah sambil minta maaf sekali. Pastu tak elok lah kan pergi dengan tangan kosong, sebab tu nak bawa bubur ginseng sekali" sambungnya.

"Owh macam tu. Yang sakit tu si Joshua ke si Seungkwan? Omma rasa dua tu je namja yang pernah omma jumpa" tanya Puan Kim.

"Joshua" balas Sowon.

"Ahh..yang asal dari LA tu juga?"

Sowon mengangguk.

"Eung kalau macam tu oklah, omma nak masak bubur tu sekarang. Kamu pergi lah berehat dulu. Dah siap nanti omma akan panggil kamu" kata Puan Kim.

Sowon pun mengangguk faham lalu berjalan pergi dari situ naik kebiliknya. Yaa dia dah buat keputusan untuk pergi melawat Joshua petang ni.

'Aku kena bersiap'

🌸🌸🌸🌸

Petang itu juga ditaman berdekatan sungai Han, Wonwoo ada disana seorang diri. Dia pergi kesana dengan menaiki motornya. Kebetulan dia kesana sebab nak cari ketenangan saja.

Tapi habis hancur ketenangan Wonwoo selepas ada yang menyapanya. Tak payah teka, itu tentunya Hanna.

Wonwoo hairan, kenapa dimana saja dia ada mesti yeoja tu ada sekali?? Aihh hancur habis mood santainya.

Rainbow ✔Where stories live. Discover now